Wednesday, January 16, 2013

Betapa teguhnya hati wanita itu....

Salam Rabu, sahabat2 maya saya.

Semalam bertemu seorang kawan lama dari zaman sekolah berasrama dulu di Pak Su Corner Shah Alam. Dulunya dia antara pelajar cemerlang, drum major, cantik dan baik. Berkahwin selepas tamat pengajian, berumahtangga dan beranak dua. Ditinggalkan bekas suami tanpa belanja anak walaupun sesen, masa itu beliau sudah menjadi suri rumahtangga sepenuh masa tetapi Allah maha kaya.

Perlahan XXX menghulur kaki semula ke medan kerjaya disebuah syarikat swasta, meninggalkan anak kepada ibu untuk dijaga, beliau hanya memperuntukkan masa dan diri hanya untuk kerjaya dan mencari wang ringgit demi masa depan anak2, beliau mengambil masa 2 tahun untuk benar2 berdikari, anak diambilnya semula dan tinggal bersama. Hanya Allah yang membantu dan melindungi mereka dan berkat rezeki Allah, XXX dapat bekerja di kerajaan negeri dengan pangkat yang berpadanan. Hanya sekarang dia mampu tersenyum memandang ke arah diri sendiri, dia sudah boleh tukar baju sendiri kalau dulu semuanya di  dulukan keperluan anak2, tidak pernah terdengar keluhan dari mulutnya, dia dan senyuman sangat sinonim, jarang komen apa yang orang cakap, kecantikan dirinya mula luntur dek tekanan kehidupan tetapi sekarang dia kembali ke persada ratunnya setelah anak2nya mencecah matrikulasi. Kesah dulu bagaikan satu momentum kejayaan yang hanya dinikmati oleh XXX seorang.

Hari ini, XXX memakai jubah yang baik2 kualitinya, kasut yang bersesuaian kerana katanya dia nak reward diri sendiri, bawak diri pergi Umrah untuk rehat bersama anak2, bawak mak sekali, rombongan keluar negeri pasti mereka sekeluarga bersama, alangkah adilnya Allah. Dulu katanya dia sering mendengar keluahan anak perempuan sulungnya, bekas suami beliau sudah tidak mengenali anak sendiri, hidup senang lenang bersama isteri baru, anak baru dan segalanya baru tapi dia lupa kekayaan yang Allah bagi itu ada bahagian anak2 terdahulu, nafkah adalah hak bapa tidak kira siapapun menjaga anak2 tersebut. Pincang masyarakat kalau ada bapa sebegini rupanya. Kata anak, bapa saya taat sembahyang, bapa saya ajk surau tetapi bapa saya yang sebenarnya adalah lelaki yang kosong iman dan isterinya sekarang juga adalah isteri orang asalnya. Orang alim boleh pula duduk berdua2an dgn bukan muhrim tetapi kata XXX itu cerita lama. Dia bersyukur tanpa sesenpun nafkah dari si ayah, anak2nya bersaing hebat dalam pendidikan mengalahkan anak2 yang lain. Saya kadang2 rasa meluat dengan manusia yang menjadikan Agama sebagai pakaian harian untuk tutup malu sendiri.

Kata teman saya yang si bapa tidak tahu dalam ramai kawan2 nya tahu cerita yang sebenar tapi mereka malas ambik port orang yang baru jadi kaya tapi seingatnya dulu dia pernah menempek ke merata2. Apapun sapalah kita nak menasihatkan orang lain tetapi ke pada XXX, saya hormat anda, dan pada usia gangsa XXX tengah sibuk mengumpul saham akhirat pulak. teguh betul hati seorang wanita ini. Moga Allah sentiasa permudahkan kehidupan XXX sekeluarga. Ameen.

Thursday, January 10, 2013

DI USIA GANGSA HANYA INI YANG SAYA ADA...


Salam.

8hb Januari 2013, genap saya memasuki usia gangsa 45 tahun bermakna 45 saya bernafas di bumi Allah ini, membuat segala dosa dan pahala, baik dan buruk, tetapi Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk saya bernafas sehingga ke hari ini. Allah anugerahkan saya sepasang cahaya mata yang sangat saya sayangi.
Sebuah rumah teres untuk didiami bersama keluarga dengan taman2 buatan sendiri bagi memenuhi kehendak anak-anak dan saya sendiri.
 Sebuah taman dalaman yang diusahakan mak ndak penuh dgn tanaman yang dia sukai, kunyit, daun kesum, buluh madu, kari, belimbing buluh dan limau purut.
 Ini yang saya tanam, tapi mak ndak yang jaga sebab saya tak ada masa nak jaga (malas sebenarnya). Pada usia gangsa saya ada sebiji kereta, yang boleh membawa anak2 kemana2. InsyaAllah saya akan berhijrah ketempat baru, bermakna pangkat baru dan tanggungjawab baru. InsyaAllah saya boleh membawa diri ke sini. Insya Allah pekerjaan baru saya akan membawa saya sekali lagi ke pelusuk dunia tapi bukan pramugari atau pilot dia tetapi sesuatu yang berkaitan dengan makanan. Nanti bila dah confirm saya akan bercerita dengan lebih lanjut.

