Friday, August 10, 2012

Bila depan mata tak lalu, bila tak ada rindu

Salam. Gambar di atas adalah sayur kang kung saya yang ditanam sendiri di depan rumah, siap pakai baja organik lagi. Kang kung saya subur dan sihat. Saya sendiri tak faham kenapa bila petik dan masak kang kung saya sendiri rasanya tak sama kang kung yang saya beli dari pasar. Andaian saya, kang kung yang berkimia lebih sedap atau saya yang tak pandai masak. Pelik betul lidah saya...Pendapat Along pulak, sebab saya yang tanam sendiri mungkin saya tak lalu sebab saya sayang...nampak cantik hijau di laman rumah (pandangan saya sahaja).

Daun kesumpun sama, selalu terbiar tanpa diusik, tapi lepas raya saya nak mulakan diet ulam-ulaman dan nasib si kesum hayatnya berakhir dalam usus2 saya dan Wardah. Nasib si Kesum juga, akhirnya lunyai di mulut kami. Dinas jangan pakat gelak, saya cameraman tak pro lagi, ambik gambar kesum, termasuk kaki sendiri...

Tumbuh subur menghijau dan jarang dipetik, itulah kita manusia tidak pernah bersyukur dengan apa yang kita ada. Sayalah tu...adakala lupa bersyukur dengan apa yang saya ada, baca blog sahabat saya Najmi saya sedar saya jauh ketinggalan dari segi mencari amal ibadat pada 10 malam terakhir ini. Ya Allah, semalam saya sudah rugi semalam tapi hari ini dan seterusnya saya akan berlumba dengan Najmi mengejarnya. Kawan2 hari ini tinggal 9 malam terakhir Ramadhan, jom kita manfaatkan bersama. Semoga kehidupan kita sentiasa di permudahkanNYA.

14 comments:

  1. Masak asam pedas tanpa daun kesum adalah ibarat buat sambal belacan tanpa belacan! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik, masalahnya saya ni akan beli jugak daun kesum kat luar...Asam pedas tu favourite anak saya.

      Delete
  2. Salam...
    Mungkin dah terbiasa membeli, sebab tu lupa nk menggunakan tanaman sendiri.
    :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eey, akak ni agaknya termasuk dalam golongan susah nak bersyukur agaknya...Lepas ni akak nak cuba berubah...InsyaAllah

      Delete
  3. bestnye ade sayur kangkung sendiri.ika suka makan sayur kangkung masak belacan. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Ika, akak suka betul gambar tu...cute. Ika macam anak akak, wardah suka kangkung masak belacan, nanti boleh ambil kangkung kat umah akak ye, take care

      Delete
  4. Saya dulu rajin buat perahan air pegaga diminum gitu sahaja, rasanya pun sedap warnanya hijau pekat, macam boleh dibuat dye baju pulak. Tetapi daun pegaga sukan nak dapat jarang orang jual, bekalannya terhad, Kalau blend, hancurkan dengan akar2nya sekali satu lagi buah peria walau pun pahit tapi khasiatnya bagus, blend dan tapis simpan dlm peti sejuk boleh tahan dua tiga hari :)

    Saya tak pandai nak berkebun pun :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naj mi, sya bukanlah terror sgt tapi suka2 isi masa lapang. Dulu sy tanam pegaga kg tapi Along suka cabut jadi pupus. nanti nak tanam semula. Kalau suruh minum jus tu, saya susah sikitlah Najmi kecuali terpaksa sangat.

      Delete
  5. suburnya daun kesum akak..jeles!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Nini, subur macam wardah baby dulu...hehehe

      Delete
  6. daun kesum ni kalau jarang petik cepat mati
    kena selalu petik baru pokok makin subur ;)
    saya baru nak tanam balik pokok kesum ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Irfa, memang betul, kalau tak petik dia akan layu, kena selalu petik.

      Delete
  7. subur tanam kat pasu ..
    kg kampung mertua......ada gakpokok tu.....
    orang umah suka sangat buat laksa..

    From TiranaAduka.....: Bila diri Tirana Dicintai....tanpa ku sedari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Tirana, laksa Penang memang gunakan daun kesum tu...

      Delete