Monday, October 1, 2012

Anak ke Adek....

Salam.

Hari Sabtu Along menghadiri Majlis Graduasi Tingkatan Lima di sekolah dan yang paling saya tunggu2 Birthday Along yg ke 17 pada 7 October 2012 ni...Alhamdulillah 17 tahun saya jadi ibu...masa makan di Restoran Ameer Ehsan pagi Sabtu minggu lepas, ada seorang waiter bertanya pada saya, Akak tadi akak punya adek order air apa? Saya pandang Along, saya tanya Along, Adek nak minum apa...Along kata Carrot Juice...Along kata tak kenal anak ke adek, mesti kat bangla tu emak dia org kawin muda2.. Saya jawab sebab Mak awet muda...Along dgn zalim kata Mak jgn over confident, selalu lupa kunci kereta, pada hal pd tangan sendiri, itu tanda2 mak dah makin tua...hehehe straight to the point aje Along. Saya kata sebab mak dah tua la mak mintak sgt2 pada Along, buat SPM betul2 sebab Along anak sulong mak, first son that mak hope can take good care of adek2. Sayu muka Along bila saya pandang muka dia tepat2...Dalam garang Along dgn suara garaunya tu pasti kalah pada rayuan saya sebagai ibunya.
Along memang tak suka ambil gambar tetapi kerana saya dia turutkan...Ini imam solat maghrib saya, solat Isyak big boss, inilah anak lelaki yang selalu membaca Yassen bersama2 saya setiap malam, tinggi orangnya, tegas kalau bercakap, rajin membantu dan membuli mak ndaknya, inilah orangnya. Dia cakap pada saya, baju dia yang paling murah adalah uniform sekolah, budak2 zaman sekarang, anak2 hasil dari pasangan Dasar Ekonomi Baru, kami dulu dibiayai kerajaan sepenuhnya tetapi anak2 ini dibiayai ibubapa sepenuhnya, Graduation Day Along berkemeja Pieere Cardin, berseluar Bonia, Berstokin Bonia, Neck Tie RM19.90 saya beli dari The Store, Belt Bonia dan kasut BATA RM59.90. Saya usik dia, tshirt Along semua Adidas, Renoma, BUM, Conversekan...branded2kan, mak harap doa Along, amal ibadat Alongpun branded2 jugak ye...mak perlukan doakan Along nanti...Along tunduk aje dalam kereta.
Kerusi plastik merah tempat duduk mak ndak sembahyang, Along akan sediakan bila dia ada bersama di rumah, Along sebelum pergi tolong chargekan bateri hand phone mak ndak dulu sebab mak ndak akan risau kalau Along tak call lepas dari 1 jam bertolak...
Sebelum pergi mak ndak suruh Along isikan borang entah apa2 yang mak ndak perlu pos, Mak Ndak akan membaca Yassen tiap2 hari Along dan Adek ambil peperiksaan, Mak Ndak jugak akan baca Yassen bila Along berpergian bersendirian tanpa keluarga (masih dalam telekung lagi), itulah kaseh sayang mak ndak yang tidak pernah berbelah bagi bagi anak yang bernama Muhammad Iqbal ini. Along adalah anak saudara paling mak ndak sayang aka pengurus wang ringgit dan harta benda mak ndak, orang kepercayaan mak ndak, mungkin perkhidmatan Along yang selalu cemerlang membolehkan Along mewarisi harta benda dan duit ringgit mak ndak. Wardah pula mewaarisi barang kemas Mak Ndak yang kalau saya tengokpun mak ndak akan angin...macamlah saya selera sangat...
Harapan saya  tuan puan bermurah hati mendoakan kejayaan Along dalam SPMnya nanti. Along bercita2 untuk memasuki UPNM untuk menjadi penyelidik ketenteraan kerana cita2 awalnya memandu jet pejuang tapi awal2 lagi dah kami reject sbb kami hanya ada satu Along...Kasih sayang kami hanya pada seorang anak lelaki bernama Muhammad Iqbal....Sorry Along, because you are one & only, your ambition still need my screening....Itu kuasa VETO MAK.

Thursday, September 27, 2012

"BABI" ITU MEROGOL SAYA; MOGA DIA DIJANGKITI HIV B..." HARUAN MAKAN ANAK

Ya Allah, sama2 lah kita berdoa gadis ini sentiasa tabah dan dilindungi Allah sentiasa

HIDUP MESTI DITERUSKAN: "BABI" ITU MEROGOL SAYA; MOGA DIA DIJANGKITI HIV B...: HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI. Sesuatu musibah yang menimpa diri kita itu, pasti ada rahmat dan kebaikan yang terselindung me...

Tuesday, September 25, 2012

Wajah terkini Hajjah Mazuin Hamzah

Salam....
Dari Puan Rostinah...Wajah terbaru Hajjah Mazuin dan gambar terbaharu beliau tetapi gambar dibawah tiada kesahihannya. Pada pembaca yang ada maklumat lain, sila updatenya.


Terima kasih.