Apa yang saya ada hari ini:-

Kehidupan:-
1. Sepasang cahayamata yang sedang meningkat remaja
2. 2 anak lelaki comel (angkat) yang baru memasuki pra sekolah
3. Keluarga yang baik dan memahami.

Kerjaya:-
1. Dalam usia gangsa saya seorang juruperunding dan akan berhijrah ke satu tahap baru
2. Pergi keseluruh negara dalam memenuhi bidang kerja

Keagamaan
1. Saya masih perlukan banyak ilmu Agama lagi....

Asset:
1. Sebuah rumah teres
2. Sebuah Apartment
3. Sebiji kereta

Baru-baru ini sempena birthday saya seorang kawan wanita belanja saya makan di Melting Pot, Concorde Shah Alam sebab kami sama tarikh lahir, Bandingkan perbezaan apa yang kami ada pada hari ini:

Kehidupan:-
1. 3 cahayamata yang sedang menuntut di kolej dari 2 bapak yang berbeza, 2 anak perempuan dari 2 bapak yang berbeza
2. 4 kali berkahwin
3. Banyak keluarga


Kerjaya:-
1. Dalam usia gangsa belau seorang peguam berjaya
2. Pergi keseluruh dunia atas tuntutan hal keluarga dan kerja

Keagamaan
1. Beliau seorang hajjahi....

Asset:
1. Sebuah rumah semi d
2. Sebuah teres dekat rumah saya
3. Sebuah apartment
4. 4 biji kereta

Saya bersyukur sentiasa ada kawan2 yang baik2 dialam nyata ataupun maya.

Alhamdulillah

Friday, January 4, 2013

KISAH NAFSU SONGSANG GAY & USIA

Salam Jumaat,

Bila dah menjadi Warga Gangsa ni, banyak Allah gerakkan hati saya untuk berkawan dengan semua lapisan masyarakat tak kira di alam nyata ataupun alam maya. Kisah2 penderitaan PLU tak kira lelaki dan wanita begitu meruntun naluri saya.

Semalam saya berjumpa dengan seorang lelaki yang bernama Yuss disebuah cafe di Shah Alam, lunch bersama. Berkenalan menerusi alam maya dan dia beriya-iya untuk berjumpa saya hanya kerana blog sahabat saya Naj Mi dari blog Hidup Mesti Diteruskan. Alhamdulillah melalui Naj Mi saya ada ramai sahabat baik yang baru pasti boleh menambahkan ceria suasana makan tengah hari saya. Saya ada Azana, Kinah, Hakimi, Awan TerPlu, Azam Ali yang sentiasa memastikan saya sihat dan gembira selain sahabat2 saya yang sedia ada. Terima kasih Najmi, blog anda membawa saya dan mereka ke jalan Allah kerana anda semua tidak pernah minta untuk diuji tetapi dipilih Allah untuk diuji. Berjumpa Yuss, membawa saya semakin mendekati Illahi

Yuss, seorang pensyarah di salah sebuah pusat pengajian tinggi di sini, berkahwin dan ada anak perempuan yang comel, isteri guru sekolah menengah yang baik, Yuss bijak, tampan dan bergaya. Pada mata saya, tiada gambaran Yuss seorang gay tetapi kalau pada pandangan lelaki Gay mereka pasti tahu Yuss adalah Gay. Hanya Gay yang kenal Gay walaupun hanya dengan sekilas pandang. Saya ringkaskan perbualan saya dengan Yuss semalam. Yus adalah seorang Gay Tegar sebelum berkahwin dan masih melakukan aktiviti tersebut sehingga dua tahun lepas tetapi berhenti terus setelah menerima hidayah Allah selepas selalu membaca blog Najmi dan menerima telefon dari anak semasa sedang berada di sauna berseronok bersama kawan2 gay. Dia rakamkan suara anak menangis yang dia perdengarkan kepada saya. "Papa, XXXX nak Papa, Papa XXXX nak main dengan Papa" dan saya syukuri nikmat Allah kerana membuka hati Yuss untuk bertaubat. Dia membaca luahan perasaan Najmi tentang perkahwinan dan zuriat serta kepayahan beliau untuk memperolehinya, sedangkan dia ada seorang zuriat yang sentiasa menunggu kepulangannya. Isteri yang baik, seandainya dia terkena HIV dan sebarkan kepada isteri, siapakah yang patut dipersalahkan. Nasihat Najmi melalui email menasihatkan dia supaya menyayangi isteri, tinggalkan dunia gay benar2 menusuk ke hati. Akhirnya dia ke masjid Shah Alam, melakukan solat taubat dan berjanji kepada diri sendiri untuk kembali menjadi lelaki normal walaupun amat sukar. Kalau saya boleh menjadi seperti Naj Mi, syukurnya saya.

