Thursday, July 14, 2011

Day & Night saya di Alor Setar


Siang di Alor Star suhunya sangat tinggi. Penatnya perjalanan datang ke sini dengan rakan sekerja. Nasib baik kereta ada air-cond kalau tak pasti saya naik flight. Pekerjaan & kerjaya saya menemukan saya dengan pelbagai orang dengan seribu kerenah & ragam tetapi saya amat mensyukurinya. Sama seperti perjalanan di alam maya saya yang sentiasa berwarna-warni. Indah sekali!!! Terima kasih banyak2 pada bloggers yang saya singgah ke rumah mereka.


Bila malam, hati tertinggal di rumah, teringatkan mid-year Along yang merosot, Ya Allah aku sebagai ibu yang tidak sempurna, bukakanlah pintu hati anak lelaki kesayanganku ini, menerima ilmu dunia & akhiratmu dengan baik, jadikan Muhammad Iqbal insan yang terpilih, Ameen.

Adek ada improvement tetapi cikgu kata adek kat sekolah very obedient & baik tapi kalau kat rumah becok macam nyonya jual sayur. Pagi lepas subuh, inilah wajah Alor Setar.

1 comment: