Monday, October 8, 2012

17 TAHUN SAYA JADI IBU...

Salam.
Semalam 7 hb Oktober 2012 pukul 1:01 petang, genap 10 tahun saya bergelar ibu kepada seorang anak lelaki yang bernama Muhammad Iqbal. Syukur, Alhamdulillah Allah anugerahkan saya anak ini...17 tahun kami bersama dalam menempuh kehidupan yang amat bahagia, ada gaduh ada bantahan ada sedih tetapi syukurnya bahagia yang lebih banyak diturunkan. Ya Allah, Along dianugerahkan rezeki  yang baik dalam pelajaranm melepasi peperiksaan dgn baik dan semuga terus baik dan berjaya.

Sebagai anak lelaki Along adalah kudrat saya membantu di rumah, Along tidak merokok dan berkelakuan baik di sekolah tapi dirumah anda boleh menyaksikan Along mampu membuka gate dengan kaki. Itulah realitinya sikap Along.
Cheese cake pilihannya sendiri
Along tak suka bergambar tapi demi saya dia akan ikutkan...
Teliti dalam memilih makan, minum dan pakaian tetapi telus dalam memberi pendapat walaupun dengan saya sendiri. Tidak akan saya lupakan detik dia mula mengaji Iqra pada usia 5 tahun, dia tanya saya, Mak who you love most? Saya jawab Of course you...Along kata you are, wrong you must love Allah first than me..usia 12 tahun di depan gurubesar di sekolah, ketika dia dipilih menjadi ketua pengawas sekolah, takut UPSR terganggu saya kata Sayang mak think you are going to be busy with  this responsibility Along jawab Mak I am little caliph on earth, Allah will determine my rezeki...Usia 15 tahun, PMR dia kata pada saya Mak dun worry, just doa for me, I'll study hard & your solat & doa willl help me a lot pada usia 17 tahun, dia kata mak, please pray for my SPM, your doas, Yasin and solat hajat will give me peaceful mind, InsyaAllah I'll pass it just like before. Ya Allah, kadang2 saya kagum dengan pemikiran Along yang selalu positif dan saya akan terus berdoa untuk anak2 saya.
 Muka dan suara Along garang tapi dia penyayang pada adek2 pada keluarga dan senang untuk dijaga tetapi bab makan Along sangat  cerewet. No Bawang, No Sayur tapi dia kuat minum susu, jus carot dan roti. Saya selalu usik dia, senang hidup bakal menantu mak...tapi pada bakal besan Along sangat cerewet tentang kebersihan rumah, kehalalan sesuatu makanan, dia tak tengok AF, cerita sinetron, dia hanya tengok National Geographic, English Blockbuster dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda tanya dia sapa Shila Amzah saya pasti jawapan dia penyanyi tapi dia tak pasti orangnya. 
Happy Birthday, Along semuga Allah permudahkan segalanya untuk anak lelaki kesayangan mak yang mak sayang kedua selepas Allah. Hopefully my teenager caliph will be successful in whatevr he do in future undertakings. All the best, my heart, we family will always support you.


Wednesday, October 3, 2012

HIDUP MESTI DITERUSKAN: I'M GAY AND ITS NOT OKAY... BUT ITS AWESOME ;)

HIDUP MESTI DITERUSKAN: I'M GAY AND ITS NOT OKAY... BUT ITS AWESOME ;): Ini adalah catatan kisah dari seorang yang hanya mengenalkan dirinya sebagai Awan Yg TerPlu seorang rakan Facebook saya yang baru, and...

Salam. Sekadar berkongsi, maklumat baru buat saya.

Monday, October 1, 2012

Anak ke Adek....

Salam.

Hari Sabtu Along menghadiri Majlis Graduasi Tingkatan Lima di sekolah dan yang paling saya tunggu2 Birthday Along yg ke 17 pada 7 October 2012 ni...Alhamdulillah 17 tahun saya jadi ibu...masa makan di Restoran Ameer Ehsan pagi Sabtu minggu lepas, ada seorang waiter bertanya pada saya, Akak tadi akak punya adek order air apa? Saya pandang Along, saya tanya Along, Adek nak minum apa...Along kata Carrot Juice...Along kata tak kenal anak ke adek, mesti kat bangla tu emak dia org kawin muda2.. Saya jawab sebab Mak awet muda...Along dgn zalim kata Mak jgn over confident, selalu lupa kunci kereta, pada hal pd tangan sendiri, itu tanda2 mak dah makin tua...hehehe straight to the point aje Along. Saya kata sebab mak dah tua la mak mintak sgt2 pada Along, buat SPM betul2 sebab Along anak sulong mak, first son that mak hope can take good care of adek2. Sayu muka Along bila saya pandang muka dia tepat2...Dalam garang Along dgn suara garaunya tu pasti kalah pada rayuan saya sebagai ibunya.
Along memang tak suka ambil gambar tetapi kerana saya dia turutkan...Ini imam solat maghrib saya, solat Isyak big boss, inilah anak lelaki yang selalu membaca Yassen bersama2 saya setiap malam, tinggi orangnya, tegas kalau bercakap, rajin membantu dan membuli mak ndaknya, inilah orangnya. Dia cakap pada saya, baju dia yang paling murah adalah uniform sekolah, budak2 zaman sekarang, anak2 hasil dari pasangan Dasar Ekonomi Baru, kami dulu dibiayai kerajaan sepenuhnya tetapi anak2 ini dibiayai ibubapa sepenuhnya, Graduation Day Along berkemeja Pieere Cardin, berseluar Bonia, Berstokin Bonia, Neck Tie RM19.90 saya beli dari The Store, Belt Bonia dan kasut BATA RM59.90. Saya usik dia, tshirt Along semua Adidas, Renoma, BUM, Conversekan...branded2kan, mak harap doa Along, amal ibadat Alongpun branded2 jugak ye...mak perlukan doakan Along nanti...Along tunduk aje dalam kereta.
Kerusi plastik merah tempat duduk mak ndak sembahyang, Along akan sediakan bila dia ada bersama di rumah, Along sebelum pergi tolong chargekan bateri hand phone mak ndak dulu sebab mak ndak akan risau kalau Along tak call lepas dari 1 jam bertolak...
Sebelum pergi mak ndak suruh Along isikan borang entah apa2 yang mak ndak perlu pos, Mak Ndak akan membaca Yassen tiap2 hari Along dan Adek ambil peperiksaan, Mak Ndak jugak akan baca Yassen bila Along berpergian bersendirian tanpa keluarga (masih dalam telekung lagi), itulah kaseh sayang mak ndak yang tidak pernah berbelah bagi bagi anak yang bernama Muhammad Iqbal ini. Along adalah anak saudara paling mak ndak sayang aka pengurus wang ringgit dan harta benda mak ndak, orang kepercayaan mak ndak, mungkin perkhidmatan Along yang selalu cemerlang membolehkan Along mewarisi harta benda dan duit ringgit mak ndak. Wardah pula mewaarisi barang kemas Mak Ndak yang kalau saya tengokpun mak ndak akan angin...macamlah saya selera sangat...
Harapan saya  tuan puan bermurah hati mendoakan kejayaan Along dalam SPMnya nanti. Along bercita2 untuk memasuki UPNM untuk menjadi penyelidik ketenteraan kerana cita2 awalnya memandu jet pejuang tapi awal2 lagi dah kami reject sbb kami hanya ada satu Along...Kasih sayang kami hanya pada seorang anak lelaki bernama Muhammad Iqbal....Sorry Along, because you are one & only, your ambition still need my screening....Itu kuasa VETO MAK.