Tuesday, August 28, 2012

Wahai Ibubapa, Dugaan Bagi Kita Semua

Salam & Selamat Sejahtera.

Saya tidak berniat menakutkan anda semua tetapi saya rasa bertanggung jawab dalam menyebarkan maklumat ini yang saya perolehi dari sahabat saya dari blog Aku Hiv Positif  


Slm encik. Sy seorg lelaki berusia 31 thn. 2 hr lps sy telah di sah kan mengidap hiv. Sy bingung skrg apa yg patut sy lakukan. Sy hrp dpt sokongan drpd encik serta bantuan. Skrg sy msh lg berada di slh sbuah hospital di kl menerima rawatan Sbb demam yg x baik2 lg.
Jawapan:
Salam,
Alhamdulillah awak dah jumpe saya kan... Saya dah pun add awak pada group FB. teruskan berjuang
salam, saya seorg lelaki berumur 16 tahun. saya sudah empat kali melakukan hubungan seks dengan empat pelacur yg berlainan atas pengaruh rakan. tiga hubungan yg pertama itu saya menggunakan kondom. namun, kali terakhir itu, saya tidak menggunakan kondom. saya tidak mengambil dadah atau apa apa pil. tapi adakah saya bakal dijangkiti hiv kerana tidak guna kondom kali terakhir saya bersama pelacur? saya sgt takut dan rasa menyesal sekali tentang masa depan saya. tolong berikan keterangan serta nasihat pada saya.
Jawapan:
salam,

peratusan utk dijangkiti tetap ada "JIKA" pekerja seks itu adalah Orang Dengan HIV.

ok adik, Memandangkan adik masih lagi bawah 18 tahun nnt LR bawa pergi buat ujian antibodi HIV di Hospital Besar Kuala Lumpur. Segala urusan adalah rahsia. Buat masa sekarang kawal emosi dahulu.
Dua isu keutamaan saya:-
1. Penanya pertama insan yang sudah dewasa tetapi penanya kedua pula muda setahun dari anak sulong saya. Hati saya sebagai ibu terasa sangat sayu. Ya Allah, begitu mudah anak remaja ini terpengaruh ke arah aktiviti berisiko ini. Apa boleh kita ibubapa buat bagi menghalang anak2 kita terjebak? Ya Allah jauhilah anak2 kita dari terpengaruh ke arah ini, doa saya anak2 saya sentiasa teguh imannya dan menjauhi perkara2 mungkar ini. Takutnya saya...
2. Pembantu yang bagaikan tiada rasa letih dan lelah, ikhlas membantu demi rasa kemanusiaan. Dari blog AHP ini, ada survivors yang akan sentiasa kehadapan membantu samada secara hadir kehadapan ataupun hanya dibelakang tabir. Ada insan ini, Alhamdulillah insan yang bernama Luka Rafiega itu bijak bertindak walaupun tidak diberi sebarang upah dalam bentuk kebendaan. Ya Allah, panjangkan umur LR ini, sihatkan tubuh badannya agar dia terus boleh berbakti dan juga survivors yang lain2. 
Ianya bukan mudah untuk dilakukan oleh saya dalam memberi bantuan kepada orang lain...Double Thumbs Up to all the Survivors/Warriors.
Ini pula maklumat yang saya baca dari  http://hivadadidalamdarahaku.blogspot.com seorang insan yang bernama Najmi. Saya copy & paste dari blog beliau...

Monday, 27 August 2012


ENTRY 3 - ALFATIHAH BUAT ADIK MS

Petang ini saya menerima email panjang lebar dari Puan S, bercerita tentang
adik MS, untuk pengetahuan semua adik MS sudah pun meninggalkan 
kita pada pagi Syawal ke tiga yang lalu disaksi oleh petugas hospital
Ya Allah saya masih tergamam mendengar berita ini dan menulis dalam 
keadaan sedikit mengeletar, kerana ramai yang mengharapkan saya agar
"up date" kisah tentang adik MS ini maka saya terpaksa mengkhabarkan 
berita ini buat semua.
photo hiasan dari http://grp33.blogspot.com/

Ya, Adik Ms telah kembali kepada Penciptanya dan sudah pun selamat dikebumikan diselatan tanah air. 

Puan S ada beritahu bahawa kedua ibubapa Adik MS ada melahirkan kekesalan kepada DR N kerana 
arwah HIV dan orang memandang serong, malam tadi ibu arwah juga ada menalipon Puan S 
berceritakan hal yang sama. 

