Salam pada pembaca dan sahabat2 maya saya. Selamat Menyambut Tahun 2013 dan bermakna semakin purba diri saya tapi Alhamdulillah sudah keluar dari kategori Jahiliyyah. Maaf blog lambat dibaiki kerana pekerja minta cuti belajar kereta dan main go-kart. Maafkan saya.
Azam, tiap tahun berazam tapi tak pernah pulak saya ni menilai berjaya tak saya mencapainya. Berkongsi cerita anak masuk kesekolah. Anak manja saya Nur Wardah masuk tingkatan 3 hari ini maksudnya PMR tahun ini dan sekolah biasa yang dihadirinya pula sekolah berprestasi tinggi, Form 3 saja ada 16 kelas dan terang terangan 6 kelas teratas adalah pelajar terpilih. Alhamdulillah Wardah memasuki kategori tersebut. Saya sedih dengan sikap ibubapa yang terlampau mementingkan akademik secara melulu dan hari ini saya bertemu dengan pasangan ibubapa yang saya kenali. Di depan saya dan Wardah, anaknya dimarahi kerana terkeluar dari landasan piawaian yang ditetapkan pihak sekolah. Apa maksud Kelas Bodoh??? Sahabat2 maya anak2 kita tak bodoh sebenarnya tapi mereka perlukan sokongan kita untuk maju dalam apa yang mereka lakukan. Kadang2 kita terlepas pandang, kita ghairah berlawan anak siapa yang yang dapat 5A, 8A, 9A tanpa menyedari anak kita ada keistimewaan masing2.
Saya sedih bila anak2 itu dimalukan didepan rakan sebaya. Saya katakan kepada pasangan tersebut kita semua sama bertuah di kurniakan dengan anak dan anak saya dan anak dia sama dan sebaya tetapi sudah tentu berlainan kebolehan dan keinginan. Percayalah pada kata2 saya, kata2 dan doa ibu paling mustajab, doakan yang terbaik untuk anak2 pasti doa ibu yang luhur dan ikhlas itu diangkat Allah. Tuan2 dan puan2 jangan tekan anak untuk kejayaan dunia sahaja tetapi penuhi rohani mereka dengan kasih sayang, pengertian dan dorongan. Percayalah anak2 kita akan jadi anak yang terbaik. Kalau mereka tak dapat semua A, mereka sentiasa solat 5 waktu, sentiasa ada kegiatan yang positif, mendengar kata bukan ke itu satu dari kebahagiaan kita sebagai orang tua yang membesarkan mereka? Bagi ibu2 dan bapa2 tunggal pula, kalau anda berjaya mengisi rohani anak2 mereka dengan ilmu akhirat dan dunia, saya tabik pada anda. Doa saya pada bapa2 yang telah meninggalkan anak-anak kandung dari perkahwinan terdahulu agar prihatin terhadap keperluan anak dari segi wang ringgit dan material untuk membantu bekas isteri membesarkan mereka, anak2 itu amanah Allah dan jangan jadikan mereka mangsa keegoaan anda. Apalagi kalau bekas isteri tidak bekerja kerana saya ada mendengar dari program Agama di TV9 bapa2 yang mengabaikan tanggungjawab pada anak2 walaupun kaya raya hari ini tetapi ianya tidak akan kekal berpanjangan.
Anak2 kita tidak bodoh, malas dan buruk laku sebenarnya tetapi kekangan masa kita dalam mwmbesarkan mereka dengan tugasan, pergerakan kemajuan yang terlampau pantas dan kurangnya masa bersama mereka. Pengurusan masa sangat penting dan sempena 2013 ini kita haruslah bersama-sama menggunakan masa yang ada untuk menjadi ibubapa yang lebih baik, InsyaAllah. Jumpa lagi dalam bentuk pembacaan tanpa visual.
selamat tahun baru kak..
