Sekarang ini demam online shopping telah
melanda Malaysia dan ianya telah berlanjutan buat beberapa ketika selepas
banyak syarikat E-Commerce yang muncul di luar sana. Walaupun pada mulanya
tidak ramai yang tahu bagaimana ia berfungsi namun kini keadaan sudah berubah
sama sekali. Pandangan skeptikal tentang keburukan membeli-belah secara atas
talian diatasi dengan pelbagai kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya. Bagi
saya sendiri dahulu saya tidak mempercayai online shopping kerana tidak
mendapat kepuasan dalam memilih barang apatah lagi dengan proses pembelian yang
tidak teratur dan selamat. Kini saya adalah antara pencinta online shopping dan
sebelum saya mula shopping saya akan pastikan hanya memilih best
Malaysia online boutique yang mempunyai empat kategori utama seperti di bawah.
Kategori pertama yang setiasa dapat
menarik perhatian saya ialah kasut. Pada pendapat saya website online shopping
Malaysia yang terbaik seharusnya mempunyai rangkaian kasut lelaki dan kasut
wanita online yang meluas! Anda pasti bersetuju dengan saya on this matter,
bukan? Saya high heels fanatik
Kemudian barulah saya akan tengok
koleksi pakaian terkini wanita dan lelaki yang ditawarkan sama ada ianya
menepati cita rasa saya atau tidak. Butik fesyen online yang mempunyai pilihan
pakaian Muslimah mengikut trend fesyen Muslimah terkini adalah bonus bagi saya.
Aksesori wanita dan jam tangan lelaki
adalah faktor ketiga untuk saya suka akan butik online Malaysia yang saya
pilih. Ini kerana selepas beberapa ketika saya rasa shopping accessories online
adalah jauh lebih mudah jika dilakukan di rumah. Saya dapat menjimatkan masa,
wang dan tenaga daripada keluar ke shopping mall semata-mata untuk dapatkan
produk kegemaran saya.
Yang terakhir ialah beg tangan wanita
dan juga beg lelaki seperti backpack. Ada masanya saya tidak mempunyai masa
untuk keluar semata-mata untuk dapatkan beg yang saya perlukan atas kekangan
masa. Namun kini saya dapat beli beg online dengan harga yang terbaik di
Malaysia terus dari rumah ataupun dari mana-mana saya rasa selesa. Mudah! Yang paling penting ianya jimat masa, saya membeli belah dengan tenang dan dalam keadaan yang sangat selamat. Dari hujung jari dan kediaman sendiri.
SEKRG SENANG SOPPING ONLINE
ReplyDeleteSY PUN JUAL ONLINE, TP SY RASA.. SY LEBIH BANYAK MEMBELI DRI MENJUAL, HAHAHA
ReplyDeletesekali sekala jer saya shopping online.. masih belum termasuk dalam kegilaan lagi.. harap tak terjebak..hehehe
ReplyDeletememang mudah sangat kan kak... tak payah serabut ngan jem
ReplyDeleteAcik beli baju kurung dengan tudung online.baru ni je terjebak dengan cadar
ReplyDeletemakcik belum pernah beli baju or kasut on line....takut size 'lari'...tapi kain dah banyak kali ...:)
ReplyDeleteSalam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. .. Suka gak beli online, tpi selalu terkena indah gambar dari yg diterima huhuhu
ReplyDelete