Wednesday, September 12, 2012

Kongsi Suami....

Salam. Saya update ni dalam perjalanan balik ke Office dari open house di PWTC. Boring jadi saya sengaja berkongsi cerita...
Disambut dengan Red Carpet oleh pihak Teraju, Yang hadir juga Usahawan hebat2 di tanahair, kakitangan agensi kerajaan dan kementerian, kehadiran kami dialu2kan diiringi nyanyian lagu2 raya. Alhamdulillah perkerjaan saya membawa saya bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan mengajar saya supaya pandai membawa diri agar tidak dibenci orang. Saya ambil sikap bersederhana dalam pergaulan harian dan tuturkata. Doakan saya agar tidak keterlaluan dalam kehidupan kerana saya juga manusia biasa.

Meja saya yang telah ditetapkan, kami datang bertiga tempat duduk untuk sepuluh orang. Tetamu lain tidak datang lagi.
Gerai makanan yang pelbagai, saya mengambil beverage saya dulu-teh tarik, tiba2 bahu saya ditepuk dari belakang oleh seorang wanita jelita. Kawan lama saya seorang peguam dan kami satu sekolah dan satu universiti. Long lost friend saya, cantik orangnya dan berkarisma, bertukar kad perniagaan lalu saya pelawa dia ke meja saya walaupun saya tahu meja saya adalah reserved tapi saya yakin tetamu yang lain lambat datang atau mungkin tidak datang langsung. Kawan saya (N) datang membawa makanan ke meja saya. Perbualan kami yang mungkin boleh tuan puan ambil ikhtibar...
Saya: How long you open your own law firm?
N: Almost 5 years, actually I am looking for you, try to sms you but I lost your hp no.
Saya: How many kids you have now?
N: 1 pair of twin from my 1st husband, now they followed their dad back to Libya, one son from my 2nd husband now form 5 same age with your Along, 2 girls from my Aussie husband, 14 & 12 now with me, current husband, I am the 3rd wife, I don't have kid yet.
Saya: okay, did you still contact our friends?
N: Nope just Lisa alone. You know Malay right, if they hear that you always kawen cerai kawen cerai, they will have in mind weird thinking on you. I tried my level best to avoid all of them. Especially those tudung2 labuh...
Saya: OMG, I am sure they won't have that kind of thinking N...Tak baik buruk sangka.

N mintak diri to somewhere jadi saya teruskan makan dan berbual2 dengan orang2 yang ada di meja saya.
Hampir sejam saya mingle around kat situ, saya minta diri dari penganjur dan keluar dewan. Berjumpa kawan2 dari agensi lain dan berbual, bersalaman dan bermaafan. N datang menghulur tangan dan berpelukan dengan saya. Reminded saya supaya add dia di fb saya. Saya anggukkan kepala tapi dia tarik tangan saya kearah seorang lelaki dalam usia 50 an dan berkata:-
N : I would like you to meet my husband Tan Sri XXXXX, Dear my school & u mate XXXXXX.
Saya: Hi, Tan Sri, nice to meet you again, you look good.
N : Of course kan my dear, you are fit and energetic internal & external, right? You know each other right?
Saya: Yup, of course, I had few projects with him.
N: My dear, what projects are you in with my dear friend? (jujur saya tidak suka kata2 ini).
Saya: Nope, our projects just official projects. Don't worry, you are too pretty for him to turn back from you.
That Tan Sri minta diri nak masuk dewan dengan muka serba salah @ kelat kerana saya tidak pernah tahu status perkahwinannya sebelum ini but my friend still standing next to me. Dalam kepala rasanya terbayang muka Datin Sri yang ayu penuh Islamik, saya tidak pasti dia tahu atau tidak dia bermadu dengan kawan saya dan pelakun tak terkenal tersebut. Tapi yang paling tak sedapnya, bila kawan saya berkomentar sebegini,
N: Nampak aje tua my hubby tu but nafsu muda, semalam boleh main more than 3 rounds that's why 1st wife tak larat. Varieties...For melahkan kalau tak boleh layan laki, better lepaskan...because of his good performance, the main reason why I attached to him until now, if not surely I blah but I am not keen on sharing him forever may be one fine day he must choose 1 out of three. Trust me, I am very expert dealing with that.
Saya: N regarding that, I am not interested but I am very happy today to meet you my long lost friend. Take care.
N:  Bye, take care (dengan lenggok manja & menggoda)

Tuan2 & Puan2, sekadar menegur secara peribadi,
1. Apa erti dan nilai perkahwinan dan apa tanggung jawab suami dalam mendidik isteri?
2. Kenapa cerita dalam kelambu dibincangkan secara terbuka di khalayak?
3. Kenapa mesti bangga berkahwin banyak?
4. Sekiranya anda berkongsi suami, kenapa mesti merampasnya dari isteri2 yang lain?
5. Kenapa tidak menghargai pengorbanan madu anda yang pertama?

Apa pendapat tuan2 dan puan2, bagi saya kalau dah berkongsi pandai2lah  bawak diri, bagi suami kalau beristeri lebih tanggungjawab lebih berat atas anda. Entahlah, dunia makin advanced.

Tuesday, September 11, 2012

Tart Puntet Pantet

Salam.
Berkesah ttg anak2 dan mak ndak lagi. Malam tadi mak ndak buat kueh tart Landak untuk Along. Wardah tuition, Along buat revision. Along memang suka kueh tart yang mak ndak buat ni dan kadang2 bergilir dgn saya membuatnya. Pukul 10:00 malam Wardah balik tuition, naik atas hantar beg turun untuk supper. Wardah goreng nugget tempura dan buat air milo untuk semua. 

