Thursday, November 14, 2013

Kehidupan dan Perjalanan

Khas buat Nur Wardah, anak perempuan paling mak sayang,

Sayang, ombak dan pantai, sahabat baik
sepertimana perhubungan kita manusia
Kita insan milikNYA tiada kuasa
Ombak aktif menghakis pantai,

Adakalanya perlahan
 Adakalanya kuat
Tanpa kenal belas kesian dan ehsan
Tanpa kenal erti persahabatan
Allah tumbuhkan bunga indah yang mendamaikan,
Dipantai yang Ombak rosakkan,
 Buat insan kenal erti kesyukuran
Mendung datang, badai berulang
Allah kurniakan perlindungan
Allah kurniakan kedamaian
Allah berikan jalan berliku
Allah tunjukkan jalan pulang
Allah kurniakan rahmat gemilang
Jadilah benih yang baik sayang,
Agar insan lain boleh menumpang di waktu susah dan senang,
Agar insan lain boleh menerima naungan dari hujan dan panas
Agar insan lain boleh menumpang di waktu lapar dan dahaga
Kerana mak yakin sayang, Allah kurniakan anak gadis yang tetap imannya,
Kerana mak yakin sayang, Allah anugerah anak gadis yang mulia hatinya
Kerana mak yakin sayang, Allah berikan mak anak gadis yang terbaik.
Ameen...

Perubahan Usia dan Zaman...

Salam.
Berkongsi rasa suka duka bersama anda semua sesuatu yg sangat amazing. Tiada perkataan  dapat saya huraikan syukurnya atas doa dan nasihat anda semua. Moga Allah membalasnya dan kita semua sentiasa dalam barakahN tapi tulus dari hati saya perkongsian dengan anda semua amat mendamaikan saya. Semuanya adalah kerana anda semua. TERIMAKASIH.

Berbezanya sikap anak kesayangan saya ketika di sekolah dan Universiti. Anak2 anda juga seperti Along? atau mungkin berbeza...apapun semuga semua anak kita berada dalam peliharaan  Allah Yang Maha Esa.

Zaman sekolah menengah Muhammad Iqbal....

Along dua dari kanan di baris hadapan....Nakal sangat masa ni, kuat buli orang. Malas betul study, main aje.

Kedudukan yang sama dua dari kanan masa akhir tahun Tingkatan 5, perangai pun sama lagi tak berbeza cuma lebih tinggi.
Dah masa U, dah jadi orang dewasa, minat karakter jepun ni pulak, sampai sanggup bergambar berpayung. Badan dah lagi tinggi dan ada janggut lagi. Itulah anak2 berbagai kerenah dan perangai tapi kita semua patut bersyukur dianugerahkan cahaya mata dan sekarang saya hanya mampu berdoa pada Allah agar along dipermudahkan urusannya di Dunia dan Akhirat, sesungguhnya bagi saya Along adalah segalanya kerana saya hanya ada sepasang cahaya mata. Semuga kita semua akan sentiasa bahagia dan saya akan bercerita tentang perjalanan saya ke Kunming China nanti dan berkongsi ceritanya.

Friday, November 1, 2013

Suka Duka Kehidupan

Salam teman2 maya, doa dan nasihat anda amat berguna untuk saya.

Kadang2 hadirnya seorang teman sepejabat kalau silap gayanya boleh bawa lebih banyak duka dari suka. Bukan disebabkan pangkat atau usia tetapi sikap kita dalam pergaulan harian amat penting kita jaga. Hari ini baru saya sedari kalau kita biarkan sikap "berkira" dan besar kepala mereka kita tidak dapat uruskan pekerjaan dengan baik. Saya akan BERTEGAS dalam soal kerja.

Ada seorang teman telah bersemuka dengan gadis manis ini dan bagi saya isu ini saya akan lupakan sempena Awal Muharram yang mulia ini, kosong2 dan saya akan teruskan usaha saya. Walaupun ujiannya besar tapi saya yakin ada Insan lain yang lebih malang, membaca dari blog sahabat baik saya Najmi, kisah dan teladan memberikan saya rasa kesyukuran yang tiada taranya. Berkongsi email seseorang menitis airmata saya sebagai seorang wanita, ibu dan manusia.

Puan,
Berkongsi cerita duka saya. Saya seorang kerani bank berkahwin dan mempunyai seorang cahaya mata. Saya bermadu dengan lelaki (menyerupai wanita) sejak Mei lalu dan kami tinggal serumah. Madu saya berusia 20an (awal) warga asing dan memunyai tubuh badan dan rupa yang agak menarik berbanding saya. Suami saya seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di negeri Selangor. Kami tinggal serumah dan rumah kami hanya sebilik. Saya dan anak tidur dirumah tamu, dan saya seolah2 tiada hak dalam rumah tangga. Saya pendekkan cerita ibu malang ini.
Saya tiada tempat mengadu kerana perkahwinan kami tidak direstui keluarga dan mertua juga tidak pedulikan kami. Puan, saya tidak diberi nafkah zahir batin dan apabila saya mintak dilepaskan suami akan mengamuk dan mengugut membawa anak saya lari ke negara lain. Dua kali saya patah kaki kerana suami memijak kaki saya dan sekali lagi saya jatuh motor apabila suami tendang motor yang saya naiki semasa saya ingin ke tempat kerja Kesannya kaki saya masih tidak sembuh sehingga sekarang. Saya temui email puan dari blog Abg Najmi. Saya bukak blog abg Najmi masa rehat di pejabat. Suami saya jugak songsang dan saya adalah hamba kepada mereka. Saya kesiankan anak perempuan saya yang masih kecil. Puan tidak perlu jawab email saya tetapi saya akan email Abg Najmi nanti tetapi sekadar luahkan perasaan. Terima kasih.

Nanti saya balas email wanita ini dan saya sentiasa doakan dirinya sejahtera. Andainya dia berada di Selangor, saya akan cari jalan berkenalan dan berjumpa moga boleh saya bantu dia. Buat suami wanita ini, Ya Allah lembutkan hatinya untuk menjadi insan khalifah yang lebih mulia, tak apa saya minta Najmi bagi pendapat beliau nanti. Mari kita doakan wanita ini sentiasa dilindungi Allah, dipermudahkan urusannya didunia Allah ini dan mendapat kebahagiaan yang hakiki.
Maafkan segala salah dan silap saya, Selamat Menyambut Maal Hijrah.