"Saya terangkan dengan baik kerana saya juga seorang ibu, Naj amat memahami naluri 

seorang ibu tetapi saya katakan juga kekesalan hati saya kenapa arwah terbiar. Apapun
segala kesalan tidak membawa apa-apa perubahan sekarang. Kita sama-sama doakan 

kesejahteraan arwah disana. Saya yakin arwah aman damai di sana, InsyaALLAH. Dalam 
hal ini saya yang bersalah kerana lambat bertindak, kalau najmi tak tegur tak tahu apa jadi 
pada Adik MS, mungkin meninggal dunia keseorangan dalam keadaan sengsara. 
Thanks Naj, harap saya masa depan saya lebih peka dan bijak bertindak. Tegur saya 
kalau saya lembab lagi selepas ini." 

Buat Puan S anda dan rakan DR N anda berdua telah membantu sebaik mungkin, Allah 

yang telah memberi idea pada saya untuk mengerakkan hati Puan S agar cepat bertindak, 
kerana saya sememangnya tidak mampu berbuat apa-apa kerana masaalah lokasi. 

"Arwah anak yang langsung tidak disayangi hanya kerana dia lembut, 

dinilai oleh mata-mata "lalat" arwah hanyalah dipandang sebagai sampah. 
Mari kita nilai dia dengan mata lebah. Arwah dilahirkan pada tahun 1996, 
bapanya pemandu lori dan ibunya bekerja kilang. Berhijrah ke ******** apabila
bapanya ditukarkan ke ******** pada tahun 1998, adek beradek dua orang seibu 
sebapa dan 4 orang dari perkahwinan ibubapa terdahulu. Arwah mempunyai
bakat melukis yang sangat baik, memasak dan membuat kraftangan. Sikap pilih 

kasih ibubapa kepada anak lelaki lembut menyebabkan bakat dan kebaikan arwah
 tidak pernah nampak baik pada mereka"

Puan S, saya sedih melihat keadaan ruang tidur bilik arwah terletak dibahagian belakang 

rumah dapur, panas dan berbahang tanpa peredaran udara yang baik. Alhamdulillah terimakasih 
atas usaha Puan S dan Dr N yang telah membuat surat bagi menolak proses post mortem. 

"Bayangkan Naj, dalam kesakitan yang teramat, arwah hanya mampu terbaring 

dan segala makan minum diurus sendiri." 
 
"Dan arwah ada meninggalkan satu nukilan khasnya buat Najmi dari Arwah dan 

lukisan wajah Najmi yang sangat handsome mengikut imiginasinya sahaja.. 
Adik MS bagi kami beliau sangat berbakat dan bijak."

Antara nukilan arwah (yang sudah saya edit);
 

AKU JUMPA BLOG DIA...KATANYE NAMANYA NAJMI...TERIMAKASIH NAJMI, 

AKU G CC, ADA BACA HARI2...DIAPUN CAM AKU...TAPI DIA GAGAH...AKU BOYAK..
.AKU SUKA BACA BLOG TU...DIA GAY AKUPUN GAY TAPI AKU GAY BODOH...
AGAKNYA DIA DAH TUA...JAUH TUA DARI AKU, BAYA2 ABAH AKU, AKU NAK TANYA DIA, 
TAK BERANI, AKU NAK MAK MACAM ORANG LAIN, AKU TAK NAK MAMA AKU, MAMA AKU
PANGGIL AKU BAPOK!!!AKU TAHU DIA DUDUK DEKAT NGAN AKU, TAKUT NAK CONTACT, 
AKU TAKUT BACA BLOG NAJMI...TAKUT...MAKIN TAKUT...SANGAT TAKUT...HIV MEMANG AKU.

AKU INGAT NAK TANYA TAPI TAKUT...NAK EMAIL KAT NAJMI DIA LAYAN KE LEMBEK 

CAM AKU...TAPI AKU RASA NAJMI DGN ************* TU OK KOT...AKU TAKUT. KALAU 
CONTACT NAJMI DIA LAYAN KE AKU...ENTAH LAYAN ENTAH TAK...ENTAHLAH BAPOK 
BODOH...KAU MATI LER, ABAH MAMA KAU BUAT KENDURI KESYUKURAN...BATUK AKU
KERING...PEDIH DADA AKU. AKU NAK CARI *********ANAK ********* TU KAT ************ TAPI 
NAK KE ********** TU KAWAN AKU...KAU KAN BAPOK...BERANI KAU SURUH ********* 
BAWAK MAK DIA JUMPA KAU BAPOK..BIOL KAU... 

KAU INGAT NAK NAJMI TU LAYAN BAPOK TOLOL CAM KAU??? SIOT NYER BAPOK...

