Monday, May 6, 2013

Hari Raya sudah dipilih

Salam Isnin, kami di Selangor cuti selepas pilihanraya bermakna hari raya sudah dipilih. Saya tidak mahu bercerita tentang hari raya yang sudah kita pilih sendiri tetapi berkongsi kisah makanan halalan thoiyibban dengan tuan puan. Mungkin anda semua tidak pernah tahu nun di Felda Bukit Cherakah. Kuala Selangor ada sekumpulan isteri2 peneroka bergabung tenaga dan berganding bahu menghasilkan Pastry yang Fresh from oven, rasanya segar, enak dan berbaloi dengan harganya.
Gift perkahwinan yang sederhana tapi penuh keikhlasan dari Koperasi Wanita Bersaudara Felda Bukit Cherakah, roti kering bergula yang di buat dari roti segar, satu bekas harga RM3.50, segar, enak dan dibuat dengan semangat persaudaraan dan gotong royong. Bangga saya melihat perniagaan mereka yang maju, sedang memohon halal dan persiapan kilang ke arah GMP.
Bun yang masih panas lagi...harganya RM 0.70 sahaja kenapa perut anak kita perlu di alas dengan twisties yang belum tentu lagi khasiatnya. Jom kita ubah minda...makan makanan buatan muslim khas untuk pasaran halal.
Tiada beza apa yang ada dipasaraya tetapi istimewanya ia kerana hasil tangan ikhlas buatan para wanita peneroka kita...
Roti kering bergula yang sangat enak...garing dan dari roti yang baru keluar dari oven...entah kenapa semakin saya mengenali mereka, semakin hormat saya kepada usahawan melayu kita
Tiada beza kualiti mereka tetapi saya kagumi kejujuran mereka, hasilkan produk yang tiada bahan pengawet kerana ianya adalah halalan thoiyibban bermakna ianya halal dan baik untuk dimakan, Alhamdulillah. Untuk pemimpin negeri Selangor, mohon terima kertas kerja saya bagi pembangunan kilang GMP mereka, bantu saya, kita bekerjasama dan itulah hari raya yang saya pilih, raya yang berbakti untuk semua tak kira saya dan anda pegang bendera berwarna berbeza. Saya akan baik dengan semua kerana saya yakin arah kiblat kita tetap sama.
Ini pulak berkongsi sajian disediakan anak perempuan kesayagan saya. Saya tak tahu rasanya tapi dalam hati ada sendu sebab perempuan kesayangan saya ini dah boleh berdikari, alarm yang saya semakin remaja purba, jangan asyik makan sahaja takut tercicir yang wajibnya dan sedarlah betapa kurang sunat yang saya buat.
Candid bibik saya tengah menyapu rumah, mahal gaji bibik lelaki kesayangan saya ini, dua2 bibik ini samada lelaki dan perempuan nilai kehadirannya umpama nyawa saya sendiri. Walaupun dimohon untuk ditukar dengan jutaan wang ringgit, gunungan emas permata pasti saya akan tolak kerana nilainya pasti tidak setara. Istimewa anugerah yang Maha Esa, Allah amanahkan kepada saya sepasang cahayamata yang ALHAMDULILLAH, saya yakin dan pasti anda semua juga ada, yang mungkin lebih baik dan berjasa dari yang saya ada, InsyaAllah.



28 comments:

  1. Anugerah dariNya yg tidak ternilai, alhamdulillah.

    Nampak sedap sungguh buns & mini pizzas tu di waktu hujan2 cenggini..adoyai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Dinas. Dinas selalu positif atas setiap usaha akak,moga dinas sentiasa di bawah rahmat dan barakah Allah

      Delete
  2. terasa nikmat makan makanan yg tidak diragui kehalalannya berbanding dgn sesuatu yg kita ragu-ragu..
    tahniah dan sukses buat mereka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Anim, sama2 doakan usaha mereka sentiasa dipermudahkan. Take care

      Delete
  3. Salam Mak Wardah..

    Saya setuju..Kita sebagai Muslim kena support produk saudara seagama kita yg mana pastinya Halal & Toyyiban...:)

    wife saya pun berkecimpung dalam industry yang sama ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Doctor, if isteri doc nak cari funding from gov or market boleh cari akak. Take care

      Delete
  4. salam....lama saya tak pergi bkt cherakah.saya duduk shah alam jugak dulu.owh yelah bgs share entri ni,sama2 sokong produk tempatan yg dh tentu halal dan bersih buatannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx kerana turut menyokong. take care

      Delete
  5. Salam MW. Akak pun ada sepasang. Dan Alhamdulillah penyejuk hati. Tak pernah bantah kalau akak mintak tolong dgn keje2 rumah. Yang lelaki tu dah biasa sgt masak nasik, basuh & jemur kain. Bertuah sgt akak rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, tiada setara ucapan syukur saya ke hadrat Allah atas kurnianya pada saya hambanya yang hina ini. take care kak

      Delete
  6. Salam Mak Wardah..

    kalau tak kita yang menyokong produk mereka, siapa lagi kan.. seronok bila tengok orang kita mampu bersaing dengan bangsa lain dengan pengeluaran produk yg bermutu.. Alhamdulillah..

    Alhamdulillah.. punya permata hati yang menyenangkan jiwa.. semoga kedua-duanya terus memberikan kebahagiaan buat akak sekeluarga, insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hanis, KPI akak memajukan industri, usahawan dan produk tetapi kata2 Hanis dan kawan2 makin menguatkan hati akak. Thx Hanis

      Delete
  7. Rajinnya anakanda
    Kalau ada anak perempuan sure dah booking jadi menantu

    ReplyDelete
  8. Replies
    1. Alhamdulillah, moga lizz juga sentiasa di bawah lembayung rahmat Allah

      Delete
  9. Bagaimana acuan akan begitulah hasilnya. Telah dapat menuai apa yg disemai - syukur alhamdulillah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhmadulillah kak...syukur pd Allah yang memberikan saya pinjaman dua cahaya mata itu. Take care kak

      Delete
  10. Terimakasih dan salam kenal.
    Mama tak pernah tau pulak pasal bulir cerakah kat Kuala Selangor. Dulu anak sekolah kat sains Kuala juga.
    Teruskan menulis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx, saya juga dulu tak tahu...take care

      Delete
  11. wah..best la MW pasal hasil dari koperasi tu.. di mana dipasarkan bun2 tu MW?

    anak2 memang anugerah yg tak ternilai.. rasa macam magic kan.. bg yg belum ada tu, jgn putus asa berusaha dan berdoa..istiqamah..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kami akan pasarkan ke Shah Alam. Betul tu Cikda anak2 tu ada magicnya pada kita

      Delete
  12. salam wak wardah
    Pergh..awal gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx tirana, moga sihat dan bahagia selalu

      Delete