Monday, September 10, 2012

Perempuan Melayu Suka Berkemban

Salam Isnin.

Gambar Hanya Hiasan

Perbualan Iqbal(Along)  & Wardah(Adek) di dapur.

Along: Tak suka betul tengok gambar XXXXXXX ni asyik berkemban semedang
Adek: Biarlah dia tak susahkan Alongpun
Along: Susah, sakitkan mata, macamlah perempuan Melayu ni miskin sangat
Adek: Along, that's what typical Malay Lady doing since our dato nenek.
Along: Sapa cakap? Dulu orang berkemban sebab kain adalah bahan asas yang expensive dan sukar didapati.
Adek: Sekarang pulak kain mahal dan kemampuan membeli dah semakin jatuh. Kain dah bukan bahan asas penting
Along: Dulu kurang penerapan agama lagipun pakaian tu ringkas untuk buat kerja rumah.

Adek: Ala sekarang ni cuaca panas global warming pokok kurang so kena pakai seminima yang mungkin
Along: Yelah dulu tak ada mesin2 nak jahit baju2 tu semua, now berlambak...pandai
Adek: memanglah la adek pandai...kalau nak jahit baju2 sopan tu mahal, kos letrik, upah jahit, bebagai..
Along: alaa, kalau dia orang tempah kat designer2 tu murah????
Adek: Msia ni panaslah...kenalah pakai jarang2 je...kain kena nipis...Along pejam jelah mata kalau jumpa.
Along: Dah balik zaman jahilliah dia orang..
Adek: Along, bukan dia orang kalau mati masuk kubur sama Along
Along: Along tak nak, takut sekubur dengan orang lain
Adek: Kepala besar...pengecut..

Tiba2:
ALONG, NAIK ATAS BUAT ADD MATHS AWAK, ADEK BASUH KASUT SEKOLAH AWAK, BUAT HAL AWAK, ORANG BERKEMBAN KE TOGEL KE JANGAN MASUK CAMPUR. AWAK TU BEBUDAK LAGI.....SUARA MAK NDAK.

Along: Mak Ndak ni entah apa2.
Mak Ndak: Buat SPM elok2 dapat semua A1, baru boleh kutuk orang. Adek, subuh tu tak payah mak ndak kejut, bangun sendiri, ada hati nak kutuk2 org berkemban. Kang dua2 mak ndak kembankan...

32 comments:

  1. Hahaha... Mak Ndak dah bawa keluar kuasa vetonya... :)

    ReplyDelete
  2. hehe klu dilihat cara org melayu berfesyen amat menyedihkan. ramai yg tak cukup kain. urmm siapa nak jawab

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Lynn, akak tiada jawapan...terserahlah pada diri sendiri

      Delete
  3. Mak saya sampai la ni masih berkemban sehari suntuk dalam rumah tak panas bila memasak didapur hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Najmi, dalam rumah tak apa tapi ni di khalayak ramai. Mak2 tu biasalah kalau dalam rumah.

      Delete
  4. Mungkin org yg buat macam tu rasa cantik/menarik.. kita yang tak biasa memang rasa janggal, tapi pada orang dah biasa pakai baju kecik dengan skirt pendek.. rasa ok la berkemban peha tutup..

    Mustahil tak faham lagi tentang aurat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Mak Chaq...hairan jugak saya...mungkin kain mahal kot

      Delete
  5. omputeh pun takde pakai sangat macam tu..ada la sesekali.. tapi jarang..orang kita pulak lebih2..

    semoga cepat sembuh kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Rai, agaknya ini bangsa baru Melomputeh kot rai, Alhamdulillah akak ambilkan petua Rai tu. Getting better

      Delete
  6. semoga mereka cepat insaf dan kembali ttp aurat

    ReplyDelete
  7. mak ndak dah bersuara..apalagi..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ieja, kalau mak ndak tak berbunyi ada wire yang tak betul sambung kata Along. Dia mesti suka cari pasal dgn mak ndak

      Delete
  8. artis malaysia..
    tiada apa yg boleh diharapkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Doc,
      Betul tapi masih ramai yang sanggup tinggal pelajaran hanya untuk jadi artis

      Delete
  9. he he he ttg artis mesia mmg KA No komen !

    ReplyDelete
  10. Skrg nie berkemban tu fesyen plk.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Naza,
      Kita balik ke zaman dulu semula zaman Latifah Omar.

      Delete
  11. Kihkihkih siap gaduh 2 beradik tu pasal berkemban. Last2 kena sound dengan mak ndak, hah habes!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dinas, takde keje agaknya, dia org esp Along memang sengaja cari pasal dgn Mak Ndak.

      Delete
  12. salam perkenalan...=)
    tengok, anak-anak pun pandai menilai kan..
    kenapa orang dewasa yang dah matang pemikirannya tak pandai menilai..
    huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks herma, bukan setakat menilai tapi menjadikan ianya teladan juga.

      Delete
  13. haha tp mmg betul

    mak sy ske kemban jugak

    dlm uma la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Iffah, berkemban dalam rumah tak jadi masalah dengan kain batik, tapi ni jenis berkemban tengah dunia dgn kain yang berlip-lap

      Delete
  14. Dia silap majlis kot... Dia nak pi mandi tuu... tapi terlajak mai kat situ pulak.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Wuming, u always bijak menyuara yang tersirat dan tersurat. Faham tak aje masalahnya dia orng ni.

      Delete
  15. Menjadi tanggungjawab semua pihak untuk menapis supaya gambar tidak terlepas kepada umum. Mungkin perlu ada garis panduan kod berpakaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Biomed, memang perlu ada garis panduan tapi penapis yang digunakan mungkin banyak lubang besar2 jadi bocor teruk. Semua hampas boleh lalu

      Delete
  16. sentiasa ada mangsa fesyen..kalau ada designer dan orang yang nak memakainya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bitt,
      U r always right...Tak de satu darinya mungkin ianya boleh dikawal...

      Delete