Tuesday, January 21, 2014

Terima kasih sahabat PLHIV....

Salam tuan2 & puan2...
Especially to Najmi, Azana, Remy, Helmy, Ampang PLHIV, Muara Sepi dan lain2...

Akhir2 ini saya ramai berkawan dengan PLHIV dan juga gay, syukur Allah bukakan hati mereka sudi menerima saya yang bukan sesiapa. Membukakan pintu hati mereka menerima saya seadanya, seorang insan yang bergelar Mak Wardah. Melihatkan kesungguhan mereka mengejar akhirat, ngerinya saya. Ya Allah, siapalah saya di sisinya. Bila saya kesini semasa menziarahi pusara orang tua, tidak dapat saya bayangkan nasib saya semasa di sini.
Keseorangan, kedinginan di ruang sempit yang dinamakan liang lahad, disoal jawab bertalu2, mampukah saya menjawab dengan baik.
Tiada lagi dunia dan pemandangan indah, segala sempit dalam ruang yang terhad, dirumah abadi ini tiada yang tahu apa yang berlaku pada hambaMU ini, walaupun rumah ini ramai jiran, nampak damai tapi mampukah aku menghadapiNYA hukuman di dalamnya...
Di atas rumah abadi ini pasti banyak bebunga kemboja yang luruh, dedaun kering dan rumput liar tapi mampukah aku, layakkah aku, Ya Allah panjangkan umurku, permudahkan segala urusanku, kuatkan imanku sebagaimana  teguhnya pertalian sahabat2 PLHIVku denganMU. Cemburunya aku membaca HR mengabdikan 1/3 dari tidurnya hanya untuk bertaubat dan mendekati Allah yang Maha Esa sedang aku dalam dengkuran enak diulit mimpi indah hasutan syaitan, saat Najmi dari blog Hidup Mesti Diteruskan leka dengan ibadatnya, aku lena dalam tidur yang terindah tanpa sedar bila2 masa sahaja saya akan pulang ke rumah abadi.
Kawasan perumahan abadi dimana ibu ayahku bersemadi bersama saudara mara yang lain, damai dan sunyi, malamnya ditakuti umat lain, hanya musim perayaan baru diziarahi. Allah permudahkan urusan dunia dan akhiratku. Wahai sahabat PLHIVku, jangan risaukan persahabatan kita kerana antara kita tiada yang berbeza. Perbezaan kita hanya disisiNYA, darah kita sama merah, kita sama2 ada hati dan perasaan, kita sama2 takut mati bezanya anda lebih bersedia dari saya. Sebab itu saya perlu bersahabat dengan anda supaya perasaan anda berjangkit kepada saya. Tatkala berbicara dengan Muara Sepi, beliau sibuk ke masjid beribadat tapi aku sedang menonton TV di rumah, aku kagum dengan mereka sedangkan mereka lupa HIV bukan penamat nyawa tapi mereka beribadat seolah2 tiada esok bagimu di muka bumi Allah ini. Begitu juga Ampang PLHIV, berdisiplin dan bertekad untuk persiapan diri.
Tinggallah rumah, segala-galanya dan apa2 sahaja tapi yang perlu saya mohon doa2 para sahabat supaya Allah permudahkan segalanya  untuk kita semua dan sama2 bertemu di Jannah Allah nanti. Maafkan saya jika ada salah dan silap, bahagiakan kami di duniamu ini dan di akhiratmu, jumpakan kami semula di sana bersama dengan keluarga kami masing2. Ameen

Thursday, January 9, 2014

Ubat Migraine paling Mujarab

Salam kawan2...

Baru-baru ini saya kena migraine yang agak teruk, dah lama tak kena tapi disebabkan saya ada kerja penting saya gagahkan diri pergi jugak.
 Lunch kawan saya ajak pergi Paradigm, MasyaAllah mingraine saya hilang bila ke kawasan ini, saya cuci mata sambil window shopping...Serius, Migraine saya hilang, Alhamdulillah...
 
