Salam Khamis.
Hari ini kami di Kementerian & Agensi Kerajaan berbaju batik. Bagi kami wanita berbagai jenis batik diperagakan dan kalau boleh tidak kalah kalau bergaya.Hari batik saya, ringkas sahaja, hanya kain bercorak batik, maaf kain saya senget....nampak berbelah kat depan tetapi bila melangkah confirmed tak nampak aurat saya. Hari ini schedule saya bagai nak pengsan saya tengok...10:30 am - meeting with Jab Pertanian Hulu Langat, 12:30 pm lunch & business matching with Suruhanjaya Koperasi Selangor, 3:00 pm-meeting di JAIS, Shah Alam, balik office 5:00 pm - meeting (internal). Pukul berapa saya boleh balik???? harap2 meeting cepat habis, saya lepas pukul 6:30 dah terbayang2 kelibat my heart & my soul. Bisikan Iblis "Buat apa kerja teruk2, bukan kau punya company, kalau kau mati sapa doa dan bacakan Yassin untuk kau??? Ya Allah, saya bekerja untuk mencari rezeki yang halal untuk anak2ku, aku memohon kepadaMu, berkatilah usahaku ini semoga ianya menjadi darah daging yang terbaik kepada anak2ku.
Maaf ya kaum wanita semua, apapun jenis pakaian ke pejabat mestilah yang bersesuaian, baru sekejap tadi saya menegur seorang kaki tangan kerana memakai office attire yang selayaknya di bawa masuk tidur. Saya terangkan secara berhati-hati kerana saya tidak mahu dia tersinggung. Dulu pernah saya tegur kakitangan kami tentang pemakaian tudung secara "biskut" hanya wajib dari pukul 9 pagi 5 petang selepas waktu pejabat free hair. Nasihat saya hormati hukum Allah, jangan permainkan. Nampaknya sekarang dia dah mula berubah, Alhamdulillah.
Pergaulan, tuturkata dan perhubungan dengan rakan sepejabat lelaki patut dijaga dengan baik. Saya tidak faham kenapa ada wanita yang boleh berbicara secara double meaning dengan rakan lelaki sepejabat mereka. Jauhkanlah sikap begini kerana ianya dah termasuk kategori 18SX dan menjatuhkan maruah anda sebagai wanita. Ada juga kaum wanita yang update status FB mereka sesuka hati, contohnya bergaduh dengan suami dari Married ke Complicated. Pesan orang tua dan hukum Agama, rahsia suami isteri tidak boleh dibincangkan secara terbuka, impak tidak baik lebih tinggi dari yang baik.
Jagalah aurat wanita!!! Atas bertudung, kain berbelah belakang sampai atas betis, lengan blouse separuh, jadi apa maknanya tudung. Baju jarang tanpa lining, boleh nampak warna dan isi di dalam baju, malu pulak saya tengok. Janganlah pakai baju sendat mendat macam salut buah nangka kerana kita sendiri tidak selesa, orang memandangpun tidak selesa. Bagi saya kalau itu keadaannya berat mata saya yang memandang seksa lagi badan anda yang terpaksa dikempiskan. mungkin saya kuno tapi saya juga selalu outstation dan sibuk tetapi saya akan pakai jubah yang selesa dan praktikal kerana ianya memudahkan, praktikal dan hanya perlu telekung dan stokin untuk solat.
