Tuesday, August 20, 2013

Saya dan Demam Raya

Salam Syawal dan saya sedang demam raya. Sekadar menulis untuk berkongsi jadual harian saya di musim raya. Seminggu ini hidup saya penuh dengan temujanji dari bidang peruncitan, makanan, otomotif dan kecantikan.

Lunch semalam, saya meeting bersama dengan bahagian peruncitan Nestle dan  saya juga explore dengan MNC yang lain. Banyak orang banyak ragam, tetapi Allah permudahkan untuk saya dan kawan2. Lepas ini saya akan berjumpa Kampung Kravers dan seorang Chef ternama. Pertemuan saya dengan seorang bekas isteri raja ternama dunia penuh dengan pengalaman. Hidup kita manusia semuanya aturannya kalau mengikut kaedah Allah akan memberi kita kemudahan kehidupan. Saya kagum dengan teman-teman dari golongan PLU dan PLHIV yang tetap memberi sokongan dan doa untuk saya. Pergaulan saya dengan mereka adalah pengalaman terindah dalam hidup. Terima kasih ikhlas dari sudut hati saya untuk anda semua, anda dan saya adalah entiti yang sama, serupa dan tidak berbeza. Saya akan pelihara persaudaraan saya sampai ke hujung nyawa.

Ini gambar semasa saya bertemu seseorang (somebody) di Nestle, Menara Surian dan lepas tu lunch di The Curve, restoran Italy. banyak yang kami bincangkan dan harap semuanya berjalan lancar.
Pejabatnya gah segah namanya di seluruh dunia, saya ingat sejak kecil saya membesar dengan produk Nestle dan hari ini mereka tetap mantap di pasaran.
Mesra disapa mereka dengan ucapan "selamat datang puan, let's we live with Nestle." Saya akui Nestle adalah antara gergasi pengeluar makanan terbesar di dunia dan membuka jutaan peluang pekerjaan bagi penduduk dunia.
Terima kasih Mr. Roger, saya akan lakukan apa yang dibincangkan untuk kebaikan semua. Lepas meeting dan linch kat the curve saya ada temujanji dengan Group Syed Bistro Restaurants, Allah nak tergadai perut saya bila dipaksa makan menu2 baru mereka. Maaf saya tak mampu makan lagi, tapi terima kasih atas penerimaan anda. Moga Allah akan berikan kita yang terbaik dan saya ambik peluang memerhati dan mempelajari budaya India Muslim dalam bidang perniagaan restoran dan makanan. Nanti kita kongsikan bersama.

Sunday, August 18, 2013

Proses Penuaan

Salam .
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. Mungkin agak terlambat tetapi saya tetap memohon syawal 2013 adalah syawal terbaik buat kita semua, semoga bertemu lagi di Ramadhan 2014, InsyaAllah.
Ya Allah, ini adalah satu nikmat syawal buat kami semua, keadaan fizikal Mak Ndak agak kurang baik sepanjang ramadhan dan syawal ini, dugaan yang alhamdulillah masih boleh kami kendalikan. Di kg, saya bawak mak ndak buat acupunture (spelling salah) maafkan saya dan ada sikit perubahan. Balik ke rumah, saya pujuk mak ndak berurut ke sini.
 Rumah tradidional yang cantik dan tuannya mempunyai budi yang sangat baik, hidangan kueh raya yang banyak berjenis-jenis, layanan yang sangat sopan dan penuh hemah, Alhamdulillah kerana orang yang mengurut mak ndak adalah bekas seorang doktor. Abang sulung dari 10 orang adek beradek dan abang yang bertanggung jawab dalam setiap tindak tanduknya. Urutan dibuat dengan kaedah2 Islamik dan dikhalayak ramai. Tanah pusaka keluarga dibahagi sama rata sama adek beradek dan inilah waqaf comel yang disediakan untuk mereka yang ingin berubat.
 Comel, bentuk tradisional dan sesuai untuk berehat mengadap ke kuala sungai. Kami melepak disini sementara menunggu giliran mak ndak.
Untuk Wardah, inilah peluang dia memalaskan dirinya dari belajar untuk PMR dan peluang ini pasti sukar untuk Wardah tolak kerana dia memang body guard dan busy body mak ndak. Esok dia dan mak ndak akan mula berpuasa,  dan saya doakan kita semua sentiasa dalam pemeliharaan ALLAH.