Saya dan anak saya, ada persamaan tak?
Ini pusara Arwah ayah kesayangan saya...
Bersebelahan dengan pusara arwah kesayangan ibu saya
Pusara mereka bersebelahan, semoga mereka sentiasa sejahtera disana, semoga kami semua bertemu semula di Jannah. Ingatan dan kasih sayang saya terhadap mereka tidak pernah hilang, saya hanya mampu sedekahkan Al-Fatihah kepada mereka walaupun mereka sanggup gadaikan nyawa mereka utk saya. InsyaAllah mak, ayah kita jumpa di Jannah dan mak ayah boleh jumpa cucu2 mak sekali.
Masa Raya Qurban 2013, saya migraine sebab tak cukup tidur tapi bila ke masjid kayu lama ini, migraine saya beransur kurang kerana bila saya ke sini saya tahu di sinilah tempat tinggal hakiki arwah ibu dan ayah saya dan saya juga satu hari nanti tapi mudah-mudahan kita semua dipermudahkan urusan dunia & akhirat.
Semuga hari2 kita sentiasa mendapat berkat Allah. Terima kasih.

Friday, January 3, 2014

18 SX DGN ANAK DARA Saya

Salam Tahun Baru 2014, tahun yang semuanya dijangka naik dan mahal.Anak dara saya dahpun 16 tahun tingkatan empat dah...cepatnya masa berlalu. Tak puas lagi saya peluk babay Hulk Hogan saya. Rindunya pada wardah yang ini.

Tinggal kenangan manis 
bukan juga budak gigi kapak ni
Dah remaja...
aka pra anak dara bukan lagi sunti
dah pandai urus diri sendiri
buat budget sendiri
buat belanjawan sendiri
bezakan keperluan & kehendak
pandai menyimpan dan menabung
berjimat cermat
Perbualan kami tentang seks:-
MW: Adek, ada tak kawan perempuan adek yg keluar dgn boyfriend dia orang?
W: Ada tak tak rapat sangat.
MW: Dia org keluar ke mana?
W: Jusco Bukit Tinggi, Sunway Pyramid SACC
MW: Parent dia orang tak kesah kot.
W: Maybe, sebab XXXX mama dia tak kesah dia keluar dgn boyfriend dia, tapi mama dia yang hantarkan
MW: Ala kalau ada boyfriend, adek nak keluar mk boleh hantarkan. Cakap jer nak pergi mana
W: MAKKK...can you jgn mengada2.
MW: Adek, kalau dia orang keluar tu dia orang buat apa?
W: Ya Allah, dia org mcm org dewasa couple2 tu.
MW: What they did, sayang?
W: Holdings hands, kissing, manja2
MW: Are they sleeping together?
W: Yes, if they went to each other house. But I am not sure they did THAT or not. 
MW: Terdiam, terkelu dan bulat mata tengok muka Wardah
W: kenapa tengok adek macam tu, mak.
MW: Can you tell them berdosa, sayang.
W: Mak, we cannot be busy body. Mak ayah dia orang ada, biarlah mak ayah dia orang cakap kat dia orang.
MW: Sayang, I know you never do that tapi kita muslim jangan sekali2 terpengaruh macam tu. Muslim ada guidelines kan sayang. Dah nikah semua jadi halal but before that zina. Berdosa besar sayang.
W: I know that mak...jangan kecoh nanti mama XXXX fikir mak ni busybody.
Adui...dalam hati penuh rasa kecut, Ya Allah jauhkanlah pergaulan bebas ini dari anak2ku. Saya sibuk tolong kemas bilik my soul, saya jumpa banyak barang2 sentimental value yg dia still simpan.
Surah Yassin kanak2 yg saya beli masa umur dia 3 tahun. Kadang2 lepas solat maghrib dia baca, adakala dia baca Yasin guna hp
Muzik box birthday dia 4 tahun, wardah simpan brooch tudung kat sini
Ya Allah, jujur saya tidak galakkan Wardah keluar dengan mana2 lelaki bukan muhrim dalam umur remaja seperti sekarang dan tidak akab sekali2 menghantar atau menjemput mereka untuk dating.Para pembaca saya adalah emak yang sangat Old School. Pendapat anda saya tidak pasti...