Berkongsi pengalaman menjadi anak yatim piatu walaupun dah tua tapi masih terasa rindu pada arwah orang tua dan sedihnya terasa hingga kini. Hari ini kami sendiripun dah tua tetapi sebagai anak bongsu dan adek bongsu saya akan teruskan jalinan persaudaraan bersama abang2 dan kakak2 saya sehingga ke akhirat. Doa saya biarlah kami sekeluarga termasuk anak2 berkumpul dan berjumpa semula di SANA nanti.
Minggu lepas, kakak ipar saya yang anak 2 saya pangil Mak De telefon beritahu saya abang saya jatuh semasa berjalan ke kereta selepas keluar masjid sewaktu lepas sembahyang Jumaat. Ayah de dibawa dengan ambulans ke Hospital Sungai Buloh. Sampai rumah beritahu mak andak dan anak2, telefon adek beradek yang lain dan kami semua berdoa agar ayah de sihat dan selamat. Risaukan mak de yang akan penat menguruskan ayah de membuatkan saya berfikir tentang apa yang saya boleh bantu selepas ayah de sihat. Ayah de dan Mak de sangat rapat dengan anak2 saya dan salah satu sumbangan saya adalah sentiasa mencari masa untuk bersama mereka selagi mereka ada. InsyaAllah saya akan terus memberikan mereka satu ruang kehidupan yang terisi sebab dulu mereka sentiasa mengisi apa jua keperluan kehidupan saya termasuk pembelajaran.
Ayah de di hospital dengan Wardah yang busybody serta adek beradek lain yang menziarahi ayah de. Alhamdulillah ayah de dahpun sembuh dan akan menjalani theraphy kesihatan rutin nanti. Mulai minggu lepas hari Sabtu kami anak beranak lapangkan masa tidur di rumah mereka. Saya faham kenapa anak2 saya sukakan rumah ayah de dan mak de mereka.
Ayam Kampung
Kuching yang comel2
Musang yang garang
Monyet yang comel dan jinak
Masakan Mak De yang sedap
Rumah yang sejuk
pokok2 buah yg banyak
Along sedang membuli monyet.
Selagi ada hayat mereka, saya akan sentiasa melakukan sesuatu yang menyenangkan hati mereka kerana saya faham bukan duit ringgit yang mereka perlukan tetapi perhatian dan kasih sayang. Saya terapkan nilai tersebut juga untuk anak2 saya. Tuan puan, saya tidak perlu agihkan duit gaji saya untuk orang tua saya, tidak perlu belikan barang keperluan mereka mahupun pakaian dan emas permata tapi kadang2 saya lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada dua insan penting kepada saya iaitu Arwah Emak dan Ayah. Perkara yang paling mudah tetapi penting saya boleh lupa, semasa hayat mereka, sesaatpun tidak pernah lupa kepada saya. Orangtua saya tidak pernah ke Universiti, mereka tidak pernah merasa makan gaji tetapi mereka mampu sediakan saya segala asas kehidupan bermakna kejayaan kita mendapatkan ilmu tidak mampu menjamin kehidupan yang bermakna tanpa erti syukur, rendah diri dan usaha. Lapangkanlah masa kita untuk mereka walaupun sekali sebulan kerana ianya terlalu bermakna buat mereka. Luangkan masa dalam seminggu bertanyakan khabar mereka kerana apabila mereka tiada nanti anda akan rasa apa yang saya rasa. Sunyi dan kosongnya hidup apabila menjadi yatim piatu dan bayangkan perasaan anak2 yatim piatu yang masih kecil dan tidak mampu lagi untuk berdikari. Hulurkan tangan kita kepada mereka dan jangan biarkan mereka berjalan bersendirian kerana sikap ini adalah yang terbaik iaitu WE NEVER LET YOU WALK ALONE...
Maaf kalau anda tersinggung tapi saya jujur dengan apa yang saya rasa. Terima kasih.
Mak Wardah, sedih dn sayu baca cerita anda...saya masih ada mak and hopefully I will do as you suggest..to be a grateful daughter..
ReplyDeleteYes teacher, hope my experience jadi pengajaran bagi semua orang. Appreciate our parent forever...
Deletepilu ...... :-(
ReplyDeleteSedih bila mereka dah tiada...
Deletealfatihah utk mereka yg dah tiada
ReplyDeletesy masih punya mak ayah
banyak benda sy nak buat utk mak ayah tp belom mampu
yg mampu sekarang cuma sedekah fatihah utk mereka
semoga mereka sihat2 selalu
Alhamdulillah, bertuah mak ayah Irfa, sayangi mereka selagi mereka ada, berbakti kepada mereka selagi kita mampu, bila mereka dah tak ada, semuanya jadi kosong.
DeleteAlhamdulillah, bertuah mak ayah Irfa, sayangi mereka selagi mereka ada, berbakti kepada mereka selagi kita mampu, bila mereka dah tak ada, semuanya jadi kosong.
DeleteBapak saya dah meninggal tapi saya sentiasa terasa dekat dengannya sebab waktu cuti mesti menziarah pusaranya. Mak pulak memang tinggal dengan saya, alhamdulillah. Siapalah kita tanpa mereka.
ReplyDeletesebagai perantau...terasa cemburu dengan mereka yang dekat dengan ibu bapa..
ReplyDeletetapi itu bukan alasan untuk tidak berbakti dengan mereka...
please support my new blog. http://whiteroses2013.blogspot.com/
ReplyDelete