Friday, April 26, 2013

Halalan Thoiyibban

Salam Jumaat Tuan Puan,

Kesibukan bertugas dengan jawatan baru di tempat baru memang membuatkan saya terlebih sibuk...tapi hati saya gembira berbanding tempat sebelumnya...tapi kedua2nya Alhamdulillah memberi saya pengalaman yang berbeza tapi sangat berbeza. Saya ditugaskan menghasilkan produk makanan kegunaan domestik dan export berstatuskan HALALAN THOIYIBBAN yang bermakna dari pebelian bahan mentah sehingga produk tersebut masuk kedalam badan manusia semua bersih, suci dan Halal termasuk juga peralatan, pengangkutan dan penyimpanan.

Tuan/puan, saya sokong Koperasi, Usahawan dan Penjaja yang ada sikap ini kerana dari hasil makanan mereka inilah yang membantu kita membesarkan anak2. Dalam bulan Mei nanti saya akan membuat promosi di Pasar Tani Shah Alam bagi produk makanan Halalan Thoiyibban ANGKASA Foods. Minta jasa baik tuan/puan menyokong semangat dan ikhtikad Tulus Ikhlas kami dari Presiden sehinggalah kepada semua kakitangan ANGKASA, belilah barangan makanan Halalan Thoiyibban yang bermakna " Halal dan sangat baik di makan". Moga kita sentiasa diberkati dan dilindungi dari unsur2 syubhahah. Dari Muslim ke Muslim termasuk kepada non muslim, Dari Koperasi ke Koperasi dan perdagangan sesama usahawan Muslim. Kalau ini dapat saya realisasikan, tiada kata2 yang dapat saya tuturkan dalam melahirkan kesyukuran kecuali ALHAMDULILLAH. Saya dengan syukurnya ingin mengumumkan bahawa kami dalam proses menghasilkan Halalan Thoiyibban Baby's Food (6 bulan sehingga 2 tahun) dari beras perang tempatan dan disini saya menyeru para ibu bapa, sokonglah kami dengan mencuba makanan bayi ini selepas di lancarkan nanti.

Bangunlan Melayu dan Muslim, bersatu dalam dunia perniagaan yang merupakan 9/10 dari pintu rezeki kerana dengan sokongan sesama sendiri ianya akan dapat mendirikan ummah yang kuat. Hilangkan hasad dengki, buangkan rasa iri hati, lupakan ego diri kerana kita semua hanyalah insan milikNYA di mula bumi ini.
Jom kita bina kekuatan Ummah melalui jalingan rantaian nilai yang kukuh. Terima kasih tuan2 dan puan2.

19 comments:

  1. alhamdulillah kak..usaha macam ni yg kita nak.. biar terus maju orang islam. tak payah harapkan pada product yang bukan dibuat oleh orang muslim. mungkin product mereka halal dan baik. tapi kurang berkat sbb yang membuatnya bukan dari kalangan yg bukan islam.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah..produk yg macam ni yg kita cari..saya sokong juga kak!

    ReplyDelete
  3. semoga kita beroleh keberkatan dlm menjaga diri utk ambik makanan dan minuman yg betul2 halal.. insyaallah

    ReplyDelete
  4. patut luaskan lagi pemasaran produk macam ni kan..
    moga berjaya, insha Allah

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah! Saya doakan kejayaan untuk MW dari jauh. Saya yakin pasti dapat sambutan hangat, in syaa Allah :)

    ReplyDelete
  6. didoakan semoga bis ni berjaya...insyaallah

    ReplyDelete
  7. assalamualaikum MW...semoga berjaya...:)

    ReplyDelete
  8. saya sentiasa menyokong dari dulu sampai bila2...
    lagi2 produk orang kita

    ReplyDelete
  9. Semoga segala urusan pekerjaan dapat dijalankan dengan baik, dan yang penting seronok bekerja dan semoga berjaya...:)

    ReplyDelete
  10. Kalau ikutkan dah jadi kewajipan bersama utk kita mencari yg halalan thoyyiban buat umat Islam di negara kita ini dan juga kalau boleh biarlah menelusuri negara-negara non-muslim. Doa kakak moga bizz ini akan terus berjaya. Kakak pasti akan menyokongnya..

    ReplyDelete
  11. Teruskan pekerjaan yang mulia ini.. Insyaallah ramai yang akan menafaatnya dan membuka mata pada yang bukan Islam juga untuk membeli kerana terbukti produk halalan toiyiban bukan hanya untuk orang Islam sahaja kan..

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah...orang bukan islam pun sekarang dah celik bab halal ni..

    ReplyDelete
  13. tahniah akak... sumbangan yang sgt berharga buat kita semua.

    ReplyDelete
  14. alhamdulillah tahniah kak!
    tak sabar nak tgk halalan toyyiba baby's food tu ... semoga mudah didapati di pasaran!

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah....
    let's support halal products! :-)

    ReplyDelete
  16. tahniah..cuba la pasarkan di pasar malam putrajaya. majority pengunjungnya muslim.

    ReplyDelete