Ini doh kueh tart mak ndak yang sudah berisi jem tapi akan dibentuk menjadi Landak yang selalu Wardah nyanyikan masa primary school Kueh Tart Landak Mak Ndak , Mak Ndak Takde Pak Ndak, nakal tak Wardah dengan Along dulu2.

Mak Ndak bakar kueh saya dah turun untuk sidai kain di luar. Saya dengar kecoh budak2 tu ketawa besar di dapur. Saya masuk ke dapur dan tanya,
Mak Ndak: Along ni tak ada keje, ingatkan kenapa berangin je tengkuk, rupanya dia berdiri kat belakang.
Along: Orang  Mak Ndak kusyuk semayang, mak ndak kusyuk buat kueh, hahaha. 
Wardah: Along dah dekat lima minit berdiri belakang Mak Ndak. Mak Ndak terkejut lepas tu cakap Puntet Pantet, mencarut.
Mak Ndak: Itu melatah bukan mencarut.
Wardah: Eleh...dulu masa abang sebelah bakar mercun, mak ndak cakap Panxxt kat luar. Mak Ndak you must stop mencaruting.
Mak Ndak: Kalau Along tak kacau mak ndak, tak de mak ndak mencarut.
Wardah: You see Mak Ndak, she always mencaruts. Sometimes at school canteen there's one makcik like mak ndak. Along tahukan...
Along: Ha ah, dulu kawan Along Chinese Girl beli mee sup, makcik tu tertumpah kuah sup sikit, makcik tu kata Ya Allah, ko beli pxxxxt aku tiga, Shirley kawan Along tu cancel. Shirley geli nak makan mee sup tu. dia bayar je singgit.
Mak Ndak: Heh, cerewet sangat bukan cacat apapun kat mee sup tu.
Wardah: Mak ndak... kalau adekpun geli. Kenapa Melayu jer melatah Long?
Along: Sikap tu diwarisi dan menjadikan bangsa Melayu je melatah in the whole world.
Wardah: How to stop it?
Along: Must have clear mind and sharp thinking. Macam mak ndak sambil buat kueh, risau adek tak sampai rumah lagi, pas tu fikir Along kat atas baca buku ke tidur, pas tu fikir kenapa Pak Ndak tak balik lagi, heheheh
Mak Ndak: Mengada budak Along ni. Long keluarkan  tart dari oven tu...
Wardah: Mak Ndak, better stop mencaruts, kay. (Sambil peluk bahu mak ndak)

Along: (tunduk dekat kepala mak ndak) Along amek tart puntet pantet satu...
Mak Ndak: PUNTET PANTET, TART ALONG. ALONG, SIAP AWAK KANG MAK NDAK SEMELIH PUNAI AWAK.
ALONG: (Lari naik atas sambil jawab) ALONG TAK ADA PUNAI...MAK NDAK CARI KAT HUTAN...
Wardah: MAK, SHE MENCARUTS AGAIN.
Mak Ndak: Sapa kata Punai tu mencarut
Saya & Wardah: OMG....


Monday, September 10, 2012

Perempuan Melayu Suka Berkemban

Salam Isnin.

Gambar Hanya Hiasan

Perbualan Iqbal(Along)  & Wardah(Adek) di dapur.

Along: Tak suka betul tengok gambar XXXXXXX ni asyik berkemban semedang
Adek: Biarlah dia tak susahkan Alongpun
Along: Susah, sakitkan mata, macamlah perempuan Melayu ni miskin sangat
Adek: Along, that's what typical Malay Lady doing since our dato nenek.
Along: Sapa cakap? Dulu orang berkemban sebab kain adalah bahan asas yang expensive dan sukar didapati.
Adek: Sekarang pulak kain mahal dan kemampuan membeli dah semakin jatuh. Kain dah bukan bahan asas penting
Along: Dulu kurang penerapan agama lagipun pakaian tu ringkas untuk buat kerja rumah.

Adek: Ala sekarang ni cuaca panas global warming pokok kurang so kena pakai seminima yang mungkin
Along: Yelah dulu tak ada mesin2 nak jahit baju2 tu semua, now berlambak...pandai
Adek: memanglah la adek pandai...kalau nak jahit baju2 sopan tu mahal, kos letrik, upah jahit, bebagai..
Along: alaa, kalau dia orang tempah kat designer2 tu murah????
Adek: Msia ni panaslah...kenalah pakai jarang2 je...kain kena nipis...Along pejam jelah mata kalau jumpa.
Along: Dah balik zaman jahilliah dia orang..
Adek: Along, bukan dia orang kalau mati masuk kubur sama Along
Along: Along tak nak, takut sekubur dengan orang lain
Adek: Kepala besar...pengecut..

Tiba2:
ALONG, NAIK ATAS BUAT ADD MATHS AWAK, ADEK BASUH KASUT SEKOLAH AWAK, BUAT HAL AWAK, ORANG BERKEMBAN KE TOGEL KE JANGAN MASUK CAMPUR. AWAK TU BEBUDAK LAGI.....SUARA MAK NDAK.

Along: Mak Ndak ni entah apa2.
Mak Ndak: Buat SPM elok2 dapat semua A1, baru boleh kutuk orang. Adek, subuh tu tak payah mak ndak kejut, bangun sendiri, ada hati nak kutuk2 org berkemban. Kang dua2 mak ndak kembankan...