Anak bongsu saya tahu jalan pulang & selamat. Subhanallah anak kucing lagikan boleh di didik apalagi anak manusia. Apa gunanya akal kalau tidak digunakan, anak kucing lagikan dengar kata ini pulak anak manusia.
Wahai anak-anak kesayanganku, kalau Oli boleh aturkan masanya dengan baik kenapa tidak kita manusia.
Tahu masa tidurnya, masa mainnya dan tahu masa-masa keluar & balik rumahnya. tahu mana tandas dia, katil dia & paling baik tahu melawan kalau dibuli.
Tak mengamuk biarpun mandi, anak yatim piatu yang pandai bawak diri. Sayang ahli keluarga sendiri jadi anak2 yang saya sayangi, pelihara nama baik keluarga,
Masa kecilnya yang comot dan sakit mata. Dengan kasih sayang dan jagaan, syukur disembuhkan Allah. Saya mohon pada anak2 saya, jangan lepas tingkah laku dan kata2, pelihara diri dan iman, kalau berkawan mesti ada batasan. Agama kena pelihara, adat resam kita teruskan, orang Melayu kaya budi bahasa, jangan memaki & marah orang di khalayak ramai, sabar & selesaikan masalah dengan baik.
Katil comel Oli yang Oli suka tidur & selalu tidur dengan lena. Tata Wada yang tolong kemaskan & Oli tidur sebilik dengan Tata Wada.
Siang Oli terboroi tidur sebelah Tata Wada, Oli gemuk sebab suka makan ayam rebus atau bakar. Ketentuan Allah, Oli suka makan daging ayam, anak-anak saya makan ayam hanya tempat-tempat bertulang. Cara Oli makan ayam memang kelakar & selalu jadi bahan ketawa kami sekeluarga.
Sampai keluar air mata, makan dengan penuh berselera tapi kena suap sebab Tata Wada takut tercekik.
Ya Allah, rumah kami tidak membazir lagi sejak adanya Oli. Fungsi Oli bukan hanya comel tapi mengurangkan pembaziran domestik.
Tidurnya lena tetapi selalunya Tata Wada akan dukung Oli kemana2 & paling saya suka hidung Oli yang sangat enak untuk dicium, rasanya macam makan kacang kuda yang enak, lembut & gebu. Kalau berani, sila cuba sebab saya tiap2 hari cium hidung kucing anda & nikmati kekenakannya.
Cara tidur Oli yang terlampau seksi & langsung tidak sopan santun. Kalau dia dibenarkan keluar rumah & baliknya nanti pasti tidur lena sangat2 & tidak sopan. Kalau anak kucing boleh dididik ini pula anak manusia. Selalu saya kata pada Along & Wardah, Oli tahu tak nak membazir kita manusia pula yang tak tahu menghargai rezeki.
oli jadi contoh buat anak-anak...
ReplyDeletetang hidung kucing tu...hahaha...saya tak mampu buat mak wardah:-))
Kat rumah makchaq ada 4 ekor anak kucing, kadang2 leka tengok gelagat kucing2 tu...
ReplyDeleteBetul..kalau haiwan mampu di didik bagaikan seolah sentiasa memahami..mengapa kita insan ini tidak begitu..sedangkan kita adalah sebaik baik kejadian..
ReplyDeleteuntungnye oli dapat keluarga baik2..
ReplyDeletesaya gelilah kak ngan hidung kucing, tapi saya masih teringat lagi.. ada dua ekor kucing yg kini dah hilang.. seekor kucing hitam saya jaga dari kecil dan berkurap bila dia besar dia sayang saya hingga hari terakhir sebelum dia kuar rumah dan tak blk2 dia cium dahi saya..(masa tu mengandungkan aiman) dan kemudian muncul kucing puteh, sepanjang mengandungkan amsyar dia kejut saya jam 3 dan kemudian 5 pagi setiap hari melalui ciuman.. hidung yang macam basah2 tu yg buat saya terjaga.. tapi sekarang masih ada kucing yg suka nak cium tangan or kaki saya kucing tu warna oren.. tapi tulah disebabkan amsyar sering demam dan keluar masuk wad.. saya tak layan sangat kucing.. ramai yang suruh buang tp hati ni tak sampai.. tapi kami still belikan makanan dan benarkan kucing2 tidur dlm rumah cuma tak bg dekat dengan amsyar..
masalahnyer KA takut ngan kucing2 ni lagi yg baby2 tu larik !
ReplyDelete