Monday, March 11, 2013

Permulaan Sebuah Kehidupan


Salam Isnin, pembaca (macamlah ramai sangat yang baca) yang saya hormati semua. Semuga Isnin ini kita semua dikurniakan Allah segala yang terbaik. Berkongsi kesah permulaan sebuah kehidupan semasa saya dan Along ke Sungei Lembing pada akhir Febuari dulu. Kami tinggal di Tiara Atsari Rest House. Rumah Melayu lama yang indah sekali.

Petang selepas Asar, kami nak pergi makan malam, Along terjumpa sarang burung yang jatuh ketanah dan dengan kuasa Allah ada 2 biji telur comel didalamnya. Along ambil dan periksa samada pecah atau tidak. Alhamdulillah semuanya elok kata Along inilah permulaan kehidupan seekor burung. 
Tengok cantiknya susunan rumput kering yang dijadikan tempat tinggal mereka, Maha kayanya kuasa Allah seekor binatang kecil mampu membina tempat tinggal yang baik bagi melindungi keluarga mereka. Benarlah Ilmu Sains itu Ilmu Allah kerana setiap makhluk yang hidup perlukan air, makanan dan tempat perlindungan dengan cara yang berbeza. Allah menjadikan setiap satu makhluk pasti berbeza sedangkan bentuk  tangan kiri dan kananpun tidak sama. Bermakna DNA dan RFID adalah asalnya dari Allah juga jadi jangan mendabik dada saya pakar DNA, saya pakar itu dan ini, sedarlah kita hanya meminjam Ilmu Allah yang kalau kita masukkan jari telunjuk kita kedalam air, ilmu kita hanya setakat air yang melekat di jari.
Along letak semula dipokok yang sama tapi kepakaran Along tidak sehebat ibu burung. Tidak saya sangsikan kekuasaan Allah, pulangnya dari makan malam, sarang burung itu telah beralih ke puncak pokok yang jauh dari jangkauan manusia dan terselit teguh didahan rimbun yang kukuh. Bermakna kalau seekor burung kecil boleh mengubah corak kehidupan kenapa saya yang dilahirkan sebagai manusia tidak mampu mengubah diri sendiri. Ya Allah, semuga saya mampu menjadi manusia yang lebih ingat pada yang mencipta saya sebab saya selalu lalai dan lupa. Terimakasih.

38 comments:

  1. All hu robbi... pengajaran tinggi kakak peroleh di sini Mak Wardah. Apa jua yg ada depan mata semua atas Kunfayakun Allah. Kita merancang tapi DIAlah perancang yg terbaik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak, segalanya adalah milik Allah. Thx

      Delete
  2. Subhanallah...dalam setiap kejadian & ciptaaanNya, mmg terdapat tanda2 kekuasaanNya..hanya utk manusia yg mahu berfikir...begitulah lebih kurang maksud ayat Al Quran tu kan...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan Rumah,
    Salam ziarah dari saya.
    Subhanallah.. maha kaya Allah.
    Setiap yg terjadi itu, ada sebabnya dan hanya DIA yg mengetahuinya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, terima kasih sudi singgah.

      Delete
  4. terselit kisah & pengajaran untuk kita ambil pakai dalam setiap kejadian tuhan

    ReplyDelete
  5. Saya memang dari dulu kagum dengan burung, terutama sekali yg spesis kecik bila tengok sarangnya yg kemas & cantik, subhanallah..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum,
    manisnya pengalaman tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Dah lama sgt tak tengok sarang burung

      Delete
  7. assalamualaikum
    salam ziarah kembali.....
    suka tengok burung2 ni...especially waktu pagi nak g keje...sekawan mereka terbang kuar mencari rezeki...
    petangnya sekawan juga yang terbang pulang bersama....=)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, thx chegna. itulah rantaian hidup makhluk yg sempurna dijadikan Allah

      Delete
  8. Subahanallah, mmg hebat ciptaan dan aturan Allah. terus teringat kat anak2 bila baca kisah ni, sebab mereka begitu menyayangi binatang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Nida, Alhamdulillah Nida ada anak2 yang baik.

      Delete
  9. salam kak,
    saya datang singgah....

    sangat hebat ciptaan Allah kan....?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx, sudi singgah. Memang hebat Allah mencipta alam, semuanya sempurna

      Delete
  10. teringat zaman munna kecik dulu... pantang nampak sarang burung mulalah nak panjat tgk ada tak anak burung dlm tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx munna, kita ada perangai yg sama. Salam pd anak dara yg comel tu.

      Delete
  11. pagi keluar dengan perut kosong, petang dia pulang dengan perut kenyang...
    subhanallah....

    ReplyDelete
  12. subhanallah...

    Begitu lah..Allah memberikan manusia akal supaya kita berfikir dan menginsafi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Murni, sempurnanya ciptaan Allah

      Delete
  13. " pulangnya dari makan malam, sarang burung itu telah beralih ke puncak pokok yang jauh dari jangkauan manusia dan terselit teguh didahan rimbun yang kukuh"

    Agaknya besar mana ibu burung tu? nampak sarang tu agak besar boleh ke seekor burung angkat sarang itu ketempat yang lebih tinggi...Semua itu dengan kuasa Allah jugakan...

    Tiara Atsari Rest House - mesti suasana perkampungan didalam kawasan hutan yang sunyi lagi damai kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak nampak ibu burng tu tapi masa balik kami nampak sarang burung tu terselit kukuh didahan lebih tinggi, besarnya kuasa Allah.

      Saya rasa najmi suka tempat ni byk benda2 yg mencabar dan saya ada buat entry baru mengenainya. Thx Najmi

      Delete
  14. burung pandai jaga sarang

    manusia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. NM03, thx, itulah percanggahannya walaupun kita manusia dikurniakan akal

      Delete
  15. Replies
    1. Thx MP, lama tak kesini. Akak selalu ke blog MP tapi tak tinggal komen. Take care

      Delete
  16. salam mak wardah.
    Ke Esaan yg maha kaya.

    ReplyDelete
  17. 1 nuf buat makwardah di ptg khamis.

    ReplyDelete