Wednesday, September 19, 2012

Always Together

Salam.
Tuan/Puan yang sangat saya hormati,

Tahniah kepada ibubapa yang anak2 mereka telah habis peperiksaan UPSR, Saya telah melalui demam UPSR & PMR untuk Along tetapi saya demam SPM tahun ni, Wardah saya dah lepas UPSR tetapi tahun depan saya demam PMR semula, saya doakan anak tuan puan berjaya dengan cemerlang. Saya amat bersyukur anak2 saya melepasinya dengan baik, Alhamdulillah tetapi perlu diingat juga walau apapun keputusan anak2 kita, kena ingat semuanya rezeki Allah kerana biar corot sekarang tetapi berjaya kemudian, di dunia dan akhirat. Along dan adek adalah sepasang sahabat baik sejak mereka kecil lagi kerana mereka tiada kawan lain dalam hidup mereka. Always together...

Syukur sangat2 kepada Allah kerana diberiNya rezeki zuriat yang sihat tubuh badan dan akal fikiran. Kenangan anak2 saya...
Kelahiran adek amat dialu2kan Along, umur adek 2 minggu dah kena buli...
My sister is my best friend kata Along, Adek pakai first gown...umur 3 minggu
Di bawa kemana2 saja ..adek baru pandai berjalan...
Mandi bersama
Semua bersama...
Sentiasa berdua...
Gembira bermain...
Semua aktiviti bersama...
Gelak bersama...
Berlari bersama...
Travel bersama...sehingga hari ini
makan anginpun bersama....sehingga ke hari ini
Sambut birthday adek 7 tahun disekolahpun bersama...Along yang suruh hanya kerana adek bercerita di kelas adek ada seorang kawan tak pernah makan Mac Donald...Along yang minta, supaya adek boleh bagi kawan adek makan....Alhamdulillah murah rezeki Along& Adek...
Beraksi bersama
Adek demam Along hiburkan adek...
Hari ini mereka sudah remaja, tetap bersama berjalan, tengok wayang tetapi minat mereka berbeza, tabiat mereka berbeza, tetapi masih bersama.

Doa saya, mereka akan kekal bersama sebagai saudara kandung yang rapat, bantu membantu, saling mengingati dan bertolak ansur. Semuga Allah sentiasa memberkati anak2 saya ini, sebagai ibu saya sentiasa mengampunkan setiap kesilapan, kekhilafan mereka buat selama2nya dan saya halalkan apa jua bentuk pemberian dari saya untuk mereka didunia dan akhirat.

18 comments:

  1. tahniah sbb akak dh pun melepasinya tp tahun depan saya yg berdebar sbb anak sulung akan ambil upsr
    huhu..seriau la

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks irfa, akak pernah juga laluinya, jgn risau, usaha dan tawakkal, Insyaallah anak irfa dapat melepasinya dengan baik

      Delete
  2. tahniah kak..anak2 saya kecik lagi..baru nak hantar masuk sekolah.. debar kemain..hahaha..

    harap2 aqil dengan damia rapat sampai mereka dewasa macam along dengan wardah..suka tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rai, ibu2 muda mesti risau bukan main mula2 anak nak masuk sekolah...jangan risau akak doakan aqil dan damia akan rapat sehingga dewasa. Insyaallah.

      Delete
  3. Anak2 yg ambik periksa ibu bapa yg demamkan kak,thn dpn anak sulung Nurul plk yg UPSR,bolehlah minta tips ngan akak nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nazayiena, akak tak ada tips, hanya suruh anak2 usaha aje, akak dah banyak kali demam periksa

      Delete
  4. seronok nye dapat lihat perkembangan anak membesar..semoga saya dipanjangkan usia supaya dapat melalui nye juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Su, jangan risau akak doakan su dan suami panjang umur, murah rezeki sehingga si dara comel dan adek2nya dewasa dan berkeluarga.

      Delete
  5. Semoga anak-anak Mak Wardah diberi kejayaan.... Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Najmi, InsyaAllah segalanya dipermudahkan terutama untuk Najmi juga.

      Delete
  6. Selamat maju jaya. Seronok tengok anak-anak mesra. Dua orang sahaja ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Pok Li,
      Alhamdulillah, setakay ini mereka rapat sebagai abg dan adek. Betul saya ada dua orang anak saja.

      Delete
  7. hubungan adik beradik yg sangat rapat.... indah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Masz, Alhamdulillah mudah2an mereka sentiasa berbaik sampai bila2...Take care

      Delete
  8. dah besar ya anak2 akak..beznya still mau jln skli ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks are_lin@yu, kalau tak jalan sekali dgn akak, dia org tak akan nak ikut org lain.

      Delete
  9. betul , KA x pernah memaksa cuma sentiasa sokong & bagi galakan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks KA, anak2 sekarang tak boleh terima cara didikan kita dulu, kita yang kena berlembut dengan mereka. Takut baca kes2 mereka yg lari dari rumah.

      Delete