Wednesday, February 1, 2012

Dia Jantung Saya


Kala saya terjatuh, pantas dia membangunkan saya
Saat saya tersadung, pantas dia menggapai tangan saya
Masa saya berduka, pantas dia mengesat airmata saya
Bila saya gagal, pantas dia gosok belakang saya
Adakalanya saya terlupa, pantas dia ingatkan saya
Kadang-kadang saya lalai, pantas dia betulkan saya
Hari saya betul-betul penat, pantas dia bantu saya


Ya ALLAH
Jantung ini anugerahMU yang paling sempurna
Jantung ini hadiahMU yang tiada gantinya
Jantung ini amanahMU yang tiada taranya
Jantung ini hartaMU yang tiada setara nilainya


Ya ALLAH
Peliharalah iman jantungku ini
Berkatilah diri jantungku ini
Limpahkanlah rahmatMU pada jantungku ini
Ampunkanlah dosa jantungku ini
Panjangkanlah usia jantungku ini
Kerana


Amat aku syukuri zuriat yang amat berbakti ini
Amat aku hargai anak lelaki yang baik hati ini
Amat aku redhai setiap usaha dan tawakkal anak lelakiku ini
Amat aku sayangi anak lelaki yang mendengar kata ini
Amat aku kasihi anak lelakiku yang luhur budinya


Ya ALLAH.
Syukur Alhamdulillah atas kurniaanMU
Syukur kerana dikurniakanMU Jantung ku ini.





2 comments: