Salam .
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Mungkin agak terlambat tetapi saya tetap memohon syawal 2013 adalah syawal terbaik buat kita semua, semoga bertemu lagi di Ramadhan 2014, InsyaAllah.
Ya Allah, ini adalah satu nikmat syawal buat kami semua, keadaan fizikal Mak Ndak agak kurang baik sepanjang ramadhan dan syawal ini, dugaan yang alhamdulillah masih boleh kami kendalikan. Di kg, saya bawak mak ndak buat acupunture (spelling salah) maafkan saya dan ada sikit perubahan. Balik ke rumah, saya pujuk mak ndak berurut ke sini.
Rumah tradidional yang cantik dan tuannya mempunyai budi yang sangat baik, hidangan kueh raya yang banyak berjenis-jenis, layanan yang sangat sopan dan penuh hemah, Alhamdulillah kerana orang yang mengurut mak ndak adalah bekas seorang doktor. Abang sulung dari 10 orang adek beradek dan abang yang bertanggung jawab dalam setiap tindak tanduknya. Urutan dibuat dengan kaedah2 Islamik dan dikhalayak ramai. Tanah pusaka keluarga dibahagi sama rata sama adek beradek dan inilah waqaf comel yang disediakan untuk mereka yang ingin berubat.
Comel, bentuk tradisional dan sesuai untuk berehat mengadap ke kuala sungai. Kami melepak disini sementara menunggu giliran mak ndak.
Untuk Wardah, inilah peluang dia memalaskan dirinya dari belajar untuk PMR dan peluang ini pasti sukar untuk Wardah tolak kerana dia memang body guard dan busy body mak ndak. Esok dia dan mak ndak akan mula berpuasa, dan saya doakan kita semua sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH.
Ohhh ingatkan rumah kuning tu homestay...sekeluarga pi makan angin....
ReplyDeleteSelamat Hari Raya..
cantiknya rumah kecil yg dia buat tu..anyway semoga mak ndak diberi kekuatan utk melalui liku2 kehidupan..selamat hari raya juga..:)
ReplyDeleteselamat hari raya aidilfitri kak.. maaf kalau ada salah silap
ReplyDelete