Tiba-tiba terasa nak berkongsi dengan semua apa yang ada dalam fikiran saya. Ini separuh dari wajah makhluk Allah yang sangat saya senangi. Kat Hotel, tunggu meeting, tak ada kerja duduk melanguk tiba-tiba terlibat seorang remaja yang sebaya dengan anak manja saya ini. Rasa macam Wardah ada sama dengan saya, MasyaAllah dah besar dia rupa-rupanya, dah nak masuk U pulak dua tahun lagi. Tahun depan SPM dah Wardah. Anak dara saya dah sweet 17 tapi ada beberapa perkara membuatkan saya terasa sangat tua,
1. Dia dah pandai masak sendiri (tak perlukan saya lagi)
Sekarang Wardah dah pandai masak yang senang2 & makanan yang dia suka, karipap inti ikan, nasi goreng & sekodok bawang. Boleh lah saya tumpang makan, Alhamdulillah syukur pada Allah.
Dalam syukur ada rasa sayu saya, Ya Allah terasa lagi semakin kurang pergantungan dia pada saya. Adakalanya walaupun saya dah masak dia minta izin untuk masak sendiri mengikut citarasa dia.Mungkin ibu-ibu faham perasaan saya, rasa jauh dari kesayangan saya yang dah makin menginjak usia dewasa,Dalam dada ada sebak juga, andai saya tiada nanti dia boleh berdikari tetapi selalu saya bergurau dengan dia, saya sayang dia macam dia baby lagi. Bagi saya dia dengan Along tetap baby saya dunia & akhirat. Tetap manja bak kata Along hari ini bahawa saya adalah mak yang mengongkong bila bercakap tetntang kawan universitinya yang boleh kemana2 tanpa beritahu ibunya dan ibu meletak sepenuh kepercayaan pada kawan baiknya. Kalau kawannya 3 hari tidak balik rumah baru ibunya cari. Jujur saya jawapan saya " Mak tak akan buat macam tu sebab dalam masa 3 hari macam-macam boleh jadi, Mak rasa biar mak menangis dulu dari mak menangis kemudian".
2. Sikap matang Wardah
Baru-baru ini ada seorang kawan saya mintak tolong saya cari kerja di bank-bank di area KL. Kawan saya seorang Mak Nyah pekerja yang baik dan sangat cantik. Kadang-kadang Wardah bercerita dengan saya tentang kawan2 dia, kawan2 saya dan dia berkata pada saya " Mak, Kak Cam tu mak nyah pun tapi dia baik sangat. Dia sayang mak ayah dia, dia tak susahkan mak ayah sendiri & orang lain. Mak cakaplah pada kawan2 mak tolong dia," Kadang2 bila ada kawan-kawan PLHIV saya bermasalah dia tanya saya "Mak boleh tolong adek jual lukisan adek? Nanti adek share lah kalau lukisan tu laku RM 10, RM5 adek ambik, baki mak kumpul tolong kawan-kawan mak?'. Syukur Allah buka hatinya melihat manusia yang bernasib malang dengan hati yang luhur dan bersih. Dalam hati, bukan mak tak nak tolong jualkan tapi mak taktahu nak jual di mana. Wardah juga selalu bertanya pada saya "Uncle Najmi tu dapat sabar dengan macam2 kerenah orang kan mak? Kalau Adek mesti sekali-sekala Adek marah jugak. Agaknya sebab Uncle Najmi buat blog tu kerana Allah, Adek nak sangat jumpa dia tapi dia tak nak jumpa kita. Adek doa kita boleh jumpa dia kat syurga nanti".
3. Sikap penyayang Wardah
Dia sangat bersimpati pada kucing2 terbuang & rumah kami tempat lunch & dinner kucing2 tersebut yang selalu datang 5 ekor yang dia bagi nama Hitam Besar, Hitam Kecik, Putih, Comot & Sore Kuat.
Tetamu yang datang tak pernah diundang, pulangnya tak pernah dihalau. Tuan2 jangan anggap saya berbangga teta[i saya adalah ibu yang bercerita kisah anak2 saja. Moga 2015 yang akan tiba membawa rahmat kepada kita semua.
Semakin anak meningkat dewasa, memang mereka kurang bergantung kepada kita sedangkan bagi kita, mereka tetap 'budak kecil' selamanya.... :)
ReplyDeleteKadang suka bila mereka kurang bergantung dgn kita...tapi kadang tu rasa juga mcm "kehilangan" kan?
ReplyDeleteJelas anak-anak semakin matang dah dpt membezakan yg mana baik dan buruk sehingga ada inisitif mahu membantu. Syukur... ini tanda didikan yg diberi sudah menunjukkan hasilnya.
ReplyDeleteKita sama mak Wardah... semakin anak-anak meningkat dewasa semakin terasa mereka seolah-olah jauh dari kita. Mereka dah ada aktiviti sendiri dan tidak lagi terlalu bergantung dengan kita. Tapi kita tetap anggap mereka kecik lagi.
ReplyDeleteDah besar dah Wardah, semakin matang & berdikari :)
ReplyDeletesaya pun sama mak wardah...masih anggap anak2 macam anak2 kecil lagi, huhu
ReplyDeleteAlhamdulillah...Wardah anak yang baik.
ReplyDeleteBanyak yang perlu saya belajar lagi tentang parenting ni. Akak adalah rujukan terbaik. Kadang-kadang saya terlupa.. sekarang Wardah dah pandai berdikari dan akak telah rasa hampir hilang pergantunganya dengan akak. Saya pula selalu biarkan Aishah berdikari sendiri walau masih kecil. Malunya pada diri sendiri. Terima kasih kak, entry akak ni buat saya tersedar bahawa anak2 kita adalah baby kita sampai bila2.