Monday, July 29, 2013

Ramadhan dan pembaziran...

Salam.
Berkongsi cerita Ramadhan kami sekeluarga dan jemaah 3 generasi kali ini bersama2 outstation bersama kami ke Raub, Pahang. Bertolak pada 25hb Julai, bermakna Nuzuk Quran kami habiskan di Raub sampai hari 27 hb Julai 2013. Kami menginap di Hotel Jelai, Raub. Hari pertama kami berbuka di restoran nasi Kandar, Raub, subhanallah, layanan mereka sangat baik dan masakan pun boleh tahan. Kami makan taklah banyak sangat tapi tetap ada pembaziran kerana kami tak habiskan bubur lambuk yang diberi secara percuma. Ketika kami balik ke hotel yang berada ditengah2 tempat pembangunan yang sedang berjalan , saya nampak buruh binaan Indonesia sedang berbuka puasa dengan sebungkus nasi putih dan sedikit lauk. Ya Allah, kenapalah saya bodoh tak bungkuskan baki makanan tadi sekurang2 saya tak membazir.
Mak Ndak n Wardah
Esoknya kami berbuka pula di Alya Tomyam pulak, Saya ikutkan selera mak ndak pula, kadang2 saya sengaja bagi mak ndak makan dan pilih sendiri apa yang dia rasa nak makan. Memang banyak mak ndak order, Ikan Siakap Stim, Sayur Kailan goreng ikan masin, kerabu sotong, sup ekor, daging masak paprik dan sambal belacan. Aduh, penuhnya perut saya, memang dah terlebih makan sebenarnya dan memang ada yang tak berusik. Sup ekor dan kerabu sotong tak berusik jadi saya minta dibungkuskan dan mak ndak order 5 air teh limau ais dan 2 nasi putih. Alhamdulillah dengan rezeki Allah. Memandu balik ke hotel, saya singgah di kawasan pekerja Indonesia itu beebuka puasa. 
Manis senyum mereka bila saya hulurkan bungkusan dan kata2nya indah mereka "TERIMA KASIH KAK, BERKONGSI REZEKI ALLAH".
Makanan yang sudah di meja
Benar, selama ini sukarnya saya nak berkongsi rezeki saya, semuanya bila saya mula mengenali sahabat maya saya Najmi dari blog "Hidup Ini Mesti Diteruskan" saat saya mula memahami kepentingan berkongsi dan kebaikannya. Perkongsian Najmi bukan hanya setakat rezeki tetapi Ilmu, Pengalaman, dan sebagainya. Najmi yang tidak pernah saya temui mampu membuka minda insan senasib yang lain untuk terus tabah menjalani hidup dengan berdampingkan Allah semata2.
Tugas saya ke Raub kali ini membawa misi menjenamakan produk makanan tradisional setempat ke persada yang lebih tinggi, yang belum ada Halal, saya cari jalan untuk mereka mendapatkan  Halal sebab saya sayangkan mereka dan produk mereka tapi mereka perlu berubah menjadi usahawan yang memahami erti Halal dan halalan tyoiyibba, berniaga dengan syariat Islam dan memberi yang terbaik untuk hasil jualan. Islam itu indah dan sangat berkesan dalam kehidupan, percayalah cakap saya.

Update dari saya untuk perkongsian bersama, Ini adalah senarai makanan atau masakan tradisional daerah Raub yang akan saya bawa ke persada makanan antarabangsa tidak lama lagi. Senarai yang saya telah setuju ialah:
1. Masak Tempoyak Keladi Kemahang
2. Sambal Hitam Belimbing Buluh
3. Peraga Goreng
4. Teh Pegaga
5. Kerepek Pisang Sira
6. Kuih bawang
7. Kueh Peneram.

Tuan2 dan puan2, doakan saya berjaya dalam membuatkan peningkatan pada usahawan, produk dan pemasarannya. Saya tahu bukan mudah tapi saya yakin kalau saya berusaha pasti Allah akan bantu saya. Seandainya tuan dan puan ada produk bagus, bua koperasi keluarga dan hubungi saya di email. Saya akan turut bantu anda semua kerana koperasi itu adalah satu perkongsian yang baik untuk masyarakat kita.

Terima kasih.

Berkongsi duka bersama....