Salam Jumaat.
Tuan-tuan dan Puan-puan,
Baru-baru ini seorang sahabat baik saya diduga Allah dengan ilmu mistik atau hitam. Sedih saya tengok bila anak kesayangannya yang bijak pandai gagal dalam SPM. Ya Allah kenapakah ada makhluk yang sebegitu busuk hatinya, tatkala kawan2 lain sibuk ke universiti, anak ini terdiam di rumah, tatkala kawan2 ghairah bercerita tentang kerjaya anak ini menahan airmata tabah, Ya Allah mungkin ada rahmat yang lebih besar teehadap anak ini. Anak ini cemerlang sejak dari kecil sehingga ke percubaan SPM tapi SPM, tidak dapat walaupun satu A dan A bertukar D dan E.
Melihat wajah ibunya yang sugul...saya faham kerana saya jugak seorang ibu. Saya baru tahu anak ini mangsa ilmu hitam seorang manusia yang bencikan ibu mereka. Patutlah saya perasan keadaan mereka tidak seperti dulu. Maafkan saya bawa isu ini tetapi mari kita sama2 doakan mereka ini dihindarkan dari perkara hitam ini dan saya yakin kalau sesiapa yang pernah terkena pasti memahami situasi ibu ini. Sebagai sahabat saya hanya mampu berdoa.
Perniagaan ibu merundum, orang ramai tak nampak tempat perniagaan ibu yang dulu maju sangat, hutang ibu yang dulu cantik bayarannya, hari ini segalanya tertunggak, ibu yang cantik manis dulu, sekarang muka penuh jerawat batu, anak2 yang bijak dulu peperiksaan mereka merundum dari langit ke bumi bezanya tapi yang kagumnya mereka tetap bersatu dan kepada si penghantar ilmu hitam jangan ganggu kebahagiaan mereka. Jangan pisahkan meeka, saya merayu jangan ganggu kebahagiaan mereka, jangan cacat celakan mereka, biarkan mereka seperti dulu, cerdik, cantik dan bahagia. Biarkan kehidupan mereka sama macam dulu, kekal begitu sehingga akhir hayat mereka, Lapang dada saya melihat wajah jernih anak pintar itu di atas pentas ketika menerima anugerah cemerlang mereka dan senyuman manis ibu jelita yang penyayang kepada anak2nya, biarkan kecantikan, kesenangan dan kebahagiaan mereka kekal ke syurga.
Para pembaca, andai sudi membaca, kalau ada salah dan silap sesama kita memaafkan adalah yang terbaik atau bercakap secara berdepan juga tingkah laku yang cerdik tetapi menghantar sesuatu yang mistik bukan hanya tidak cerdik tetapi sadis....Mohon ALLAH bukakan pintu hati orang yang melakukannya untuk bertaubat...Ameen
teringat arwah pakcik yang sakit angkara perbuatan orang..dan sekarang..beliau tlah tiada...Allah maha mengetahui segalanya
ReplyDeletesiti, akak tak pernah faham dalam dunia moden ni ada lagi benda2 tahyul macam ni tapi tak berlaku depan mata tak percaya rasanya
Deletemenakutkan..tak igt ke kita ada satu lagi dunia selepas mati
ReplyDeletekita doakan sipenghantar tu diberi hidayah Allah dengan segerakan Irfa biarkan sahabat akak dan keluarganya pulih seperti biasa
DeleteYa Allah masih ada yang percaya dgn permainan ilmu hitam sebegini utk menghancurkan orang lain... moga Allah juga yang membalas segala perbuatan2 itu. Ingatlah mungkin kita terlepas didunia tapi tidak disana. Buat sabahat itu, sentiasalah berdoa dan jangan putus doanyer kerana antara doa2 yang makbul adalah doa orng2 yang teraniaya. Bertabahlah yer. Ujian kecil tanda Allah sayangkan kita ! Akan turut sama2 mendoakan sahabat MW itu yer ...
ReplyDeletethx KA tapi saya bangga dengan semangat mereka sekeluarga, tabah sangat.
Deletebila syaitan menguasai diri..dosa pahala sudah tak dipeduli..
ReplyDelete..hanya padaNYa tempah kita berserah. dan mungkin sahabat mak wardah boleh pergi ke pusat perubatan Islam sebagai ikhtiar
Thx Anim, dah byk ustaz mereka jumpa dan baru-baru ini mereka Alor Star, katanya tiada lagi wayar tv putus, kereta rosak, letrik asyik blackout kata ustaz sipenghantar kalau boleh nak hancurkan keluarga mereka tapi kesian buat si penghantar, mereka lupa Allah lebih berkuasa.