Pesanan akhir saya, pegawai2 wanita yang sering bertugas bersama saya ketika melawat para usahawan diseluruh negara, anda elakkan mengambil hasil jualan percuma dari mereka. Kita sebagai pembimbing mereka, saya harap hulurkan bayaran yang mengikut harga semasa. Walaupun mereka paksa keranan itu adalah hasil keringat mereka dan kita mesti wajib menghargainya. Sebagai pembimbing, corakkan perniagaan mereka pada permulaan dengan memberi pengetahuan asas, biar mereka jalankan perniagaan mereka sikit demi sedikit, bila sampai tahap mereka layak masuk ke skim2 bantuan kerajaan, bantu mereka dengan jujur dan amaran saya sekiranya saya terjumpa mana2 pegawai yang mengambil kesempatan mengambil bayaran di atas proposal yang anda buat untuk pelanggan, satu kaedah baru akan saya kenalkan. Para usahawan, sekiranya terjumpa pegawai begini, bertanyalah kepada mereka yang arif, kalau was-was dengan tindakan pegawai2 tersebut, hubungi pejabat2 mereka. Jangan biarkan diri anda tertipu.
Lupa pulak melalui blog banyak yang saya pelajari, kata2 iklan yang tidak pernah saya temui dalam nota universiti seluruh dunia, contohnya...dalam blog Model 80an- Nani Rostam : AKU SUKA KALAU KORANG MALAS, MEH AKU JADI KULI KORANG..., Miloais Milo, menggunakan slanga standard ouls....i ouls, u ouls dan banyak blog lain yang ada kaedah promosi yang unik. Kawan2 bloggers, terima kasih atas Ilmu yang anda kongsi dengan saya, saya amat menghargainya.
Islam ini agama yang lengkap, berbelanjalah kearah pemakaian Muslimah yang sopan dan cantik, selesa, diri anda di pandang tinggi, solat anda mudah, pergerakan anda mudah dan Insyallah, terhindar dari fitnah. Maaf kawan2 dan pembaca, andai kata2 saya menyinggung perasaan anda, saya hanyalah makcik kuno yang tidak peka dengan arus kemodenan itu adalah pendapat peribadi saya.
Assalamu'alaikum Puan.
ReplyDeleteKakcik ni pakai batik bila kakcik rajin nak menggosok. Pakaian harian kakcik ke pejabat, kalau tak jubah, baju kurung. Kalau boleh pakai slack, lagi kakcik suka. :)
KC, jangan panggil saya puan, saya hanyalah mak wardah. Sayapun sama kak chik, jubah dan baju kurung, slack tu bolah dikatakan sebulan sekali. Bagi saya yang penting kemas, selasa & tutup aurat.
Deletecantiknya kain batik tu.. suka dengan warnanya.. terima kasih atas nasihat dan perkongsian yg berguna tu.. harap2 dpt dijadikan sebagai bimbingan untuk memperbaiki diri..
ReplyDeleteSkrg ini sedang gigih utk menyiapkan novel kedua.. setelah sebulan tidak menulis utk urusan umrah, masih mencari ritma utk menyambung dan menyiapkan 200 ms lagi.. mohon doakan yer agar segalanya dipermudahkan..
Alhamdulilah novel baru akan siapkan. Ya Allah, berikanlah ilham yang terbaik kepada sahabatku Hanis Azla agar hasil tulisannya menjadi yang terbaik buat bacaan semua terutamanya kepada anakku Nur Wardah, Kekalkan kebolehannya menulis yang baik2 untuk teladan kami semua. Ameen
DeleteinsyaAllah kak, sama2 kita perbaiki diri kita ...
ReplyDeleteantara aurat yang selalu tidak diambil berat ialah aurat kaki, dibiarkan togel tanpa kasut bertutup atau stokin ...
ME, akak rasa kita perempuan lebih banyak terdedah kepada fitnah,akak takut sgt dengan perkara2 macam ni. Hari ni ada seorang staff kat sini pakai baju kelawar pendek sampai pinggang dgn seluar slack fit mcm kat rumah. Baju can c through...sendat mendat, ya Allah ternganga kami semua.
DeleteSalam. Setuju, kakak.. Berkata benar la wpon pahit. Dan selalunya yg benar mmg pahit. Sampaikan la wpun sebaris ayat, itu la amanah kita dan itu la da'wah kita.. Tkasih kakak atas ingatan..
