Mungkin ini doa wanita ini. Wanita ini tidak pernah berkahwin & pastinya tiada zuriat. Lahirnya lelaki ini pada 7 hb Oktober 1995 menjadikan lelaki ini adalah anak saudara kesayangannya. Terlalu sayang dan dia sangat rapat dengan lelaki ini. Wahai semua wanita, bersyukurlah kalau kita ada zuriat, peliharalah zuriat kita dengan penuh kasih sayang dn hiasi mereka dengan ilmu akhirat & dunia. Saya dan wanita itu berkongsi kasih sayang pada lelaki yang sama. Dari usianya muda & sihat, dia meletakkan lelaki ini antara insan yang teratas dalam hidupnya. Ya Allah sehingga kini wanita itu semakin menyayangi lelaki ini.
Along dgn wardah sentiasa dlm doa mak ndak agaknya. Makan minum budak2 berdua ni sentiasa dlm perhatian mak ndak & mereka tetap budak kecik bg mak ndak. Kemana-mana mak ndak pergi Along yang hantar, urusan mak ndak Along yang uruskan, segalanya Along. Kadang-kadang orang fikir Along cucu mak ndak . Maaf cakap dalam semua anak2 saudara, mak ndak paling percaya pada Along terutama bab duit ringgit & harta benda. Saya pernah tegur Mak Ndak bab2 ini tetapi mak ndak selalu marah saya. Mak Ndak letak 200% kepercayaan pada Along. Semakin usia meningkat semakin mak ndak mengharapkan Along. Doa saya walaupun berkongsi kasih tapi lelaki ini tidak akan berubah.
Demi kasih pada lelaki ini, mak ndak turut sayang pada Oli sebab lelaki ini dengan adeknya sayangkan Oli. Mak Ndak turut memastikan Oli sentiasa ada di rumah supaya lelaki ini ada kucing untuk di manjakan.
Mak Ndak sentiasa menunggu kepulangan lelaki ini pulang dari sebarang aktiviti kehidupan samada dari universiti dan keluar kemana-mana. Kasih seorang ibu saudara yang tidak ada tandingannya.Tertidur selepas solat fardhu atau sunat di sofa bawah adalah rutin mak ndak sekiranya lelaki ini belum pulang dan dia dapat melihat dengan matanya sendiri lelaki kesayangannya ini selamat.
Hanya Along dengan Wardah yang tahu apa keperluan mak ndak, kalau bab berpakaian atau persiapan nak keluar rumah kalau orang lain yang buat, mak ndak mesti cakap "hanya adek yang reti uruskan dia" tapi bab-bab urusan duit & harta benda tunggu Along cuti biar Along yang uruskan. Selalu berpesan pada Along, jaga rumah dia, kebun getah dia & tanah dekat kampung. Kongsi dengan adek dan jangan jual semua harta pusaka. Entahlah mak ndak kalau suatu hari nanti kalau Along pergi belajar jauh di luar negeri. Kesian mak ndak... Harta& duit ringgit mak ndak hanya Lelaki ini dan adeknya yang punya.
Allah yang maha megasihi, kasihilah wanita ini sebagai hambaMU, ampuni semua dosa-dosaNYA Ya Allah, bukalah pintu rezekiMU, bukalah pintu kesihatanMU, bukalah pintu rahmatMU, bukalah pintu taubatMU, bukakanlah pintu ImanMU dan berkatilah kehidupan wanita ini di duniaMU dan juga diakhiratMU. Wahai lelaki ini, jangan sesekali lupa kasih sayang mak ndak pada hayatnya atau sekiranya dia tiada lagi. Kami berkongsi kasih sayang kami dan sentiasa sedekah Al-fatihah kepada dari dunia dan akhirat kami.
so sad...meleleh air mataku..
ReplyDeleteMoga kekal bahagia dunia dan akhirat hendaknya :-)
ReplyDeleteMasyaAllah..kasih sayang..subhanallah..
ReplyDeletesyahdunya... sob sob sob
ReplyDeletesama seperti pengalaman kakak dengan makcik yg tiada anak sendiri ...kini dia tiada lagi.
ReplyDeleteSemoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik buat Mak Ndak...
ReplyDeletesuspen ...baca tajuk ingat berkongsi suami....maafkan saya
ReplyDeleteAamiin..aamiin ..yarobbalalamiiin..
ReplyDelete