Cuaca di Kota Kemuning, panas berbahang, jadi kami tidak kemana-mana, tuan puan tengok sahaja gambar ini, Edible garden saya kering tetapi saya siram lebih air waktu pagi. Hari minggu yang malas ini, kain dibantu oleh Wardah untuk di sidai.
Lepas Zohor, kami duduk bilik saya yang dipasangkan air-cond oleh Along sepanjang hari untuk kami semua berhibernasi. Tiba2 Wardah kata " Mak, sumur tu telagakan..", Saya jawab perigi atau telaga. Along kata mesti adek teringat pantun ni:
Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Boleh kita berjumpa lagi.
Kata Wardah ini untuk teenagers yang lari dari rumah ikut pakwe, lepas tu declare kena culik, pastu masuk suratkhabar, pastu makbapak kecoh, pastu balik rumah dengan muka tak malu.
Ku tanam pinang rapat-rapat,
Supaya senang puyuh berlari,
Kupinang-pinang tak dapat,
Kupujuk-pujuk ku bawa lari.
Kata Wardah ini lelaki Lombok mengayat gadis Melayu, mereka bangga melarikan gadis2 Melayu ke Lombok. Bila dah tahan susah2 hidup kat sana, menangis2 pada menteri nak balik Malaysia.
Kalau roboh kota Melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Kalau sungguh bagai di katakan,
Harta dan Nyawa saya korbankan.
Kata Wardah ini cinta dengan Negro, jadi keldai dadah, harta kena kikis dan nyawa kena korban.
Pisang emas di bawa belayar,
Masak sebiji di atas peti,
Hutang emas boleh di bayar,
Hutang budi di bawa mati.
Kata Wardah ini orang yang bercinta dengan ALONG bukan Along kita, akhirnya mati....
Pulau Pandan jauh ketengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
zzzzzzzz......
Senyap aje...tertidur...
Salam Hari Minggu
Hehehe. Comel.
ReplyDeleteMcm2 si wardah punya hal...puasa kada dia merepek aje sebab lapar agaknya
Deletehaha..tibe2 je zzz..
ReplyDeleteWardah kalau puasa memang baring2 aje senang tertidur
DeleteKahkahkah pantun last tu sekerat ja dapatnya, senyap ja dah tidoq! :D
ReplyDeleteWardah dinas, kalau puasa siang mesti dia tidur...tulah sebelum tidau dia berpantun merapu.
Deletekemain pandai wardah berpantun!
ReplyDeleteNini, berbuka lepas makan nasi duk makan rempeyak bayam Nini sebalang untuk sahur, siang letihn lepas tengok tv, buat math sikit2 baring terus terlelap.
Deletekena aje dengan situasinya.. ;)
ReplyDeleteTkasih. Nilai mruni pantun Wardah dah rosakkan...padahal dia puasa
Deletewaahhhh, good idea lah wardah... pantun lama dapat d ulas dengan kreatif dan menarik (",)
ReplyDeleteTkasih cikgu. itu ulasan yang menambah dosa betul...pantun2 lama tu ada nilai murni, wardah pandai2 tukarkan.
Deletesalam kenal kembali mak wardah :)
ReplyDeleteTkasih byk2 sudi bersahabat dan menjadi follower saya.
Deletepandainyee dia memanipulasikan pantun tuu...hehehe
ReplyDeleteTkasih UV sudi berkunjung & bersahabat maya. Perut dia lapar jadi meapulah kerjanya.
DeleteSalam Mak Wardah,
ReplyDeleteImaginasi yang tinggi sekali, gabungan cerita terkini dengan pantun-pantun yang bermakna dalam sedalam perigi atau telaga atau sumur...
Adore cara penulisan Mak Wardah, membikin kan Ratna sejenak mencungkil kembali perkataan silam yang telah lama terbiar tanpa di-endah kan...
Salam manis semanis madu.
Tkasih Ratna.
DeleteDi Malaysia,ada pembelajaran tentang patun dan jenis2 di dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia.
Salam ukhwah dari jauh
berpantun sampai tertidur kekdahnya...
ReplyDeletepantun lama - banyak maksud yang tersirat
MAM,
Deletetkasih. betul akak setuju pantun lama banyak maksud yang tersirat tapi anak akak hari tu puasa so merapulah herouls bila bagi maksud pantun
memang pantun lama x lapuk dek masa ... msh segar hingga kini diingatan kita... dah follow u ye
ReplyDeleteKesuma Angsana, tkasih sudi berkawan. Memang akak setuju & tkasih jugak sebab follow akak. Salam ukhwah
DeleteSalam..suka baca entri ni..pandai wardah berpantun..pandai juga dia bagi analogi..hihi
ReplyDeleteSalam kembali. Anak akak si Wardah Alisya memang mcm tu...sbb dia puasa, lapar byklah idea2 merapu dia.
Deletesalam singgah sis..:)
ReplyDeleteTkasih Hunny, pls come in, u r cordially invited
Delete