Sunday, December 22, 2013

Hukum Alam Fitrah Hidup

Salam Ahad.
Hari minggu kami tidak kemana2. Anak manja saya Wardah sebuk nak makan ikan air tawar masak tempoyak daun kesum. Entah kenapa anak2 saya dianugerahkan Allah dgn selera dgt berbeza. Minat kpd pelajaran sgt berbeza, Along Sains Tulen, Wardah Akaun. Tiba2 Wardah kata tangan kiri dengan tangan kananpun berbeza. Mak masak pakai smart cooker dengan periuk tanahpun rasanya berbeza. Puncanya Wardah memang suka dan berselera kl saya masak guna periuk tanah.
Alasan Wardah lebih sedap.
Saya tumbuh cili kampung, bawang dan kunyit, sebab Wardah suka. Tiba2 saya tanya Wardah: Will you do the same if I am old? Jawapan Wardah: I will try but may be not as good as you. Saya rasa saya sendiripun tak msmpu lakukan aps yang sama pd ibu saya semasa arwah masih ada. Ya Allah, begitu besarnya jasa Ibu pd kita. Arwah ibu saya tak pernah pakai blender, rice cookerpun jarang tapi tak pernah missed masa makan kami anak beranak. Semuanya sendirian berhad. 
Segalanya tanam sendiri (sayuran & ulaman) hasil yitik peluh sendiri sebab tu mereka tak gemuk. Semunya usaha sendiri dan tiada bahan perasa kata Wardah bestnya kalau Wan dengan Aki ada. Kata saya hukum alam yang hidup pasti mati, kata Wardah nanti dunia penuh dengan manusia. Allah jadikan alam & penghuninya dgn sistem yg sempurna.  Inilah lunch Wardah hari ini dgn ulam mentimun cicah budu. Lahir generasi X tapi selera generasi wayang hitam putih.



10 comments:

  1. bagus ada anak2 yg berselera spt wardah...senang mak2 generasi dulu nk masak...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya lauk tu, teringin pulak bila tengok :)

    ReplyDelete
  3. sedapnya..
    untung wardah.. mak wardah masih boleh memenuhi seleranya, saya pula kalau boleh semuanya nak instant.. InsyaAllah.. saya kena berubah, memang tak mampu tanding dengan kebolehan mak kita kan...

    ReplyDelete
  4. Assalam,

    Lawatan balas dari auntie, wah sedap tu, ikan air tawar msk tempoyak

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.. Salam perkenalan dari Ros :)

    ReplyDelete
  6. Wardah adalah remaja yg unik,.yg lain dari yg lain...bertuah ada anak sepertinya

    ReplyDelete
  7. Nak jadi jiran mak wardah la gini..tak menahan tengok lauk2 yang diceritakan...

    Salam mak.wardah n happy new year semoga diberkati..amin

    ReplyDelete
  8. Maaf lama x jenguk, kesihatan x mengizinkan. Singgah jgk ari ni !

    ReplyDelete
  9. x penah masak guna periuk tanah
    tp org kata mmg lain rasanya

    ReplyDelete