Tuesday, March 19, 2013

Saya tak mampu menghalang...

Salam Isnin yang meriah sebab saya mengambil cuti tahunan. Hari Sabtu pergi buat kad pengenalan baru dan ini adalah deretan gambar kad pengenalan saya. Kad pengenalan 12 tahun ada salinan tetapi tertinggal di kampung.
Pada usia saya 27 tahun selepas habis pantang melahirkan Along, muka saya macam budak baru masuk kolej tetapi saya masih di era jahiliyah saya.
Pada usia saya 30 tahun selepas habis pantang melahirkan wardah, muka saya dah nampak macam mak orang tapi sehari selepas ini saya dibukakan hati oleh Allah untuk meninggalkan zaman jahiliyah. IC baru kena buat sebab IC rosak.
Tukar ke mykad masa usia saya 38 tahun kalau tak silap terpaksa sarung tudung hitam sebab saya pakai tudung warna cerah.
Sabtu 16.3.2013, wajah terbaru saya dalam usia 45 tahun dan saya bersyukur kerana persahabatan saya dengan sahabat baik saya Puan Norhayati Tawel,  Nurhana Zahrullail, Sharliza Shaari, Azana, Najmi, kawan2 sepersekolahan, kawan1 seperkuliahan, rakan2 sepekerjaan, rakan2 bloggers  dan jiran tetangga  membawa saya kearah yang seribu kali ganda ke arah kebaikan. Tuan2 dan puan2 pada usia ini juga Insyallah saya akan menghantar surat berhenti kepada syarikat sekarang kerana saya akan berhijrah ketempat baru kerana saya selalu berdoa untuk ketempat baru dan Alhamdulillah dimakbulkan Allah. Jujurnya saya terpersona dengan tawaran gajinya tetapi skop kerjanya memang idaman saya selama ini. Doakan saya...

42 comments:

  1. salam mak wardah, all d best kat tempat baru ya :)

    ReplyDelete
  2. Akak forever young.. All the best kak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Nai, akak dah jadi warga gangsa Nai.

      Delete
  3. semoga lebih berjaya di tempat baru ye...

    ReplyDelete
  4. Alhamdullilah...saya doakan akak berjaya di tempat kerja baru..gaji lagi best, dan skop kerja pun, idaman hati ...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Doc, InsyaAllah semuanya rezeki Allah

      Delete
  5. All the best ya....penghijrahan kepd yg lbh baik... :)

    ReplyDelete
  6. Salam mak wardah..

    cantiknya akak.. semoga segalanya akan lebih baik di tempat baru nanti, insyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Hanis, tak adalah cantiknya, dah warga gangsapun. Insya Allah

      Delete
  7. Berhijrah diusia 45 tahun..dalam usia cukup matang. Semoga sukses di tempat baru...tahniah

    ReplyDelete
  8. Assalam..

    i actually dah lama follow yr blog.. just maybe kita jarang mencomment..

    anyway dalam life pasti ada perubahan.. if not kita terus macam tu je. rugi besar.. ALHAMDULLILAH kita diberi kesedaran utk menyarungkan tudung diusia muda.. i di usia 28 tahun.. tanpa tanggal.. ALHAMDULLILAH merasakan perubahan demi perubahan.. walau bukan utk org lain. tapi utk diri semdiri.. INSYALLAHH...

    ReplyDelete
  9. Assalam
    Semoga penghijarahan yang bakal dialami merupakan satu perubahan dalam hidup yang benar-benar memberi kepuasan material dan spiritual, khususnya untuk diri sendiri. Melibatkan pindah negerikah? Pak Temuk doakan kejayaan yang diberkati di tempat baru itu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Cikgu, tengok gmbr tu handsome cikgu masa muda2 dulu. Saya tak pindah negeri hanya saya berpindah agensi. Cikgu blog cikgu saya suka sgt, bila baca rasa macam balik kg sendiri

      Delete
  10. Alhamdulillah, dikurniakan kerja baru yg menjadi idaman hati & jugak bagus dari segi pendapatan. Semoga maju jaya & dikurniakan kepuasan dalam tugas baru tu :)

    ReplyDelete
  11. Semoga akak lebih sukses di tempat baru....

    ReplyDelete
  12. Makchaq doakan MW lebih cemerlang ditempat baru...

    Makchaq tak pulak simpan cambaq2 kad pengenalan lama.. tapi ingat lagi kad pengenalan masa 12 tahun dengan rambut berminyak dan nampak telinga.. kata tukang gambaq tu kalau ambik untuk KP kena nampak telinga.. apa signifikannya pun tak tau la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Makchaq...saya ada simpan lagi...kelakarnya gambar tunujk dua2 telinga saya yg cegeng tu...Mak chaq selalu ada soalan yg baik..sampai hari ni saya pun tak faham apa mahalnya telinga saya

      Delete
  13. all the best ye MW.. moga dipermudahkan terus !

    ReplyDelete
  14. mantainlah awet muda kak..... alhamdulillah....munna doakan akak lebih berjaya di tempat baru ye... insyaallah

    ReplyDelete
  15. mak wardah memang awet muda dan manis lagi... apa rahsianya...hehe.... selamat berhijrah ke tempat baru....semoga segala urusan dipermudahkanNya

    ReplyDelete
  16. nampak cantik dan muda bila bertudung mak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx hayati, akak tak tahu pula bila akak pakai tudung nampak muda..hehehe nanti kena pakai tudung labuh lah, semakin labuh tudung semakin muda

      Delete
  17. Confirm akan berhijrah ke tempat kerja baru? Alhamdulillah...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx najmi, lama tak singgah. Alhamdulillah

      Delete
  18. amin.. dipermudahkan semuanya.. umur 45tu lagi comel dari muda2 gitu.. itulah hikmahnyerkan punya ramai kawan2.. jiwa muda selalau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Cho Zila, Kalau comel tu ALhamdulillah. Umur ni dah gangsa

      Delete
  19. M tengok akak makin cun di usia 45 thn ni akak.. Semoga segalanya dipermudahkan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx M, ALhamdulillah yg penting sihatkan...

      Delete
  20. salam kenal,kak..semoga berbaloi2 pnghijarahan akak nti :) jmput follow kmbali :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx dah jengok blog and akak will follow nanti

      Delete
  21. Tahniah berhijrah tempat kerja baru yg kerjanya idaman mak wardah selama nie.

    ReplyDelete