Tuesday, December 17, 2013

Pertamakali Cuba Ganja

Salam.
Buat pertama kali dalam hidup saya pergi ke ladang yang luasnya berhektar2, bukan lagi saujana mata memandang tetapi perjalanan ladang ke ladang perlukan kenderaan. Pelbagai jenis tanaman dan pokok2 yang ditanam, dari sayuran, buah2an dan herba serba bermacam jenis lagi. Ianya datang dari pelbagai negara dan ianya sesuai dengan iklim di sini.
Pelaburan dibuat oleh individu dan kerajaan, ingin menjadikan negara mereka gedung makanan dunia, bebas kimia dan cuba memenuhi keperluan semasa dari segi kualiti dan kauntiti.
Cina cuba merentas masa dengan cara mereka sendiri, tetapi mereka bersatu dan berusaha dengan gigih dan rasanya kalau kita bersatu kita juga boleh berjaya. Kenapa kita tidak mahu mencuba.
Sedap buah yang saya makan dan ambil tetapi pada masa yang sama, saya sedar saya tidak mampu menjadikan Malaysia sebegini.
Tempat tinggal pemilik dan rumah ini tidak dibenarkan ambik gambar di dalamnya tetapi apa yang boleh saya katakan Amazing!!!Layanan SUPERB...
Kata orang pergilah menuntut ilmu sehingga ke negeri Cina dan bila mengenali mereka saya faham kenapa. Bezanya dua negara India dan China dan saya tidak dapat cari titik persamaannya.
Pertamakali berkenalan dengan pokok ganja, ini rupanya. Saya hidu dan rasa buat pertama kalinya. Pertamakali bertemu dan berfikir kita ada budaya yang hampir dengan India dan China tetapi saya bangga kerana di Malaysia hanya di Malaysia Melayu itu MUSLIM. Syukur....India dan China, sangat berbeza dari segi pemikiran dan gaya hidup...Hujung tahun, kita pasti sebuk dgn anak2 dan persekolahan mereka.Moga 2014 tahun yang penuh rahmat untuk kita.

34 comments:

  1. POKOK GANJA DI TANAM MACAM SAYUR YE?
    DIORANG BUAT APA DGN POKOK TU?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum MW
    bertuah badan dapat pengalaman ke negara org..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah kak melalui pekerjaan sy fpt pergi.

      Delete
  3. daunnya nampak macam daun ubi kayu kak..

    alangkah bagusnya kalau dapat direalisasikan kat malaysia jugak kan kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rai rasa agak org jd high bila disedut bau/asap sbb kami cuba daun mentah x de effect. Kl di Msia ladang begini kita x perlu bergantung pd org luar. Kurangkan politiking dlm pentadbiran fokus pd kemajuan & kesejahteraan rakyat.

      Delete
  4. hebat sungguh negara orang..
    saya turut bersyukur sebab Malaysia Melayu tu Muslim..

    memang sibuk sangat awal tahun ni kan.. Aishah masuk darjah satu.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm Nita, dh besar ank dara Nita...sekejap jer masa

      Delete
  5. Pernah tengok pokok ganja ni si Golden Triangle suatu ketika dulu, tapi kat China boleh tanam ker? Atau ianya ditanam dikawasan tertentu yang telah dapat permit (yang dikawal) dan hanya untuk kegunaan penyelidikan atau untuk kegunaan pada pekara yang tidak memudaratkan...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Najmi....p1 kali sy tgk live n cuba. Utk kegunaan perubatan & specisl project

      Delete
  6. berdebar bila anak nak masuk sekolah tahun depan, tinggal berapa hari je ni.. hiihihi...
    singgah dan memfollow sekali yer kak.. salam kenal.. :)

    ReplyDelete
  7. Sebab itu tidak hairan kenapa timbulnya menuntut ilmu walau sampai ke negeri Cina. Inilah hakikat yg tak boleh kita nafikan. Jadi tak salah menuntut ilmu mereka mana yg boleh diaplikasikan kita aplikasikan. Cina Muslim di sana memang tak sama dgn Melayu Islam di tempat kita... tapi yg pasti Allah maha mengetahui.

    Cantiknya ladang - saujana mata memandang:)

    ReplyDelete
  8. salam singgah. terima kasih kak atas segala info. terasa macam saya lak yang p ke China bila baca hasil tulisan kak ni ^_^

    ReplyDelete
  9. bertuahnye dapat melancong sampai ke luar negara.
    teringin jugak saya ke sana~ Moga2 suatu hari nanti dimurahkan rezeki untuk jejak kaki ke sana jugak.

    mesti boleh belajar banyak benda dari negara orang kan~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm nafira, benar luas berjalan byk pengalaman. InsyaAllah Nafira jugak dpt melangkah ke mana2 yg anda suka.

      Delete
  10. eh.. lupa plak.. salam kenal jugak dari saya~

    ReplyDelete
  11. cantik rumahtu.. cuaca sejuk buatkan keadaan kat situ nampak sedap mata memandang... oo itu rupa daunnyer yerk... rasa penah tengok kat tv tapi dah kering...

    ReplyDelete
  12. salam kenal jugak kak..
    akak menetap kat china ke???
    ooo pelik pulak tengok dorang tanam ganja terbuka camtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx zee sudi singgah. tak akak g seminar kat sana. Akak jumpa ganja disana utk buat research.

      Delete
  13. Indahnya kawasan sana ye...tenang aje..saya kira cuacanya pun menyenangkan...salam perkenalan dr saya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal Amirah. Thx...cuaca musim bunga sepanjang tahun di sini.

      Delete
  14. Luasnya ladang tu....kalaulah ada di tempat kita macam ni kan...
    seronoknya kalau dapat pergi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. MP...Negara mereka luas berbanding kita dan cuacapun sesuai

      Delete
  15. kalaulah dapat tgk apa ada kat dlm rumah tu ... view yg memukau pandangan .

    ReplyDelete
  16. wah nampak cantik & luas ladang2 buah2an kat sana yer .. mesti seronok dpt petik sendiri kan ! kepuasan nyer berbeza...

    ReplyDelete
  17. Pokok itu banyak boleh mengubatkan penyakit..
    Benar budaya tu yg menyebabkan jurang antara kaum dan agama...sobss

    ReplyDelete