Friday, January 3, 2014

18 SX DGN ANAK DARA Saya

Salam Tahun Baru 2014, tahun yang semuanya dijangka naik dan mahal.Anak dara saya dahpun 16 tahun tingkatan empat dah...cepatnya masa berlalu. Tak puas lagi saya peluk babay Hulk Hogan saya. Rindunya pada wardah yang ini.

Tinggal kenangan manis 
bukan juga budak gigi kapak ni
Dah remaja...
aka pra anak dara bukan lagi sunti
dah pandai urus diri sendiri
buat budget sendiri
buat belanjawan sendiri
bezakan keperluan & kehendak
pandai menyimpan dan menabung
berjimat cermat
Perbualan kami tentang seks:-
MW: Adek, ada tak kawan perempuan adek yg keluar dgn boyfriend dia orang?
W: Ada tak tak rapat sangat.
MW: Dia org keluar ke mana?
W: Jusco Bukit Tinggi, Sunway Pyramid SACC
MW: Parent dia orang tak kesah kot.
W: Maybe, sebab XXXX mama dia tak kesah dia keluar dgn boyfriend dia, tapi mama dia yang hantarkan
MW: Ala kalau ada boyfriend, adek nak keluar mk boleh hantarkan. Cakap jer nak pergi mana
W: MAKKK...can you jgn mengada2.
MW: Adek, kalau dia orang keluar tu dia orang buat apa?
W: Ya Allah, dia org mcm org dewasa couple2 tu.
MW: What they did, sayang?
W: Holdings hands, kissing, manja2
MW: Are they sleeping together?
W: Yes, if they went to each other house. But I am not sure they did THAT or not. 
MW: Terdiam, terkelu dan bulat mata tengok muka Wardah
W: kenapa tengok adek macam tu, mak.
MW: Can you tell them berdosa, sayang.
W: Mak, we cannot be busy body. Mak ayah dia orang ada, biarlah mak ayah dia orang cakap kat dia orang.
MW: Sayang, I know you never do that tapi kita muslim jangan sekali2 terpengaruh macam tu. Muslim ada guidelines kan sayang. Dah nikah semua jadi halal but before that zina. Berdosa besar sayang.
W: I know that mak...jangan kecoh nanti mama XXXX fikir mak ni busybody.
Adui...dalam hati penuh rasa kecut, Ya Allah jauhkanlah pergaulan bebas ini dari anak2ku. Saya sibuk tolong kemas bilik my soul, saya jumpa banyak barang2 sentimental value yg dia still simpan.
Surah Yassin kanak2 yg saya beli masa umur dia 3 tahun. Kadang2 lepas solat maghrib dia baca, adakala dia baca Yasin guna hp
Muzik box birthday dia 4 tahun, wardah simpan brooch tudung kat sini
Ya Allah, jujur saya tidak galakkan Wardah keluar dengan mana2 lelaki bukan muhrim dalam umur remaja seperti sekarang dan tidak akab sekali2 menghantar atau menjemput mereka untuk dating.Para pembaca saya adalah emak yang sangat Old School. Pendapat anda saya tidak pasti...

33 comments:

  1. salam ziarah..

    benar cabaran membesarkan anak2 zaman sekarang ni sangat hebat.. biar laa jadi mak2 yg old school..take kita menyesal dahulu..jangan menyesal kendian...

    perkara yg sama saya tgk bila anak2 sedara membesar depan mata... godaan kawan2 sebaya sgthebat...klu tersilap langkah..buruk yg menanti..

    semoga keluarga akak dilindungi selalu..amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tlkasih atas doa, T.kasih atas kesudian membaca. T.kasih atas kesudian singgah membaca blog makcik2 ni.

      Delete
  2. Salam kenal Mak Wardah....anak2 zaman skrg bukan mcm zaman kakpb dulu. 17 tahun masih tak pandai berpakwe makwe tau. Inilah yg kakpb bimbangkan, terutama kwn2 di facebook, selalu dipantau walaupun hanya alam maya. Mereka ni kdgkala lebih suka pendapat kwn2 drp ibubapa. Kita kena ada hubungan yg rapat dgn anak supaya dia boleh share masalah. Apa pun berdoa setiap hari utk anak2 kita agar dijauhkan perkara spt itu.0

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih. Benar, didik & jaga hubungan dgn anak dan serahkan kepada Allah.

      Delete
  3. susah hati kita dgn gelagat anak2 gadis kita la ni ya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan susah hati, mari kita sama2 memperbaiki hubungan dengan anak serta pemilikNYA, moga anak2 kita sentiasa dilindungi.

      Delete
  4. besar dah anak dara akak.... melihat, mendengar dan membaca kisah remaja sekarang kadang2 rasa takut juga ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Munna, semakin moden semakin takut. Terlalu canggih dunia terlalu terbuka minda...