Dari Najmi saya bersahabat dengan Hakimi, bernaluri songsang tetapi tidak pernah terjebak, bertahan sedaya upaya melawan perasaan dengan ibadat dan takwa. Sentiasa berdoa dibukakan hati oleh Allah untuk mencintai wanita dan berkahwin, menurut Hakimi peningkatan usia satu tekanan kepada mereka. Apabila mencecah usia 25 tahun, gay akan resah kerana isu kawin akan menjadi soalah wajib dari kawan2, keluarga dan saudara mara. Apa yang boleh dijawab selain tiada jodoh lagi sedangkan ramai wanita yang jatuh hati tetapi hati mereka hanya untuk lelaki yang tampan bergaya. Nak beritahu ibubapa, "Mama pinangkan saya Syafiq" pastinya tidak mampu untuk diungkapkan kerana yang haram tetap haram. Kalau ke masjid terpaksa tidak memandang sekeliling kerana Hakimi takut dosa dan gelora nafsu yang membawa kepada khayalan yang sia-sia. Aduh, rupanya mereka  sama seperti wanita juga, lelaki gay sangat sensitif dengan usia. Naluri ini hadir sejak lahir dalam diri mereka, tidak diasah tetapi semulajadi dan caranya hanyalah bertahan dan dekatkan diri dengan Tuhan. Blog Hakimi adalah Kembara Menjadi Muslim Awesome. Saya malu dengan Hakimi bila membaca blog beliau, tabah dan redha dengan ketentuan takdir Illahi tetapi berjuang berhabis-habisan menentang hasutan syaitan yang tidak pernah kenal erti bosan.

Dalam facebook saya berkawan dengan Awan TerPlu, kisah hampir sama dengan Hakimi. Adakalanya Awan sanggup unfriend kawan2 gay sebab terlampau sayangkan mereka tetapi selagi mereka tidak mahu keluar dari dunia gay, Awan TerPlu tidak mahu berkawan dengan mereka semula. Sanggup bertahan dengan sehabis tenaga dan nyawa, biar mati tapi untuk melanggar perintah Allah beliau sanggup mengorbankan segalanya. Ya Allah, saya doakan anda semua yang telah bertaubat dan diduga semoga menjadikan Allah sahabat trbaik, sedih dengan dugaan anda tetapi saya hanyalah manusia biasa dan hanya kepada Allah saya mampu berdoa agar semua sentiasa dilindungi dan kuat menahan segala dugaan.

Terima kasih para sahabat.

Thursday, January 3, 2013

U Shopping Pakai Chooli?

Salam.

Salam Khamis para sahabat maya, apa jawapan anda andai ditanya oleh seorang lelaki berumur, bertitle dan kaya dengan soalan " U shopping pakai chooli? ". Saya nak jawab pakai, memang secara amnya tak pernah tak pakai, nak jawab tak pakai, Alhamdulillah tak pernah lagi saya buat perangai yang bodoh2 macam tu. Diluah mati mak ditelan mati ayah, ini betul2 membuatkan muka saya panas dah lah ramai lagi pegawai2 lelaki ada bersama. Dia tanya saya lagi, "Chooli yang saya nak buat boleh timbang dia punya isi sendiri". Saya diam tapi muka saya rasa panas, sure dah merah. Dia sambung, di seluruh dunia belum ada chooli ini macam, dia tahan lama, stuktur dia sesuai untuk barang lembut, sensitif and moden". Dalam hati saya apek ni nak buat benda pelik2 ni apahal. Dia sambung lagi "Ini chooli ada sensor boleh kila halega isi dia sendiri'. Saya yakin bukan benda yang saya fikir dan saya menyampuk supaya dia berhenti menerangkan tentang chooli dia.



Para pembaca yang dikasihi,
Setelah muka saya merah, baru saya tahu dia nak buat troli yang boleh digunakan di Shopping Mall dengan sensor yang akan mengira barangan yang anda beli secara automatik, memberitahu pelanggan andainya barang yang anda beli rosak, luput tarikh dan saiz barangan. Idea yang baik kerana mengurangkan pengambilan pekerja asing di pasaraya2 besar. Aduhai, guru2 Bahasa Malaysia, saya perlukan bantuan anda kerana troli telah ditukar menjadi chooli. Saya tegur beliau dengan baik, terkejut dia sebab dia tak tahu maksud sebenar Chooli sebab katanya dia belajar di sekolah China dari kecil sehingga ke peringkat tinggi. Merah muka dia malu sebab dia tidak berniat begitu.

