Thursday, July 28, 2011

Green Recreation at Lembah Temir, Raub Pahang

Dear readers,

Just to share one of our Hydro Project for Community in Lembah Temir, Raub, Pahang. Journey from KL will takes about 3 hours to this area. We had been there before & after the Hydro Project Completed and now owner of this place open this recreation for public. Green, healthy & breathtaking recreation area. Trust me, it is worth for you guys.
This is Bunga Durian
Hydro Project
Kolam Ikan Koi yang saiz ikan ada lebih dari 30 kg.

If interested you may contact Encik Zulfakar at 013-9832888

Anyway, we enjoyed the place with all local fruits provided there during the season. The foods also happening...Kami tinggal dalam chalet yang waterfall mengalir deras dibawahnya, ikan kelah melompat kesana sini. Ada my friend yang mandi with the ikan2 and feed them. I am scared too with the Giant Size Koi fish because of the size. Bigger than 7 years old children but the prize worth more than RM30K.

Friday, July 22, 2011

PROTON DAN KUALITI KERETA YANG TERUK!!!!

Salam.

Saya selalu terbaca di akhbar-akhbar tempatan keluh kesah pemilik kereta keluaran Proton. Saya membeli Gen2 dari Proton dan ternyata keluhan yang dengar ini saya alami sendiri. Masalah-masalah yang hadapi adalah seperti berikut:
1. Components yang tak sampai 9 bulan dipakai rosak dan perlu diganti.
2. System Wiring yang terlalu teruk.
3. Bermula dari satu part yang teruk ianya akan berlarutan.
4. Tinted yang kualitinya bawah dari 30%
5. SERIBU SATU MASALAH YANG MENGUATKAN HATI SAYA TIDAK AKAN MEMBELI PROTON LAGI.

Harga Proton saya hampir RM66K tapi dalam tempuh 3 tahun saya spent hampir 13K. Market Value jatuh menjunam...Tak berbaloi rasanya bayar bulan2. Rupa-rupanya ramai pembeli Proton mengalami masalah yang sama terutama untuk model2 baru. Ketika saya outstation ke JB Driving component/wiring problem seorang kakitangan EON Service di JB selamba beritahu saya "Puan, kereta Proton kalau model baru jangan beli, mesti ada masalah". Tapi hati saya sejuk dengan budibahasa dan kecekapan kerja mereka. Di kawasan tempat tinggal saya di Kota Kemuning, services EON boleh buat saya menangis. Sambil lewa, lambat dan tidak pernah sempurna. Pasang power window terbalik & sebagainya tetapi saya menunggu hampir 3 jam. Akhirnya saya terpaksa call mechanic saya.

Besar harapan saya mewakili pemunya-pemunya Proton yang lain agar PROTON DAPAT MENILAI SEMULA KEPUASAN PELANGGAN SEPERTI KAMI. Saya tidak akan membeli kereta Proton lagi walaupun untuk 4th Car. Jangan marah kalau rakyat Malaysia satu hari nanti boikot kereta Proton. Kami juga perlukan kualiti yang setanding dengan kereta-kereta jenama terkenal. Mungkin anda monopoli pasaran di Malaysia hari ini tetapi jangan terkejut satu hari nanti kereta anda tidak terjual. Pastikan kualiti setanding harga yang anda tawarkan. Tolonglah engineers Proton which kami tau Proton have a pool of talented engineers. Prove it!!!

TENSION!!!

Saya rasa down sangat...

Salam.

Ya Allah,

Berikanlah hati hambaMu yang hina ini ketenangan
Hilangkan kerisauan, gantikanlah dengan ketenangan
Hilangkan kemurungan, tukarkanlah dengan keriangan
Hilangkan keresahan, tukarlah dengan keimanan
Hilangkan kemalasan, tukarlah dengan ketekunan

Ya Allah,
Aku melutut kepadamu,
Hilangkan perasaan resah
Hilangkan debaran jantungku
Hilangkan rasa malasku.

Ya Allah,
Siramlah hatiku dengan rasa sejuk salji keimananMU,
Titiskan rahmatmu dalam jiwa gersang aku,
Limpahilah hidup kami sekeluarga dengan rahmatMU.

Ameen...
Tak tau kenapa....perasaan saya tidak menentu...

Friday, July 15, 2011

Norita Samsudin

Salam.

Baru-baru ini bersembang bersama kawan lama di University dulu, sembang2 tentang kes2 bunuh dimana pembunuhnya terlepas. Tiba-tiba kami bersembang tentang kes Norita Samsudin. Kes yang sangat top tidak lama dulu. Saya tertarik berkongsi tentang pelbagai andaian yang dibuat oleh masyarakat. Mungkin kita terlepas pandang kadang-kadang kes2 sebegini selalunya ada hearsay yang ditokok tambah hinggakan ada yang mengatakan arwah berhantu. Cuba kita bayangkan andainya arwah ini anak gadis, adik, kakak ataupun saudara rapat kita, apa perasaan kita?

Kalau saya pastinya rasa sedih, malu dan tertekan. Ibu mana maukan anak gadis melalui situasi sebegini? Nauzubillah, ibu-ibu seperti kita, lenguh kaki sujud pada Allah mohon dijauhkan segala bencana seperti ini. Doa saya pembunuhan tragis ini tidak berulang lagi. Harapan saya semua ahli keluarga arwah tenang dan tabah di Perlis kerana hidup mesti diteruskan. Yang penting sekali bagi saya "PEMBUNUH ARWAH NORITA SAMSUDIN MASIH BEBAS".

Walau siapapun mereka, balasan tetap ada. ALLAH Maha Adil...Setiap yang terjadi ada hikmah dariNYA, doa saya Roh Arwah Norita sentiasa dicucuri rahmat ALLAH & ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Cerita lanjut ada di blog SyahrilKadir seorang wartawan yang begitu bijak mengolah kata dan halus berbicara.


ALFATIHAH

Kondominium tempat Arwah Norita di bunuh

Thursday, July 14, 2011

Arwah Dato Sudirman Haji Arshad

Ayah dan Ibu insan keutamaanku,
bermula dari Anak Gembala naik Basikal Tua,
Aku Penganggur harus Balik Kampung Hidup Sederhana
Orang Muda Patah Hati meniti Pelangi Petang
Pesan Abang Untukmu Warisan Teriring Doa Malam Ini Ketenangan Jiwa
Hanya Bagai Mimpi Hilang Berganti kerana Hari Ini Dalam Kenangan
Hanya Lagu Hanya Nyanyian Biarlah Ku Sengsara Sendiri
Di Dalam Sepi Itu Cinta Dia Tiada Lagi Dimanakah Nilai Cintamu
Bimbang Terluka Lagi KeDunia Baru Kehadiranku
Kasih Kau Akan Kembali
Jauh Disudut Hati Hujan Semalam Hujan hanya Joget Kenangan Manis
Gerimis Di Lautan Dia Tiada Lagi hanya Dari Jauh Kupohon Maaf
namun Tiada Dendam Dihati walau Senja Berulang Senja
Tak Perlu Diucapkan Nama Seindah Wajah tetapi Milik Siapakah Gadis Ini
Merisik Khabar dari Sepetang Di Pinggir Bukit aku Tegakkan Bendera Kita
Terasing jauh Bercanda Di Pinggir Pantai aku Terasing...
hanya Salam Terakhir...


Al-Fatihah

Memaparkan kecintaan Arwah pada seorang wanita bernama Kamariah @ Kay...Album yang meletakkan wajah bekas isteri kesayangan...
Wanita jelita bistari kepada singing lawyer...

Mungkin inikah wajah terbaru Kay...Kalau benar tetap cantik dan anggun...
Years before...Kay sangat jelita, sentiasa berkebaya,bersanggul kemas dengan kepribadian yang unggul. Tak salah kalau Arwah menyayanginya sehingga akhir hayat...sebak dada.




Penghibur rakyat kelas dunia!!!

Day & Night saya di Alor Setar


Siang di Alor Star suhunya sangat tinggi. Penatnya perjalanan datang ke sini dengan rakan sekerja. Nasib baik kereta ada air-cond kalau tak pasti saya naik flight. Pekerjaan & kerjaya saya menemukan saya dengan pelbagai orang dengan seribu kerenah & ragam tetapi saya amat mensyukurinya. Sama seperti perjalanan di alam maya saya yang sentiasa berwarna-warni. Indah sekali!!! Terima kasih banyak2 pada bloggers yang saya singgah ke rumah mereka.


Bila malam, hati tertinggal di rumah, teringatkan mid-year Along yang merosot, Ya Allah aku sebagai ibu yang tidak sempurna, bukakanlah pintu hati anak lelaki kesayanganku ini, menerima ilmu dunia & akhiratmu dengan baik, jadikan Muhammad Iqbal insan yang terpilih, Ameen.

Adek ada improvement tetapi cikgu kata adek kat sekolah very obedient & baik tapi kalau kat rumah becok macam nyonya jual sayur. Pagi lepas subuh, inilah wajah Alor Setar.

Friday, July 8, 2011

Holiday Villa - Night & Day


Holiday Villa Alor Star, yang selalu saya datang bila saya ke Kedah. Sama keadaannya dari dulu hingga kini.