      Delete
  5. Takutnya dengan pergaulan bebas budak-budak skrg! Saya pun mak yg pesen lama... tapi tidak pulak melarang jika anak-anak ada teman istimewa cuma mereka belum berminat lagi... masing2 sibuk belajar mengejar cita2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya memang Old School, saya tak galakkan anak2 saya ada BF lagi (seboleh-bolehNYA). T.kasih singgah.

      Delete
  6. salam..

    terkedu saya baca entry ni. patutlah berita yang macam2 di dada akhbar tu menjadi sekarang ni. in shaa allah...selagi dekat dengan Allah..anak2 remaja kita akan terpelihara dr perkara2 negatif macam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thnx MA,
      Moga2 Allah lindungi kita serta anak2 kita. Ameen

      Delete
  7. Keturunan yang baik2 ada tertulis didalam tips memilih pasangan,malah para rasul,nabi wali dari keturunan yang baik2.klu baik InshaAllah baiklah keturunannya,klu Allah nak uji, kena banyak bersabar,apapun kita ada perinsipkan,iaitu usaha,ikhtiar dan selebihnya Tawakal(doa).sama2 kita usaha,berikhtiar dan berdoa untuk remaja kita..... :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. HR,
      Tqvm...selalu bg cadangan yg positif. Take care

      Delete
  8. anak sulung sy girl thn ni age 17.Sampai skrg hanya keluar bersama keluarga.Kalau nak keluar mkn2 dgn rakan sekelas,sy yg hantarkan itupun sethn dlm 2 kali je time berbuka pusa bersama guru kelas dan akhir thn.Bukan la terlalu control anak2 tp sy pun jenis old school juga .

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih singgah. Kita sama2 Mak2 Old School. Nak buat macam mana.

      Delete
  9. nauzubillah...anak2 saya masih kecik lagi ni kak..hrpnya dijauhkan dr segala dosa maksiat...aminnn

    ReplyDelete
  10. Ya ALLAH...minta dijauhkan anak cucu kita dari terjebak dgn gejala mcm tu..tak tau hukum hakam.tak tau dosa pahala..

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum,

    Bimbang kan kalu pergaulan remaja yg sangat negatif...tidak menjadi alquran dan sunnah sbg pegangan mrk. Simpati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih mamawana...Al-Quran dan Sunnah adalah pegangan yang sebenar-benarnya.

      Delete
  12. Apa yang menakutkan sering saya terlihat atau terdengar ialah ibubapa DITIPU oleh anak sendiri.alasan tidur rumah kawan,ada perkhemahan,study dgn group,Tuisyenlah sedangkan yang sebenar ambil kesempatan dari kepercayaan ibubapa yang sibuk dengan dating bersama teman mereka.nak pasang gps pun bukan kenderaan.moga remaja kita dijauhi godaan nafsu dan hasutan dari rakan rakan mereka yang negatif

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih HR...RFID lah kita tanam tapi dengan didikan Agama dan takut kepada Allah sudah mampu membuatkan manusia tahu menilai buruk dan baik

      Delete
  13. wardah anak yang baik kak,
    moga dia dilindungi Allah selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. T.kasih Nita,
      Akak memohon kepada Allah, segala yang terbaik buat Wardah & akak doakan juga kesihatan dan kebahagiaan Nita dan keluarga. Jaga diri baik2.

      Delete
  14. biar la orang nak kata kita old school kak janji anak kita x buat macam yang mereka buat.,..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Amanda Suria, akak memang old school, orang kampung. Thx for you comment.

      Delete
  15. tarik napas panjang sy baca entri ni
    anak dara sulung dah 13 taun
    risau tetap ada wpun tak nampak lg ciri2 itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah Irfa, anak2 Irfa terpelihara dari segala benda yang tidak baik, Ameen

      Delete
  16. Well its not an old school.ini soal agama.agama pun kata xboleh yg bukn muhrim keluar berdua2an..by the way kita sbg mak bapak yg ade ank pempuan kne lebih bjaga2 sbb esok yg bunting si perempuan jgk bukn si lelaki

    ReplyDelete
  17. Well its not an old school.ini soal agama.agama pun kata xboleh yg bukn muhrim keluar berdua2an..by the way kita sbg mak bapak yg ade ank pempuan kne lebih bjaga2 sbb esok yg bunting si perempuan jgk bukn si lelaki

    ReplyDelete
  18. Well its not an old school.ini soal agama.agama pun kata xboleh yg bukn muhrim keluar berdua2an..by the way kita sbg mak bapak yg ade ank pempuan kne lebih bjaga2 sbb esok yg bunting si perempuan jgk bukn si lelaki

    ReplyDelete