Adui...duduk di Malaysia, Warganegara Malaysia selama 57 tahun, Bahasa Malaysia ke laut, ada rasa terkilan di hati saya. Mungkin pembaca yang terdiri dari guru2, pegawai2 kerajaan, pakar bahasa dan anda semua ada cadangan bagi mengurangkan masalah ini. Lepas ini belum pasti saya pakai smart chooli di pasaraya....tapi bergantung kepada keadaan.

Wednesday, January 2, 2013

Maaf hanya tulisan tiada visualnya


Salam pada pembaca dan sahabat2 maya saya. Selamat Menyambut Tahun 2013 dan bermakna semakin purba diri saya tapi Alhamdulillah sudah keluar dari kategori Jahiliyyah. Maaf blog lambat dibaiki kerana pekerja minta cuti belajar kereta dan main go-kart. Maafkan saya.

Azam, tiap tahun berazam tapi tak pernah pulak saya ni menilai berjaya tak saya mencapainya. Berkongsi cerita anak masuk kesekolah. Anak manja saya Nur Wardah masuk tingkatan 3 hari ini maksudnya PMR tahun ini dan sekolah biasa yang dihadirinya pula sekolah berprestasi tinggi, Form 3 saja ada 16 kelas dan terang terangan 6 kelas teratas adalah pelajar terpilih. Alhamdulillah Wardah memasuki kategori tersebut. Saya sedih dengan sikap ibubapa yang terlampau mementingkan akademik secara melulu dan hari ini saya bertemu dengan pasangan ibubapa yang saya kenali. Di depan saya dan Wardah, anaknya dimarahi kerana terkeluar dari landasan piawaian yang ditetapkan pihak sekolah. Apa maksud Kelas Bodoh??? Sahabat2 maya anak2 kita tak bodoh sebenarnya tapi mereka perlukan sokongan kita untuk maju dalam apa yang mereka lakukan. Kadang2 kita terlepas pandang, kita ghairah berlawan anak siapa yang yang dapat 5A, 8A, 9A tanpa menyedari anak kita ada keistimewaan masing2.

Saya sedih bila anak2 itu dimalukan didepan rakan sebaya. Saya katakan kepada pasangan tersebut kita semua sama bertuah di kurniakan dengan anak dan anak saya dan anak dia sama dan sebaya tetapi sudah tentu berlainan kebolehan dan keinginan. Percayalah pada kata2 saya, kata2 dan doa ibu paling mustajab, doakan yang terbaik untuk anak2 pasti doa ibu yang luhur dan ikhlas itu diangkat Allah. Tuan2 dan puan2 jangan tekan anak untuk kejayaan dunia sahaja tetapi penuhi rohani mereka dengan kasih sayang, pengertian dan dorongan. Percayalah anak2 kita akan jadi anak yang terbaik. Kalau mereka tak dapat semua A, mereka sentiasa solat 5 waktu, sentiasa ada kegiatan yang positif, mendengar kata bukan ke itu satu dari kebahagiaan kita sebagai orang tua yang membesarkan mereka? Bagi ibu2 dan bapa2 tunggal pula, kalau anda berjaya mengisi rohani anak2 mereka dengan ilmu akhirat dan dunia, saya tabik pada anda. Doa saya pada bapa2 yang telah meninggalkan anak-anak kandung dari perkahwinan terdahulu agar prihatin terhadap keperluan anak dari segi wang ringgit dan material untuk membantu bekas isteri membesarkan mereka, anak2 itu amanah Allah dan jangan jadikan mereka mangsa keegoaan anda. Apalagi kalau bekas isteri tidak bekerja kerana saya ada mendengar dari program Agama di TV9 bapa2 yang mengabaikan tanggungjawab pada anak2 walaupun kaya raya hari ini tetapi ianya tidak akan kekal berpanjangan.

Anak2 kita tidak bodoh, malas dan buruk laku sebenarnya tetapi kekangan masa kita dalam mwmbesarkan mereka dengan tugasan, pergerakan kemajuan yang terlampau pantas dan kurangnya masa bersama mereka.  Pengurusan masa sangat penting dan sempena 2013 ini kita haruslah bersama-sama menggunakan masa yang ada untuk menjadi ibubapa yang lebih baik, InsyaAllah. Jumpa lagi dalam bentuk pembacaan tanpa visual.