Thursday, February 23, 2012

Accident & Kenangan 2 Dec 2010

Alhamdulillah, saya selamat tetapi kereta kawan saya total lost. Bukan salah kami kerana kereta dari arah bertentangan memotong dan merempuh kami pada kelajuan tinggi 110 km. Kawan saya dah boleh berjalan walaupun dengkut2 tapi saya amat bersyukur dia masih boleh bekerja. Kepada semua berhati-hati semasa memandu kerana sikap terlampau mengejar masa, sikap ingin berlumba padahnya bukan hanya kepada anda tetapi orang seperti kami yang tidak berdosa. Saya lihat sendiri bagaimana penderitaan sahabat saya untuk sembuh. Alhamdulillah kami sepejabat memahami dan membantu beliau apa yang mampu.


Pemandu yang melanggar kami mengalami cacat kekal dan kawan saya yang sama-sama bertugas ke Paka Trengganu masa  itu turut mengalami cacat kekal kerana lutut kiri pecah, dua belah kaki tulang patah di 5 tempat. Dalam gurauan beliau berkata dia adalah ironman sebab urat kaki, tangan  adalah dawai, tulang pula dari besi tetapi sakitnya ALLAH yang tahu.


Memang suratan takdir tetapi seandainya Pemandu itu berhati-hati ini mungkin tidak terjadi. Mujur umur kami panjang, mujur Allah sudi panjangkan ruang untuk kami di dunia  ini tetapi kaki kawan saya tidak boleh diganti. Sikap bodoh sombong pemandu lalai tersebut menyebabkan kawan saya mengensot ke sana sini selama  setahun. Kerja banyak tergendala dan saya kehilangan kawan & pegawai yang dedikasi & amanah. Beliau juga tunggak keluarga, ada ibu dan adik beradik nak ditanggung, ada isteri dan anak2 perlu dilindungi dan pemandu yang tidak berhemah itu menyebabkan kawan saya menyambut kelahiran bayi keduanya dalam keadaan kesihatan yang begitu daif. Hanya mampu mengensot menguruskan bayi lelakinya tetapi ketabahannya membuat kami sepejabat tabik hormat. Will power yang tinggi membolehkan dia berjalan semula dalam masa 2 tahun walaupun doktor pakar sahkan dia akan cacat seumur hidup. 


Kalau pemandu itu atau keluarganya terbaca, saya faham anda baru dapat lesen, umur muda tapi memotong di kawasan double line di jalan kampung yang sesak mengundang malapetaka bukan hanya anda tetapi untuk semua pengguna jalanraya. Hanya kita yang mampu mengubah senario ini. 

7 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah... sorry mak wardah... tadi ada double posting... bila dah padam semua padam... Kak So minta maaf...

      Delete
    2. Takde masalah muslimah rempit just akak share experience

      Delete
    3. Allahu akbar..110km di jalan kampung?! Ingatkan di highway masa mula2 baca tu! Ya Allah, semoga dia dah sedar & insaf akan kesilapannya & tak mengulanginya lagi..Saya rasa dia pun dah sedar sebab dia pun mengalami kecacatan kekal kan..

      Delete
  2. Allah... nasib baik semuanya selamat

    ReplyDelete
  3. moga pemandu yg tak berhemah tu mendapat iktibar atas kesilapan dirinya sendiri...
    umur masih muda tapi sudah menempah tiket menjadi "tidak sempurna" fizikal...
    ikut hati binasa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah Nini, masa kami visit dia kat Kemaman pinggang ke bawah lumpuh...Memang kesian tapi sikap dia tu buat akak kesal. Sebelum rempuh kereta kami, dah byk kereta lain bg lampu & horn tapi dia tak reti bahasa. Kesian kawan akak...apa2pun Alhamdulillah.

      Delete