Friday, March 15, 2013

Katil - never buy my sleep

Salam Jumaat.

Kawan2, saya selalu outstations, berbagai hotel saya tinggal dan berpuluh2 katil saya dah tidur tetapi adakalanya sebelum tidur saya terfikir siapa yang pernah tidur sebelum saya? Bermacam2 gambaran akan timbul di otak saya dan saya faham kenapa.
Katil dihotel Equatorial Cameron Highland ini tak dapat membeli tidur saya
Katil di hotel MS Garden Kuantan ini tak dapat membeli kebahagiaan saya
Katil di Tiara Atsari Rest House ini dapat membeli lena saya kerana Along ada bersama

Katil di Rocana Hotel Kuantan ini tidak dapat membeli dan memberi kegembiraan saya kerana saya akan bahagia hanya dengan katil saya dimana ada sepasang cahayamata saya. Tak kira pada usia ke berapa mereka, Tak kira dimana mereka berada, merekalah kebahagiaan saya kerana mereka:
Mandi saya pasti tak basah
Tidur saya pasti tak lena
Makan saya pasti tak lalu
Moga Allah akan melindungi anak2 saya, Muhammad Iqbal, Nur Wardah, Muhammad Adam Lutfi dan Muhammad Amjad Luqman dari segala perkara2 buruk, diberikan taufik dan hidayahnya dan sentiasa di bawah rahmat Allah di dunia dan di akhirat. Disinilah lena tidur saya, di sinilah damai jiwa saya dan disinilah letaknya kebahagiaan saya.

28 comments:

  1. Semoga mereka sentiasa berada dalam rahmatNya, amin.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah.kita sama2 doakan kak

    ReplyDelete
  3. Salam dari bunda,

    begitulah betapa naluri seorang ibu/ayah dan doa untuk anak2 tersayang ...

    aamiin aamiin ya robbal alamin

    ReplyDelete
  4. mana nak lena mak wardah bila membayangkan katil yang kita tidur tu pernah dihenyak sama oleh oranglain yang berbagai ragam, berbagai kaum, berbagai bentuk (heee...lawak je). tapi, macam juga masuk rumah kosong, baca doa masuk rumah..insya-Allah..semua tu mampu hilangkan kerisauan kita.

    p/s ada anak2 bersama, tidur lantai pun boleh lena

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Anim, akak ni memang org kampung hehehehe

      Delete
  5. indeed. a big luxurious bed cant buy you the sleep you want, comfort is there but sleep like a baby? not guaranteed..When yr mind wonders to yr sweethearts at home..they are where yr hapiness is kan ? kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. thx IndaMarya, yes u r right, My home is my heaven.

      Delete
  6. Salam mak wardah,
    Kita pun dah tidur pelbagai jenis tilam dan katil, di KL , luar KL dan jauh beribu batu dari KL tapi tetap terkenang tilam kekabu kumal tempat beradu arwah bapak kita yang diberikan kepada kita dan bantal peluk bentuk ikan yg mak kita jahit dulu. Bau tilam arwah bapak tu bak pengulit tidur paling selesa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx LW, kita dari spesis yg sama. Kita boleh jadi kawan baik

      Delete
  7. itulah yang saya bayangkan... selalu mengimpikan tilam empuk hotel dan tinggal dirumah mewah agam.. tapi mungkin kalau saya mampu memilikinya tak sama dengan rasa gembira yang kita dapat kini.. walaupun tilamnyer tak empuk tapi hati tetap gembira....

    ReplyDelete
  8. Salam kenal dari Che Mid..mana-mana tilam kita tidur takkan lawan tilam sendiri di rumah.. tak gitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx che nid, ramai jugak sekampung dgn saya

      Delete
  9. Salam ziarah...tidak ada katil yang sama dengan yang ada kat rumah. Syurga hanyalah ketika berada bersama orang2 yang kita sayangi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thz Zaitun, tak sangka ramai sama macam saya

      Delete
  10. Tu laaa pegi mana mana mesti tringat anak2 kan....pernah berjauhan dgn ank2 masa gi kursus dulu2 aduhhh mmg tak blh tdur la kan...tapi sejak dah tak kerja ni mmg tak pernah lg berjauhan dgn anak...legaa :)

    ReplyDelete
  11. betul tu kak.... munna mmg tak pernah berjauhan dgn anak... kalau terkena juga suatu hari nanti.. entah macamana munna nak hadapinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Munna, kalau terkena jugak nanti, malam mesti munna terbau2 rambut dua anak dara comel tu...

      Delete