ReplyDeleteTPJ, salam. Akak rasa akak ni belum layak berdakwah tapi hanya berkongsi pendapat kuno akak.
Deletesalam kak....
ReplyDeleteiols keja swasta - so tak de lah rules kena berpakaian batik hari khamis...
kalo keja kat site - everyday just t-shirt n jeans aje....
thanks uols - entry yg berinformasi sangat2...
insyaallah - kita perbetulkan mana yg tak betul
perbaiki mana yang salah dan silap....
MAM, keje mana2pun tak kisah asalkan mencari rezeki yang halal. Kerja site tu uols padanlah dgn jeans & tshirt kalau berneck tie ada yang pitam, iols tak boleh tolong. Tkasih berkongsi pendapat dgn makcik kuno ni. Tkasih
DeleteTerima kasih atas perkongsian, peringatan yg baik untuk diri saya yg sangat jahil ni. Saya pun pakai batik pi keja hari ni tapi batik saya semua yg cap ayam saja, hehe. Nak menggosok tu bercinta sakan :)
ReplyDeleteDinas, akakpun sama tak kira cap ayam ke cap kucing cap naga asalkan selesa & bukan jenis yang berkedut tu...akak tak akan pakai. Kita berkongsi pendapat saje, dinas bukan jahilpun...itu hanya pendapat makcik kuno dinas...
Deletenini keje ...takde peraturan berpakaian batik..tp boleh aje kalo nak pakai kain batik.. :D
ReplyDeleteboleh ikut suka jugak kalo nak masak atau takmo masak..nak kemas rumah atau takmo kemas rumah..tapi JARANG@ jadi penyakit tu sebab kaki sendiri geli geleman bila pijak lantai melekit..dan yg paling utama tak boleh skip masak sbb nini boleh meroyan kalo tak makan nasi..wakakakakka
setiap butiran yang akak tulis boleh dijadikan panduan sesama kita untuk saling memperbaiki diri..nini suka..akak suka..dobot pon sujka..eh,pulak?! ;)
saya dapat belajar sesuatu di sini :)
ReplyDeleteterima kasih ~
kat ofis saya ni, ada ramai je staf wanita yg suka ckp double meaning ngan staf lelaki...adoi la...malunya saya dgr..
DeleteAlhamdulillah sama2 kita berkongsi pengalaman...
Deletepetua dan panduan yang menarik... nice sharing.. sama2 lah kita amalkan panduan kerjaya kita ke arah kecemerlangan diri
ReplyDeleteSama2 cikgu, blog cikgupun byk sgt yg akak belajar
Deleteterima kasih atas perkongsian dan nasihat... done folow - Noob
ReplyDeleteTkasih suka bersahabat maya, sama2 berkongsi dan bercerita, sama2 menjadikan diri tetap seiring dalam mencari kebahagiaan dunia & akhirat
DeleteWAH BZ NYER MAK WARDAH ... CAMTU LE KALAU IBU BERKERJA.. KITA SERBA BOLEH ...
ReplyDeleteTkasih MS,
DeleteItulah kelebihan kita wanita...
trma ksh utk nasihat yg begitu baik.. semoga menjadi pengajaran yg baik utk kita semua..
ReplyDeletesalam kenal dari zana.. trma ksh sbb sudi singgah komen kat blog zana.. keep blogging!
Zana. tkasih kembali. Akak sekadar berkongsi pengalaman makcik2..
Deletepengajaran buat diri sya sndri juge..trima kasih kak..gud info...=)
ReplyDeleteTkasih Nory, akak just berkongsi info2 mudah
Deletesalam kenal mak wardah....yatie kalu ikut aurat tempat kerja..dalam kita nak berubah jadi baik rasa nak resign terus....
ReplyDeleteTkasih yatie. Salam kenal jugak. Kenapa? Harap2 yatie sentiasa di permudahkan Allah dalam setiap urusan.
Delete