Thursday, January 26, 2012

Makanan yang baru saya cuba

Salam.


Saya selalu merantau dan ini membuatkan saya banyak mencuba makanan yang agak asing bagi saya. Sekadar berkongsi dengan anda:-


1. Sambal terung asam
Sedap dibuat sambal. Pokokberduri, buah ada duri-duri halus gatal dan pokok renek. Rasanya sangat sedap bila 
dibuat sambal.









2. Masak lemak cili padi puyu dengan terung telunjuk

Sangat sedap...










3. Masak lemak tebu telur
Ini pokoknya, sama seperti tebu biasa tetapi dalam pelepah ada isinya seperti bentuk telur ikan. Cantik dan sangat enak dimakan samada masak lemak, air dan kicap. 
Yang bulat-bulat tu adalah tebu telur.











4. Sambal Belimbing (Hitam)

Belimbing buluh yang direbus kering dicampur dengan ikan bilis. Sedapnya ...


















5. Kima masak maggi asam laksa


Dimasak bersama maggi asam laksa, kima adalah dari keluarga kerang tetapi bersaiz dari 500 g sehingga 6 kg. Saya pernah cuba di Pulau Mantanani & Pulau Malinagan Besar Sabah.
















6. Jering Rebus
Saya kurang menggemarinya tapi boleh makan.






















7. Udang rebus durian asam gelugur


Sedap rasanya tapi manis sikit...




















8. Terung Belacan Bakar


Sedap dan sihat. Ianya saya makan di Semporna. Bijak menyediakan makanan walaupun tuan rumah bukan orang berada-ada.


















9. Pais ikan belanak
Disalah satu kawasan pendalaman Sarawak, saya temui makanan ini. Bangga saya dalam kemiskinan masyarakat disini mampu menghidangkan makanan seenak ini. Ikan belanak kecil2 di siang dan dibersihkan, diperap dengan kunyit hidup, lada tumbuk, garam dan asam jawa. Dibungkus dengan daun pisang, dibiarkan diatas para dapur. Bila kehabisan lauk-auk, ianya dibakar untuk santapan keluarga. Enaknya  tiada ternilai dengan kata2, sayurnya terung belacan bakar dan berkuahkan kicap asam berlada.


10. Ayam Hutan Panggang Berisikan Pucuk Midin.




Maaf kebanyakan gambar2 dari internet tapi bentuk ayam panggang itu kecil saiznya, perutnya diisi dengan pucuk paku muda seperti gambar apabila sudah masak dan masih panas. Uniknya hidangan mereka tapi kenangan dan keenakan terasa sehingga kini dan selamanya.












Saya selalu bersyukur kerana sentiasa dikelilingi oleh insan2 yang positif seperti anda semua. Membaca blog2 anda membuat diri saya turut positif. salam persaudaraan untuk anda yang membaca. 

5 comments:

  1. Berkenan sungguh tengok ayam panggang berisi pucuk midin tu..Teringin nak rasa! :)

    ReplyDelete
  2. Salam Mak WARDAH. Saya masuk membalas kunjungan. Ruang follower nya jauh benor kat bawah.

    Dalam banyak-banyak menu tu, banyak yg saya tak pernah tengok dan tahu. tapi saya pernah jumpa Jering Rebus tu di Kelantan. Cuma tak sempat nak rasa.

    ReplyDelete
  3. Follower tu sorry, now stil crawling with blogging. Busy with work so slowly I'll learn. Terima kasih sudi singgah rumah

    ReplyDelete
  4. kecur liur tngok mskn kg tu smua, kak.
    rasanya blum pnh mkn kbyknnnya kcuali jering rbus n trung bkar ;D

    ReplyDelete
  5. Tqvm So Shy Lady...nanti boleh cuba

    ReplyDelete