Friday, July 15, 2011

Norita Samsudin

Salam.

Baru-baru ini bersembang bersama kawan lama di University dulu, sembang2 tentang kes2 bunuh dimana pembunuhnya terlepas. Tiba-tiba kami bersembang tentang kes Norita Samsudin. Kes yang sangat top tidak lama dulu. Saya tertarik berkongsi tentang pelbagai andaian yang dibuat oleh masyarakat. Mungkin kita terlepas pandang kadang-kadang kes2 sebegini selalunya ada hearsay yang ditokok tambah hinggakan ada yang mengatakan arwah berhantu. Cuba kita bayangkan andainya arwah ini anak gadis, adik, kakak ataupun saudara rapat kita, apa perasaan kita?

Kalau saya pastinya rasa sedih, malu dan tertekan. Ibu mana maukan anak gadis melalui situasi sebegini? Nauzubillah, ibu-ibu seperti kita, lenguh kaki sujud pada Allah mohon dijauhkan segala bencana seperti ini. Doa saya pembunuhan tragis ini tidak berulang lagi. Harapan saya semua ahli keluarga arwah tenang dan tabah di Perlis kerana hidup mesti diteruskan. Yang penting sekali bagi saya "PEMBUNUH ARWAH NORITA SAMSUDIN MASIH BEBAS".

Walau siapapun mereka, balasan tetap ada. ALLAH Maha Adil...Setiap yang terjadi ada hikmah dariNYA, doa saya Roh Arwah Norita sentiasa dicucuri rahmat ALLAH & ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Cerita lanjut ada di blog SyahrilKadir seorang wartawan yang begitu bijak mengolah kata dan halus berbicara.


ALFATIHAH

Kondominium tempat Arwah Norita di bunuh

15 comments:

  1. Masa kes ni berlaku dulu, tak tau kenapa rasa sangat tersentuh & asyik terfikir pasal arwah. I still remember it, rasanya takkan boleh lupa sampai bila2 this particular case.

    Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  2. saya pn pagi ni tetiba boleh jengah kes ini semula.moga kita ambil iktbar dlm membsrkan ank2 kita.

    ReplyDelete
  3. dgt citer yg lelaki kena tuduh dan isterinya yg masa tu peknen..diorang dah cerai .sian isterinya kan?sy terfikir sendiri betapa sakitya hati isteri itu

    ReplyDelete
  4. Arwah Norita adalah kawan saya masa di sekolah dulu..seorang yg ceria dan bersikap perangai ala-ala tomboy sikit..tak sangka dia meninggal dengan cara yg begini..semoga dia mendapat keampunan dan rahmat Allah..Al-Fatihah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm Lina for sharing...sedekahkan Al-fatihah untuk arwah.

      Delete
  5. Entah mengapa tiba-tiba saya teringatkan kes pembunuhan beliau,saya terus mencari di ruangan sesawang dan ternyata cerita mengenainya masih boleh diikuti,satu lagi ialah kes pembunuhan Noor Suzaily,kebetulan keduanya berasal dari Perlis,apapun mereka sudah tiada di dunia ini,mudah-mudah Allah mengampunkan dosa insan yang teraniaya seperti mereka....al-fatihah...

    ReplyDelete
  6. Thanks kak krn share tulisan saya - syahri kadir

    ReplyDelete
  7. Semoga roh arwah dicucuri rahmat...keep on bloging yea - S.A.K

    ReplyDelete
  8. Kejadian Helikopter meletop dan terhempas dihutan Semenyih dengan 6 orang terkorban termasok seorang MP ternama mengingatkan kembali kepada peristiwa pembunuhan Allahyarham Noritta....alfatihah semoga Allahyarham tenang disana....

    ReplyDelete
  9. Kejadian Helikopter meletop dan terhempas dihutan Semenyih dengan 6 orang terkorban termasok seorang MP ternama mengingatkan kembali kepada peristiwa pembunuhan Allahyarham Noritta....alfatihah semoga Allahyarham tenang disana....

    ReplyDelete
  10. Apa citer tbaru pasal hanif basree tu ye

    ReplyDelete
  11. Apa citer tbaru pasal hanif basree tu ye

    ReplyDelete
  12. hanif tu kambing itam aje.. takpe la helicopter pon dah terhempas

    ReplyDelete