Monday, September 16, 2013

Kenangan Terindah di Ulu Kedah

Di sini saya berkampung bertemu para cendikiawan yang ternama bukan hanya di dalam negara tapi turut terkemuka dalam bidang masing-masing diserata dunia tapi mereka meletakkan darjat di dunia mereka sama seperti saya tetapi saya yakin mereka ada darjat tersendiri di sana nanti. Walaupun Ilmu penuh di dada tapi mereka tetap berkata, Ilmu saya hanya sedikit sebagaimana kalau puan celup jari telunjuk puan kedalam laut, dan tarik semula ke atas dan air yang tinggal di jari puan adalah ilmu saya. Kalau mereka kata begitu bermakna ilmu saya hanya kosong....Adui...mereka adalah cendikiawan dan saya hanya pemakan cendawan sahaja...

Saya hormat mereka, saya tabik mereka dan saya tak malu mengaku saya bukanlan cendikiawan tetapi cara mereka berbincang dan melayan saya seakan2 tiada yang berbeza. Walaupun pangkat mereka Tan Sri, Dato, atau apapun mereka tidak hiraukan pangkat tetap bercakap saya dan awak, adakalanya aku dan engkau, I atau You, pengganti diri pertama tapi ada orang kadangkala beranggapan gelaran adalah satu Darjat sedangkan YM Raja Muda Pahang menggunakan perkataan saya bila bercakap dengan kita secara peribadi. 

Di sini saya berjumpa seorang pakar ekonomi negara, penulis yang saya sentiasa ikuti novelnya, Seri Dewi Malam, Sesat, Dendam dan sebagainya dan dari buku2 penulisannya saya mampu memahami Pro dan Kontra Politik sebenarnya. Anda semua kenal dengan dia...Inilah orangnya Dato Wira Afifudin Haji Omar, pemikir yang hebat, berketurunan dari Ilmuan Agama yang hebat, Mandailing, Kampar dan Bugis salasilah dan sejarahnya hanya dihujung jari.
Penerangan jelas dan mantap bila ditanya tentang mengukuhkan ekonomi Melayu dan kami berbincang secara terbuka dan telus dari pakar ini. Terima kasih Y. Bhg Dato Wira. Kueh mueh dan makananpun saya lupa nak makan sebab terlampau gembira kami dapat berjumpa.
Kata orang ikutlah resam padi, makin berisi makin tunduk ke bumi, jangan jadi seperti lalang, ringan berbuah tetapi tegak berdiri mengikut tiupan angin. Saya mahu jadi seperti padi, mengenyangkan perut sesama sendiri, membantu mencantikkan bumi dan sisa2 sekam saya walaupungatal tetapi kalau dikompos dengan baik bakal menjadi baja yang baik dan tidak menghasilkan jerebu. Ya Allah doakan saya bersikap seperti padi selama hayat dikandung badan. terima kasih

Sunday, September 1, 2013

Bila dah jadi yatim piatu....

Salam Ahad...para pembaca (maaf tau tak ramai yang baca).

Berkongsi pengalaman menjadi anak yatim piatu walaupun dah tua tapi masih terasa rindu pada arwah orang tua dan sedihnya terasa hingga kini. Hari ini kami sendiripun dah tua tetapi sebagai anak bongsu dan adek bongsu saya akan teruskan jalinan persaudaraan bersama abang2 dan kakak2 saya sehingga ke akhirat. Doa saya biarlah kami sekeluarga termasuk anak2 berkumpul dan berjumpa semula di SANA nanti.

Minggu lepas, kakak ipar saya yang anak 2 saya pangil Mak De telefon beritahu saya abang saya jatuh semasa berjalan ke kereta selepas keluar masjid sewaktu lepas sembahyang Jumaat. Ayah de dibawa dengan ambulans ke Hospital Sungai Buloh. Sampai rumah beritahu mak andak dan anak2, telefon adek beradek yang lain dan kami semua berdoa agar ayah de sihat dan selamat. Risaukan mak de yang akan penat menguruskan ayah de membuatkan saya berfikir tentang apa yang saya boleh bantu selepas ayah de sihat. Ayah de dan Mak de sangat rapat dengan anak2 saya dan salah satu sumbangan saya adalah sentiasa mencari masa untuk bersama mereka selagi mereka ada. InsyaAllah saya akan terus memberikan mereka satu ruang kehidupan yang terisi sebab dulu mereka sentiasa mengisi apa jua keperluan kehidupan saya termasuk pembelajaran.
Ayah de di hospital dengan Wardah yang busybody serta adek beradek lain yang menziarahi ayah de. Alhamdulillah ayah de dahpun sembuh dan akan menjalani theraphy kesihatan rutin nanti. Mulai minggu lepas hari Sabtu kami anak beranak lapangkan masa tidur di rumah mereka. Saya faham kenapa anak2 saya sukakan rumah ayah de dan mak de mereka.
Ayam Kampung
Kuching yang comel2
Musang yang garang
Monyet yang comel dan jinak
Masakan Mak De yang sedap
Rumah yang sejuk
pokok2 buah yg banyak
Along sedang membuli monyet.

Selagi ada hayat mereka, saya akan sentiasa melakukan sesuatu yang menyenangkan hati mereka kerana saya faham bukan duit ringgit yang mereka perlukan tetapi perhatian dan kasih sayang. Saya terapkan nilai tersebut juga untuk anak2 saya. Tuan puan, saya tidak perlu agihkan duit gaji saya untuk orang tua saya, tidak perlu belikan barang keperluan mereka mahupun pakaian dan emas permata tapi kadang2 saya lupa untuk sedekahkan Al-Fatihah kepada dua insan penting kepada saya iaitu Arwah Emak dan Ayah. Perkara yang paling mudah tetapi penting saya boleh lupa, semasa hayat mereka, sesaatpun tidak pernah lupa kepada saya. Orangtua saya tidak pernah ke Universiti, mereka tidak pernah merasa makan gaji tetapi mereka mampu sediakan saya segala asas kehidupan bermakna kejayaan kita mendapatkan ilmu tidak mampu menjamin kehidupan yang bermakna tanpa erti syukur, rendah diri dan usaha. Lapangkanlah masa kita untuk mereka walaupun sekali sebulan kerana ianya terlalu bermakna buat mereka. Luangkan masa dalam seminggu bertanyakan khabar mereka kerana apabila mereka tiada nanti anda akan rasa apa yang saya rasa. Sunyi dan kosongnya hidup apabila menjadi yatim piatu dan bayangkan perasaan anak2 yatim piatu yang masih kecil dan tidak mampu lagi untuk berdikari. Hulurkan tangan kita kepada mereka dan jangan biarkan mereka berjalan bersendirian kerana sikap ini adalah yang terbaik iaitu WE NEVER LET YOU WALK ALONE...

Maaf kalau anda tersinggung tapi saya jujur dengan apa yang saya rasa. Terima kasih.

Tuesday, August 20, 2013

Saya dan Demam Raya

Salam Syawal dan saya sedang demam raya. Sekadar menulis untuk berkongsi jadual harian saya di musim raya. Seminggu ini hidup saya penuh dengan temujanji dari bidang peruncitan, makanan, otomotif dan kecantikan.

Lunch semalam, saya meeting bersama dengan bahagian peruncitan Nestle dan  saya juga explore dengan MNC yang lain. Banyak orang banyak ragam, tetapi Allah permudahkan untuk saya dan kawan2. Lepas ini saya akan berjumpa Kampung Kravers dan seorang Chef ternama. Pertemuan saya dengan seorang bekas isteri raja ternama dunia penuh dengan pengalaman. Hidup kita manusia semuanya aturannya kalau mengikut kaedah Allah akan memberi kita kemudahan kehidupan. Saya kagum dengan teman-teman dari golongan PLU dan PLHIV yang tetap memberi sokongan dan doa untuk saya. Pergaulan saya dengan mereka adalah pengalaman terindah dalam hidup. Terima kasih ikhlas dari sudut hati saya untuk anda semua, anda dan saya adalah entiti yang sama, serupa dan tidak berbeza. Saya akan pelihara persaudaraan saya sampai ke hujung nyawa.

Ini gambar semasa saya bertemu seseorang (somebody) di Nestle, Menara Surian dan lepas tu lunch di The Curve, restoran Italy. banyak yang kami bincangkan dan harap semuanya berjalan lancar.
Pejabatnya gah segah namanya di seluruh dunia, saya ingat sejak kecil saya membesar dengan produk Nestle dan hari ini mereka tetap mantap di pasaran.
Mesra disapa mereka dengan ucapan "selamat datang puan, let's we live with Nestle." Saya akui Nestle adalah antara gergasi pengeluar makanan terbesar di dunia dan membuka jutaan peluang pekerjaan bagi penduduk dunia.
Terima kasih Mr. Roger, saya akan lakukan apa yang dibincangkan untuk kebaikan semua. Lepas meeting dan linch kat the curve saya ada temujanji dengan Group Syed Bistro Restaurants, Allah nak tergadai perut saya bila dipaksa makan menu2 baru mereka. Maaf saya tak mampu makan lagi, tapi terima kasih atas penerimaan anda. Moga Allah akan berikan kita yang terbaik dan saya ambik peluang memerhati dan mempelajari budaya India Muslim dalam bidang perniagaan restoran dan makanan. Nanti kita kongsikan bersama.