Thursday, January 10, 2013

DI USIA GANGSA HANYA INI YANG SAYA ADA...


Salam.

8hb Januari 2013, genap saya memasuki usia gangsa 45 tahun bermakna 45 saya bernafas di bumi Allah ini, membuat segala dosa dan pahala, baik dan buruk, tetapi Alhamdulillah Allah masih memberi peluang untuk saya bernafas sehingga ke hari ini. Allah anugerahkan saya sepasang cahaya mata yang sangat saya sayangi.
Sebuah rumah teres untuk didiami bersama keluarga dengan taman2 buatan sendiri bagi memenuhi kehendak anak-anak dan saya sendiri.
 Sebuah taman dalaman yang diusahakan mak ndak penuh dgn tanaman yang dia sukai, kunyit, daun kesum, buluh madu, kari, belimbing buluh dan limau purut.
 Ini yang saya tanam, tapi mak ndak yang jaga sebab saya tak ada masa nak jaga (malas sebenarnya). Pada usia gangsa saya ada sebiji kereta, yang boleh membawa anak2 kemana2. InsyaAllah saya akan berhijrah ketempat baru, bermakna pangkat baru dan tanggungjawab baru. InsyaAllah saya boleh membawa diri ke sini. Insya Allah pekerjaan baru saya akan membawa saya sekali lagi ke pelusuk dunia tapi bukan pramugari atau pilot dia tetapi sesuatu yang berkaitan dengan makanan. Nanti bila dah confirm saya akan bercerita dengan lebih lanjut.

Apa yang saya ada hari ini:-

Kehidupan:-
1. Sepasang cahayamata yang sedang meningkat remaja
2. 2 anak lelaki comel (angkat) yang baru memasuki pra sekolah
3. Keluarga yang baik dan memahami.

Kerjaya:-
1. Dalam usia gangsa saya seorang juruperunding dan akan berhijrah ke satu tahap baru
2. Pergi keseluruh negara dalam memenuhi bidang kerja

Keagamaan
1. Saya masih perlukan banyak ilmu Agama lagi....

Asset:
1. Sebuah rumah teres
2. Sebuah Apartment
3. Sebiji kereta

Baru-baru ini sempena birthday saya seorang kawan wanita belanja saya makan di Melting Pot, Concorde Shah Alam sebab kami sama tarikh lahir, Bandingkan perbezaan apa yang kami ada pada hari ini:

Kehidupan:-
1. 3 cahayamata yang sedang menuntut di kolej dari 2 bapak yang berbeza, 2 anak perempuan dari 2 bapak yang berbeza
2. 4 kali berkahwin
3. Banyak keluarga


Kerjaya:-
1. Dalam usia gangsa belau seorang peguam berjaya
2. Pergi keseluruh dunia atas tuntutan hal keluarga dan kerja

Keagamaan
1. Beliau seorang hajjahi....

Asset:
1. Sebuah rumah semi d
2. Sebuah teres dekat rumah saya
3. Sebuah apartment
4. 4 biji kereta

Saya bersyukur sentiasa ada kawan2 yang baik2 dialam nyata ataupun maya.

Alhamdulillah

36 comments:

  1. semoga akak dpat memenuhi usia gngsa ini sebaik baiknya.. amin semoga hidup sentiasa diredhai Allah..

    ReplyDelete
  2. insyaAllah kak...moga Allah permudahkan segalanya

    ReplyDelete
  3. saya juga :)
    bersyukur seadanya

    ReplyDelete
  4. Kalau dibandingkan dgn saya..kak wardah'punya' lebih...saya cuma suri rumah...hartanyg saya ada cuma anak yg seramai 5 orang dan harta yg akan saya tinggalkan utk mereka cuma ilmu dunia/akhirat dgn menghantar mereka ke sekolah.
    Seronoknya dapat pergi ke 'tempat' orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. NH, itulah yang sebaik2nya. NH lebih kaya dari akak sebab harta NH tu dibawa ke akhirat tapi harta akak dunia aje tgh membina semula saham akhirat

      Delete
  5. mak wardah...harta yg ada tu bakal ditinggalkan, bekalan kita nak bawa ke sana tu yg perlu dicari tambah2 di usia gangsa kita ni ( sama lah, saya pun usia gangsa!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah, Anim itulah destinasi sebenar hidup kita

      Delete
  6. Alhamdulillah...itu baru usia gangsa dah ada asset macam tu sebuah rumah, sebuah apartment dan sebuah kereta, belum lagi mengalung usia perak dan kemudian emas, insyaallah ketika itu pasti asset semakin bertambah....dapat menantu dan cucu itu pun boleh dikira asset dalam kehidupan kita kan. Mudah2an MW sihat bahagia gembira disamping keluarga anak menantu serta cucu2 ketika memasuki usia emas nanti.....

    Usia permata berlian ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sgt Najmi dgn rezeki pinjaman dari Allah, kenal najmi n kawan2 mayapun rezeki kan. Menantu n cucupun of courselah rezeki jugakkan...usia bermula gangsa = 45-50, perak 50-55. emas =55-60, permata: 60-65, berlian: 65-70....panjnag umur najmi belanja saya pada usia berlian saya nasi ganja Ipoh. Thx Najmi

      Delete
  7. Selamat menyambut ulangtahun kelahiran ke 45, MW. Dah terlambat la pulak ucapannya sebab baru tau hari ni. Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT.

    ReplyDelete
  8. syukur alhamdullilah... selamat hari lahir juga ye

    ReplyDelete
  9. assalammualaikum,baru tau umur kita sama..selamat hari lahir MW...dari segi pencapaian nampaknya eni tertinggal jauh ni...hehe..anywy tahniah dgn apa yg MW ada itu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jgn risau eni, kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing2...saya sengaja isukan harta dunia itu utk suka2 yg penting persediaan utk harta akhirat

      Delete
  10. alhamdulillah, kira hebat sangat tu.
    Kita sebaya, tapi saya menjadi mangsa syarikat yang tutup. Sekarang gigih nak cari kerja baru. Anak ramai. Ramai yang masih belajar. Malu nak citer pasal harta.

    Tahniah atas kejayaan dalam kerjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. AA, thx, saya doakan AA cepat dapat kerja baru...Alhamdulillah anak tu yg harta tak ternilai tak perlu malu. InsyaAllah AA dah capai KPI dalam hidup.

      Delete
  11. syukur alhamdulillah.
    all the best kak MW..semoga sentiasa berjaya dalam apa jua pekerjaan yang dilakukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Murni, semuga kehidupan kita sentiasa diberkati

      Delete
  12. Salam kenal. Selamat hari lahir kak. Semoga akak sentiasa dimurahkan rezeki & diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  13. salam singgah n salam kenal..selamat hari lahir =)

    ReplyDelete
  14. Selamat hari lahir kak....semoga sentiasa dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yg baik....

    ReplyDelete
  15. thx salam, semoga permudahkan oleh Allah buat kembali.

    ReplyDelete
  16. Happy Belated Birthday. Tahniah di atas kejayaan yang telah dicapai..
    Makchaq dah di usia perak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mak chaq, terima kasih bukan kejayaan ianya hanya pinjaman dari Allah. Semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati.

      Delete
  17. hpy belated burfday akak..
    may god bless!

    ReplyDelete
  18. cantiknya taman mini Mak wardah...suka sy lihat,tapi saya kurang minat menanam,hanya hubby yg minat,tapi dia lebih kpd sayur2an

    ReplyDelete