Tuesday, February 21, 2012

Sahabat Yang Dipinjam

Semalam, sahabat masih ada bekerja, pagi telefon saya untuk sarapan bersama. Tiada perubahan, segalanya sama seperti biasa. Sahabat saya kenali ketika menginjak usia 13 tahun, sekolah asrama penuh bersama, universiti sama dan akhirnya bekerja tempat yang sama. Adakalanya saya mengusik saya jemu dari kecil sampai tua jumpa muka yang sama.

Subuh hari ini handphone ada bunyi message & terpapar message dari anak sulung beliau:
AUNTIE, MAMA SAYA SUDAH MENINGGAL DUNIA JAM 5:15 PAGI TADI DALAM TIDUR. AFIF

Ya Allah, sampai saat ini sahaja kami bersahabat di dunia pinjamanMU. Ya Allah, rahmatilah roh sahabatku
ini, tempatkan bersama mereka yang soleh & solehah. Untuk anak-anak dan keluarga yang ditinggalkan, semuga tabah menghadapi perpisahan kekal ini. Buat saya yang tinggal, muhasabahlah diri.

6 comments:

  1. alfatihah..dr Nya kita datang kepadaNya kita kembali.
    amalan belum mencukupi..bagaimana?

    ReplyDelete
  2. Innalillah....
    takziah buat keluarga arwah..

    ReplyDelete
  3. Irfa & Nini D..
    Akak rasa kehilangan yg teramat, pagi ni ziarah rumah arwah sebak dada tengok anak-anak 5 orang umur 17 - 6 tahun yang kehilangan mamanya. Kehilangan besar pada kami sebab Arwah ni one of the researcher yang committed, lembut & cantik. Anak2 arwah dijaga oleh kak kandung arwah sebab dia single mother. Arwah suami meninggal Dec 2009.

    ReplyDelete
  4. takziah untuk keluarganya. yg hidup akan mati. begitu jugak kita.

    ReplyDelete
  5. Ya Allah...
    sedihnya dengar cerita mengenai keluarga arwah..
    moga anak-anak arwah tabah dengan dugaan ni

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah, mereka akan tabah. doakan ...

    ReplyDelete