Salam kepada kawan2 bloggers.
Terima kasih diatas penerimaan salam persahabatan saya. Kisah misteri dirumah mak lang saya bermula dari setahun selepas Achik (adik mak lang) tinggal di rumah tersebut. Saya ceritakan kisah Achik dulu. Achik bekerja sbg Juruteknik di sebuah Jabatan Kerjaan dan telah bertukar ke Msia timur pada tahun 1998, tinggal di TWU di mana di sini Achik telah berkenalan dan berkawan dengan seorang lelaki berusia yang sudah beristeri dua. Keluarga dapat tahu lelaki ini beristeri dua apabila isteri keduanya telah menelefon mak lang dan merayu supaya achik tidak meneruskan perhubungan ke tahap seterusnya. Bila keluarga memberitahu achik dan menasihatinya dengan angkuh Achik berkata " Kenapa dia sebuk sangat, dia tu isteri kedua aje". Keluarga benar2 terkedu dengan sikap Achik dan secara diam2 berbincang dengan keluarga lelaki tersebut agar tidak melayan Achik lagi tetapi tumpukan kepada keluarga sedia ada. Achik dengan berani memberitahu isteri2 lelaki tersebut dia sudah berkahwin dengan lelaki tersebut tetapi kami kagum dengan sikap mereka, tidak berdendam dan redha dengan sikap dan mulut jahat achik. Sehingga kini kami masih berbaik dengan mereka tetapi tidak Achik.
Apabila berpindah ke bandar KK, keluarga dapat tahu achik tinggal menyewa dengan 3 orang perempuan yang juga datang dari Semenanjung tapi tidak lama. Achik berpindah masuk ke rumah sorang wanita yang seusia dengan beliau dan tinggal bersama. Menurut kata Achik, wanita tersebut terlalu baik kepadanya, rumah tinggal percuma, tidak berkira makan minum dan ambil berat tentang diri Achik. Keluarga tidak ambil tahu asalkan Achik tahu jaga diri dan bahagia dengan apa yang dia ada. Pada tahun ketiga Achik tinggal bersama wanita tersebut ada juga sekali dua wanita itu melawat keluarga Achik di Semenanjung. Keluarga kami bersyukur sekurang2nya achik ada kawan baik di sana. Sikap akrab achik dalam perhubungan kadang kala mengjengkelkan, pantang berpisah sentiasa menelefon satu sama lain tidak kira masa walaupun hal kecil2 seperti makanan kucing, kucing hilang, makan apa, kat mana, dengan siapa dan sebagainya. Apabila keluarga melawat achik di sana, jelas kelihatan perhubungan achik yang mesranya macam suami isteri, tidur sebilik, bergurau senda dan banyak yang menggelikan perasaan dan menyakitkan mata. Keluarga bila bising apabila usulan mereka suruh achik bertukar ke Semenanjung di perlekehkan achik dengan alasan yang tiada sokongan kuat. Jabatan beliau tidak terdapat di KL, boss tak bagi tukar dan sebagainya.
Terbuka hati keluarga untuk menyiasat keadaan simpanan dan harta benda achik...semasa berjumpa wanita teman karib achik, mak lang pernah menyuarakan pasal rumah dengan bertanya, "XXX, tak beli rumah?'. Jawab wanita tersebut: "tak taulah, tunggu achik nak beli rumah macam mana". Mak Lang diam tapi rasa tak sedap hati. Achik dengan bangga bercerita dia beli kereta baru dan bila Mak Anjang tanya kepada achik dia kata kereta dia tapi bila bertanya kepada wanita tesebut dia kata kereta wanita tersebut, tiada kena mengena dengan achik. Dalam ding dong ding dong keluarga bersyak wasangka, dengan izin Allah achik diserang minor stroke.Wanita tersebut menelefon Mak Itam dan keluarga bersepakat Mak Lang pergi ke sana dengan anak lelaki sulungnya melihat keadaan achik. Bermulalah era perebutan hak jagaan achik, bila mak lang ajak achik tukar hospital semenanjung, wanita itu membantah sekeras2nya dan achik seboleh2 tidak mahu pulang.
Atas paksaan keluarga, achik di rawat di Semenanjung tinggal dengan mak Itam, Rawatan demi rawatn sehingga Achik boleh berjalan dan bekerja. Achik dapat sindrom malas nak jaga diri sendiri, duit sentiasa habis dan paling sedih dia hanya makan saki baki makanan yang dihidangkan pada masa mesyuarat. Achik ingin pulang ke sana ditemani oleh mak teh dan pak teh untuk membawa balik pakaian dan barang2 yang semua masih tinggal disana. Mak Teh terasa cuak kerana apabila sampai ke rumah wanita tersebut achik menangis tidak mahu ikut mak teh dengan pak teh balik ke semenanjung esoknya, wanita itu memberi alasan IC achik hilang, esoknya kawan2 sepejabat achik membantu mak teh membawa achik ke airport dan membuat polis report atas kehilangan IC tapi sebaik sahaja sampai di airport achik naik kereta perempuan itu dan terus pergi. Putih mata mak teh dan pak teh balik tanpa achik dan kawan2 sepejabat achik sangat bersimpati dengan dua warga emas ini.