ReplyDeletetahniah pada wardah..
kesian pada si anak yg kena marah tu..itu sebenarnya adalah kesan langsung daripada sistem pendidikan di negara kita yang terlalu fokus pada exam dan pencapaian akedemik akedemik semata mata.. yg kesiannya budak2.. sebab tu ramai yg tertekan dan "buat perangai" sampai terjadinya macam2 kes keruntuhan akhlak dan moral skang ni..sedih..
Setuju Rai, jangan jadikan mereka xperiment sesuka hati. Seimbangkan pendidikan akhirat dan dunia, berikan mereka masa kanak-kanak
Deleteterbaik kak wardah ;)
ReplyDeletesaya harap tidak menjadi ibu yg membeban anak2 dgn mengharapkan sesuatu yg diluar kemampuan mereka
In Sha Allah, Irfa akan jadi ibu yang baik. take care
DeleteSaya sangat tak suka perkataan "bodoh" tu diucapkan. Pantang betul saya dengaq.
ReplyDeleteAkakpun sama Dinas, tak faham sgt kenapa mesti salahkan kelas, guru dan sekolah. Tak faham betul apa peranan ibubapa sendiri
Deletesekolah rendah pun sama mak wardah. setiap kali ada hari mesra waris di sekolah, sesetangah waris tak nak tahu tentang kelebihan anak, kekuatan anak di mana, cuma yang depa tanya, "anak saya duduk no. berapa"..
ReplyDeleteItulah mentaliti ibu bapa sekarang, fokuskan akademik tapi buang pengisian lain untuk anak. Boleh hantar anak tuition sek, muzik dan berbagai tapi mengaji dikatakan mahal
Deletesalam kak...
ReplyDeleteye betul ... di sini pun sekolah kebangsaan ada 16 kelas dan 7 kelas pertama dalam kategori terpilih ... kalau semua ibubapa nak masukkan anak dalam kelas pertama mana muatkan...heeee
ME, memamglah tak muat tapi jgnlah bebankan anak sebab nak bangga anak masuk kelas pertama
DeleteSelamat Tahun Baru 2013...semoga tahun ini lebih baik daripada tahun yang lalu....:)
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru 2013 jugak Najmi, In sha Allah segalanya baik dan dipermudahkan ALlah
Deletepanjang ceritanye.
ReplyDeleteselamat tahun baru 2013
Selamat Tahun Baru juga Afasz, terpanjang pulak...take care
DeleteHNY 2013 mak wardah..
ReplyDeleteSetuju sangat dengan kata2 akak tu.. sebagai ibu bapa, kita kena lebih bagi semangat untuk anak2.. bukan semakin melemahkan semangat mereka.. dimalukan dihadapan rakan sebaya adalah yang tak sepatutnya berlaku.. semoga kita semua dapat mendidik anak2 kita dengan ilmu dunia dan akhirat dengan cara yang terbaik, insyaAllah..
HNY 2013 Hanis, Betul sama2 kita mendidik anak kearah yang lebih sempurna tanpa tekanan dan bebanan yang tidak sewajarnya
DeleteKakak anggap ini sebagai tazkirah buat kita semua ibu-bapa. Betul pandai melangit tapi kalau iman secoet tidak ada bahagianya. Seperti yg Mak Wardah katakan diTV9 kakak rasa masa tu Ust Muhammad Abdullah yg kata betul kaya macam mana pun kalau lalai tanggungjawab pasti tak kemana bahagianya.
ReplyDeleteMoga kita diberi lebih ilmu dan iman utk mendidik anak-anak kita.
Selamat menyambut tahun 2013 juga dari kakak.
Thx Kakzakie, rasanya tulisan saya tidak layak dikatakan tazkirah tapi sempena 2013 ini marilah kita semarakkan Islam. Take care
Deletesgt2 setuju MW. n happy new year too ye
ReplyDeleteThx KA, semoga Allah berkati kehidupan kita semua
ReplyDeletetahniah buat wardah.... betul tu kak.. banyak contoh skrg ni... walaupun akademik tak setinggi mana tapi jadi insan yg lebih berjaya
ReplyDeletetkasih Munna, Meya dah makin cun n bijakkan, kakak wardah masa tadika selalu menangis tak nak sekolah
ReplyDelete