Salam Syawal dan saya sedang demam raya. Sekadar menulis untuk berkongsi jadual harian saya di musim raya. Seminggu ini hidup saya penuh dengan temujanji dari bidang peruncitan, makanan, otomotif dan kecantikan.
Lunch semalam, saya meeting bersama dengan bahagian peruncitan Nestle dan saya juga explore dengan MNC yang lain. Banyak orang banyak ragam, tetapi Allah permudahkan untuk saya dan kawan2. Lepas ini saya akan berjumpa Kampung Kravers dan seorang Chef ternama. Pertemuan saya dengan seorang bekas isteri raja ternama dunia penuh dengan pengalaman. Hidup kita manusia semuanya aturannya kalau mengikut kaedah Allah akan memberi kita kemudahan kehidupan. Saya kagum dengan teman-teman dari golongan PLU dan PLHIV yang tetap memberi sokongan dan doa untuk saya. Pergaulan saya dengan mereka adalah pengalaman terindah dalam hidup. Terima kasih ikhlas dari sudut hati saya untuk anda semua, anda dan saya adalah entiti yang sama, serupa dan tidak berbeza. Saya akan pelihara persaudaraan saya sampai ke hujung nyawa.
Ini gambar semasa saya bertemu seseorang (somebody) di Nestle, Menara Surian dan lepas tu lunch di The Curve, restoran Italy. banyak yang kami bincangkan dan harap semuanya berjalan lancar.
Pejabatnya gah segah namanya di seluruh dunia, saya ingat sejak kecil saya membesar dengan produk Nestle dan hari ini mereka tetap mantap di pasaran.
Mesra disapa mereka dengan ucapan "selamat datang puan, let's we live with Nestle." Saya akui Nestle adalah antara gergasi pengeluar makanan terbesar di dunia dan membuka jutaan peluang pekerjaan bagi penduduk dunia.
Terima kasih Mr. Roger, saya akan lakukan apa yang dibincangkan untuk kebaikan semua. Lepas meeting dan linch kat the curve saya ada temujanji dengan Group Syed Bistro Restaurants, Allah nak tergadai perut saya bila dipaksa makan menu2 baru mereka. Maaf saya tak mampu makan lagi, tapi terima kasih atas penerimaan anda. Moga Allah akan berikan kita yang terbaik dan saya ambik peluang memerhati dan mempelajari budaya India Muslim dalam bidang perniagaan restoran dan makanan. Nanti kita kongsikan bersama.
Bertemu dengan mereka yang ternama, mesti banyak yang dikongsikan mereka. :)
ReplyDeleteSalam Syawal Mak Wardah.
Selamat hari raya kak, maaf zahir dan batin.. ^_^
ReplyDeletePengalaman yg sangat berharga tu :)
ReplyDeleteSalam Aidilfitri & maaf zahir batin, MW :)
Selamat hari raya mak wardah..
ReplyDeletesemoga usaha murni nak membantu mereka2 yang perlu dibantu mencapai matlamatnya...