Salam tuan2 & puan2...
Especially to Najmi, Azana, Remy, Helmy, Ampang PLHIV, Muara Sepi dan lain2...
Akhir2 ini saya ramai berkawan dengan PLHIV dan juga gay, syukur Allah bukakan hati mereka sudi menerima saya yang bukan sesiapa. Membukakan pintu hati mereka menerima saya seadanya, seorang insan yang bergelar Mak Wardah. Melihatkan kesungguhan mereka mengejar akhirat, ngerinya saya. Ya Allah, siapalah saya di sisinya. Bila saya kesini semasa menziarahi pusara orang tua, tidak dapat saya bayangkan nasib saya semasa di sini.
Keseorangan, kedinginan di ruang sempit yang dinamakan liang lahad, disoal jawab bertalu2, mampukah saya menjawab dengan baik.
Tiada lagi dunia dan pemandangan indah, segala sempit dalam ruang yang terhad, dirumah abadi ini tiada yang tahu apa yang berlaku pada hambaMU ini, walaupun rumah ini ramai jiran, nampak damai tapi mampukah aku menghadapiNYA hukuman di dalamnya...
Di atas rumah abadi ini pasti banyak bebunga kemboja yang luruh, dedaun kering dan rumput liar tapi mampukah aku, layakkah aku, Ya Allah panjangkan umurku, permudahkan segala urusanku, kuatkan imanku sebagaimana teguhnya pertalian sahabat2 PLHIVku denganMU. Cemburunya aku membaca HR mengabdikan 1/3 dari tidurnya hanya untuk bertaubat dan mendekati Allah yang Maha Esa sedang aku dalam dengkuran enak diulit mimpi indah hasutan syaitan, saat Najmi dari blog Hidup Mesti Diteruskan leka dengan ibadatnya, aku lena dalam tidur yang terindah tanpa sedar bila2 masa sahaja saya akan pulang ke rumah abadi.
Kawasan perumahan abadi dimana ibu ayahku bersemadi bersama saudara mara yang lain, damai dan sunyi, malamnya ditakuti umat lain, hanya musim perayaan baru diziarahi. Allah permudahkan urusan dunia dan akhiratku. Wahai sahabat PLHIVku, jangan risaukan persahabatan kita kerana antara kita tiada yang berbeza. Perbezaan kita hanya disisiNYA, darah kita sama merah, kita sama2 ada hati dan perasaan, kita sama2 takut mati bezanya anda lebih bersedia dari saya. Sebab itu saya perlu bersahabat dengan anda supaya perasaan anda berjangkit kepada saya. Tatkala berbicara dengan Muara Sepi, beliau sibuk ke masjid beribadat tapi aku sedang menonton TV di rumah, aku kagum dengan mereka sedangkan mereka lupa HIV bukan penamat nyawa tapi mereka beribadat seolah2 tiada esok bagimu di muka bumi Allah ini. Begitu juga Ampang PLHIV, berdisiplin dan bertekad untuk persiapan diri.
Tinggallah rumah, segala-galanya dan apa2 sahaja tapi yang perlu saya mohon doa2 para sahabat supaya Allah permudahkan segalanya untuk kita semua dan sama2 bertemu di Jannah Allah nanti. Maafkan saya jika ada salah dan silap, bahagiakan kami di duniamu ini dan di akhiratmu, jumpakan kami semula di sana bersama dengan keluarga kami masing2. Ameen
membaca entri membuatkan saya juga mengenang nasib saya... moga kita juga mampu menjadi insan yang sentiasa berada di jalanNya...
ReplyDeleteassalam...ya kita semua org yg berdosa n sentiasa mengharapkan keampunan n keredaan-Nya.
ReplyDeletesy selalu fikir mati bila terjaga tgh malam
ReplyDeletesunyi malam tu mengingatkan saya ttg mati
Salam MW,
ReplyDeleteSemoga pengakhiran kita dalam keadaan husnul khatimah, adakala ibadat kita ada pasang surutnya, yang penting kita sentiasa kuat mengawal diri dan terus beramal semampu mungkin bagi persiapan kita ke rumah abadi itu nanti...
Insyaallah pasti Allah akan membantu kita semua..Amin
semoga mendapat kasih sayang dan rahmat Ilahi...
ReplyDeleteentry yang amat bermakna buat Ros...
ReplyDeleteKetika ini jika aku berada dlm alam barzakh,apa agaknya yg akan berlaku,soalan demi
ReplyDeleteSoalan ditanya oleh Malaikat Munkar nankir,mampukah aku menjawabnya,siapa yg mampu membantuku,dlm kubur aku bersendirian,tiada yg peduli.inilah balasan yg aku kena terima hasil perbuatan aku ketika diAtas dunia yg aku bermegah2 dengan apa yg aku miliki.Ya Allah,ampunilah hambamu ini yg banyak berdosa......
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletekita yang sihat, yang sibuk ni memang sering alpa..
ReplyDeletekita manusia yg sering lalai dan leka..:(
ReplyDeleteSemoga Allah SWT mengampunkan dosa2 kita semua, amiin..
ReplyDelete