TAKUT MATI...TAKUT MALU RASA MACAM BABI...MAKIN AKU TENGOK BLOG NAJMI MAKIN 
AKU RASA AKU HIV...AKU TAKUT!!! BODOHNYA KAU HIV, BABINYA KAU HIV, BANGANGNYA 
KAU HIV....NAJMI TU DAH DEWASA, AKU NIBUDAK BODOH LAGI, AKU HIV, ABAH MAMA 
BUNUH AKU, BAKAR AKU, BUANG ABU MAYAT AKU KAT KANDANG BABI...AKU SAKIT... 

"Naj, sorry sangat-sangat tak bagitahu awal-awal sebab saya tak nak ganggu mood 

raya Najmi. Maafkan saya. Semuanya P&C tapi kalau Najmi dah tulis kat blog tulis yang 
perlu saje sebab jujur saya tak mahu mengaibkan arwah....maaf saya lebih penting 
privasikan arwah dan keluarga kerana itu amanah kami. Take care"

Puan S terima kasih kerana bercerita kepada saya, tetapi saya minta maaf pada pembaca 
diluar sana kerana banyak maklumat terpaksa saya rahsiakan.

Semoga arwah bersama dengan orang yang beriman disana 
dan mohon jasa baik semua pembaca semoga dapat sedekahkan 
Al Fatihah kepada arwah adik MS. 

AlFatihah 

Dua artikal tentang adik MS telah saya delete kan, insyaallah saya akan paparkan kembali sedikit masa nanti 

Arwah adalah seorang remaja yang berusia 16 tahun juga, 
kembali kepada Penciptanya untuk selama2 nya...Sebagai 
Ibu bagai tersiat hati saya seandai saya berada di dalam 
kasut ibu arwah....Sedih saya  membaca kisah yang 
ditulis oleh Najmi ini...Mari kita sama2 fikirkan 
cara-cara mengurangkan masalah ini dan mencari 
satu kaedah mengatasinya...

Terima kasih kerana sudi membaca.

Untuk AHP & the gang, Najmi dan semua yang terlibat, 
Semoga setiap tulisan anda semua, tindakan 
anda semua, pergerakan anda semua sentiasa 
diberkati Allah, InsyaALLAH.



22 comments:

  1. innalillah..semoga arwah tenang di sana..

    risau dengan anak2 zaman sekarang ni.. semalam terbaca berita budak umur 7-8 tahun rogol kawan perempuan lebih kurang sebaya bergilir2 lepas tgk porn..mcm mana la cd tu boleh ada kat rumah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Rai, InsyaAllah anak2 kita semua akan dijauhiNYA dari perkara2 ini.

      Delete
  2. Salam kenal mak wardah, selamat hari raya. Terima kasih kongsi info. Byk dugaan nak didik anak zaman sekarang ni.ngeri sungguh baca pengakuan remaja umur 16 thn tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salamm kenal jugak Nor, selamat hari raya dan saya berkongsi info kerana ada rasa takut dan bimbang tersangat untuk perkara begini.

      Delete
  3. al-fatihah...
    mmg menakutkan..gejala xelok cepat tersebar dgn kecanggihan teknologi...minta dijauhkan dari berlaku kepada org2 yg kita sayangi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aishah, thanks tetapi sebenarnay kemajuan perlu kita kawal juga penggunaannya.

      Delete
  4. Al Fatihah untuk adik MS. Sekurang2nya dia dah selamat kembali kepada Penciptanya. Kita yang tinggal ni masih banyak yang harus kita tempuh supaya anak2 dan keluarga tak tergelincir dari landasan. Terimakasih MW kerana berkongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aidah, komen Aidah selalu bernas dan menyejukkan hati saya.

      Delete
  5. Assalamualaikum wbth....

    Al-Fatihah

    ReplyDelete
  6. alfatihah untuknya...

    selamat hari raya..

    ReplyDelete
  7. sedeynyer baca news gini....alfatihah
    setiap manusia ada dugaan masing2
    semoga aman di sana hendaknyer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedey tetapi thanks sudi berkongsi kesedihan itu

      Delete
  8. Assalamualaikum,

    Salam ziarah...selamat hari raya..

    Al Fatihah buat arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Ros sudi zizrah, selamat hari raya juga

      Delete
  9. alfatihah utk arwah adik MS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks KA, sedih baca berita dari najmi tu...Semoga arwah ditempatkan bersama2 mereka yg sentiasa di rahmatiNYA.

      Delete
  10. Al-Fatihah buat arwah MS. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, Allahu akbar..

    16 tahun sudah berhubungan dengan pelacur, masya allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dinas,
      Benda2 macam ni yg buat akak rasa kecut perut, moga keluarga kita sentiasa dijauhi dan dilindungi.

      Delete