Hampir sebulan achik bekerja semula di sana, mak anjang, mak teh, pak teh dan pak itam bersepakat dengan kawan2 sepejabat achik untuk membawa achik pulang ke semenanjung. Kali ini mereka berjaya dimana wanita tersebut telah membuat lapuran polis bahawa mereka telah menculik adik angkatnya dengan secara kekerasan tetapi jawapan pihak polis keluarga lebih berhak terhadap achik. Pada masa ini mereka masih berhubungan di telefon. Achik pulang semula ke rumah Mak Itam. Sebulan selepas peristiwa di culik keluarga, achik buat hal yang lebih teruk lagi. Pada satu sesi rawatan susulan, mak itam pergi bersama achik, mak itam sibuk dengan urusan kaunter tapi bila sampai no giliran achik, dia dah hilang. Mak Itam tawaf kali cari achik disekeliling klinik, tapi tak jumpa. Achik melarikan diri dengan pantas. Keluarga buat report polis dan bermula era tekanan hebat kepada keluarga,
Abang2 achik, ayah de dan ayah ngah berbincang untuk membawa pulang achik ke pangkuan keluarga kerana mereka dah masak dengan perangai buruk achik. Ayah de bekas pegawai polis membuat networking dengan kawan2 polis di sana merancang membawa achik balik kerana achik ambil cuti sakit panjang dengan dakwaan stress dengan tekanan keluarga yang ingin membunuhnya. Pada hari tersebut berlakulah pergaduhan dia antara abang dan adik kandung, seibu dan sebapa, di sebuah balai polis di sana. Achik di hadapan khalayak ramai meraung-raung, melolong-lolong dan memaki hamun keluarga kerana tidak mahu pulang di hadapan semua polis, orang ramai dan wanita tersebut bersama gang2nya. Achik dapat di bawa pulang tanpa sebarang kecederaan. Achik di bawa pulang tinggal bersama Mak Lang. Awal tinggal bersama Mak Lang sehingga kini genap 6 tahun achik tidak mahu bercakap dengan ahli keluarga Keluarga achik terus bersabar demi kerana mereka lahir dari perut ibu yang sama. Mak Lang mula rasa kelainan di rumahnya.
1. ASTRO selalu out of sevice- smart card rosak. ASTRO hantar technician dan kad baru, setiap kali datang RM50, smartcard rosak 9 kali. Kata pengurus pelanggan ASTRO chip dalam smart card terbakar, kata technician ASTRO, piring ASTRO sentiasa di alihkan oleh orang yang berkuasa kuat kerana ada kesan geseran di bumbung tempat piring ASTRO ditempatkan.
2. Black out sentiasa bila buka TV. Techinician di panggil...lebih dari 6 kali, akhirnya semua kabel ditukar. Salah seorang dari mereka meminta kami memanggil ustaz. 2 tahun tidak dapat menonton tv. Semua kable TV dan wayar2 yang berkaitan TV dipotong walaupun baru di beli
3. Kereta selalu rosak dengan komponen2nya selalu hilang dan dicuri.
4. Atas bumbung sentiasa ada bunyi benda berjalan...
5. Langsir dan pakaian di koyakkan.
Hari ini perangai achik semakin teruk, tiada daya usaha untuk menyembuhkan diri, solat dah tolak ke tepi, aib tidak dijaga, kebersihan semuanya keluarga yag uruskan, pakaian keluarga yang pakaikan...sayang seorang Hajjah hilang harga diri dan pemikiran hanya seorang teman wanita. Kalau di bawa ke majlis2 saudara mara, dia akan meraung dan menyalahkan keluarga atas apa yang terjadi. Achik amalkan zikir2 yang salah, kalau disuruh mengaji kuat achik tak pernah mau ikut. Dulu achik report polis di culik keluarga, cuba masuk hospital gila kerana stress takut di bunuh keluarga, buat angkat sumpah membuang keluarga, mengadu kepada NGO non-muslim fight for human rights dan akhirnya ke SUHAKAM yang memarahi achik semula atas aduan palsu. Sekarang TV dah boleh tengok sejak ambik Unifi Januari lalu hanya sekali aje kena potong si iblis yang kurang bijaksana. Atas bumbung bunyi dah hilang kerana dibacakan 30juzuk Al-Quran. Era perubatan di mulakan hampir 5 tahun dengan pelbagai tempat perubatan Islam berjalan sehingga kini. lebih dari 20 tempat telah kami kunjungi, keluarga tidak pernah berputus asa untuk mengembalikan akidah dan kesihatan achik.
Pengajarannya:-
1. Kuasa Allah itu MAHA besar, jangan lari jauh dari landasannya kerana terbukti apabila selalu berbohong, Allah ambil suara kita, sekelip mata Allah boleh tarik semula.
2. Sentiasa pegang akidah kita, sayangkan iman kita sebab bila Allah kata kunpayakun...ianya pasti jadi
3. Jangan angkuh, riak dengan apa yang kita ada kerana semuanya pinjaman semata2nya.
Apa yang perlu kita berhati2:-
1. Seandainya anak2 kita terlalu leka dengan sesuatu, pantau bimbang ada unsur2 negatif lain
2. Seandainya anak2 kita mula berbohong, pantau bimbang ada unsur2 hasutan luar
3. Seandainya anak2 gadis kita lambat bertemu jodoh,. carikan jodoh agar ada pembimbing dan pelindung mereka.
Terima kasih berkongsi, tulisan saya tidak bertujuan mengaibkan kecuali berkongsi pengalaman.Yang buruk itu datangnya dari diri sendiri, yang baik itu datangnya dari Allah semata-mata.