Deletealorrrrrrrrrrrrr sedihnya
ReplyDeleteMemang menyedihkan Umi Alya...masih ada lagi insan yg seburuk itu hatinya sampai sanggup menyekutukan pemiliknya
DeleteSemoga sahabat Mak Wardah tu tabah hadapi ujian ini, dan dalam masa yang sama, carilah alim ulama yg boleh membantu...Dan dalam masa yg sama, berdoa kepadaNya moga si penghantarnya di kurniakan hidayah supaya insaf..
ReplyDeleteThx Doctor, akak tengok mereka sgt tabah kalau org lain mesti dah putus asa. Akak rasa dah by ustaz mereka jumpa dan mereka sendiripun sentiasa berikhtiar dengan solat hajat sendiri di rumah. Paling akak sedih, tengah2 mereka lawan syaitan dan iblis tu, depan akak wayar tv mereka di potong. InsyaAllah, sama2 kita doakan yg terbaik utk mereka
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletesetuju dgn daddy ziyyad. bantulah pulihkn semula hidupnya. berubaylh cara islam. mudah2an dia bangkit semula
Anyss, waalaikumsalam. InsyaAllah doa org teraniaya di makbulkan Allah, semoga kehidupan mereka pulih seperti biasa
Deletetakut baca Ma Wardah, sampai hati manusia tu buat mcm tu...
ReplyDeleteThx IM, moga Allah sentiasa lindungi mereka sekeluarga. Sedih saya tengok mereka
Deletesama kite doakan yg terbaik buat keluarga mereka
ReplyDeleteThx Nisah
DeleteSemoga yang menjadi mangsa terlepas dari segala gangguan dan perbuatan jahat mereka yang tidak bertanggungjawab itu. InsyaAllah.
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu, lupa nak ucapkan Selamat Hari Guru
DeleteAllahu akbar, sedihnya..Sampai hati sungguh buat macam tu hanya kerana sakit hati. Sama2lah kita doakan keluarga yg teraniaya tu..
ReplyDeleteTqvm Dinas, Selamat Hari Guru
DeleteMasya-Allah... meremang kakak membaca N3 ini. Bagaikan drama tetapi terjadi depan mata Mak Werdah. Moga ada seseorg yg Allah berikan lebih kepandaian utk memberi penyelesaian pada keluarga itu. Besar sungguh ujian buatnya di dunia...
ReplyDeleteKak, saya tengok depan mata masa mereka anak beranak baca yasin, wayar tv mereka terputus sendiri.
DeleteYa Allah.. busuknya dan dengkinya manusia itu.
ReplyDeletesemoga Allah beri petunjuk kepada penghantar itu utk minta ampun denganNya dan hentikan segala gangguan yg mengacau bilaukan hidup org lain..
sedih sangat cikda baca n3 ni MW. moga sahabat MW tu tabah dan terus berdoa agar dihindarkan dari segala musibah. Amin3x..
Thx Cikda, sama2 kita doakan yang terbaik.
DeleteManusia ni ada macam2 jenis...yang berdendam,dengki..tu paling banyak..dan dr golongan itu kebanyakannya lah adalah orang melayu...memang sedih
ReplyDeleteBetul Puan, entah kenapa susah sgt nak buang sikap ni kan...Saya sedih dgn sikap ini tapi saya hanya mampu berdoa...Thx, take care
DeleteSalam mak wardah..
ReplyDeleteseram, sedih, geram dan kecewa bila membaca kisah2 sebegini.. ditakdirkan seorang saudara yg rapat juga sedang diduga dengan ujian sebegini.. terasa macam tak percaya bila ada yang tergamak untuk melakukan ilmu hitam pada orang lain.. tapi itulah hakikatnya.. hati manusia tak sama.. semoga hati yang hitam dapat diputihkan dengan segera.. semoga ilmu hitam yang dikenakan akan cepat pergi meninggalkan mereka yang terkena.. insyaAllah..
Waalaikumsalam Hanis, semoga semuanya baik di sana. Akak sedih sgt sebab dulu mereka keluarga yang bahagia, berjaya dan sejahtera. Entahlah kenapa manusia ni selalu ada sikap dengki pada org yg ada kecantikan dan keindahan, sekarang semuanya di rosakkan tapi mereka tetap tabah, itu yg akak hormat sgt pada mereka. Macam tak percayakan....tapi itulah kebesaran Allah.
DeleteKESIANNYA... KENAPALAH MASIH ADA MANUSIA YG BERSIFAT BEGITU.... SEMOGA YG MELAKUKANNYA MENDAPAT HIDAYAH DARI ALLAH SWT
ReplyDeletetqvm Munna, itulah namanya manusia yang lupa kuasa Allah lebih besar...muga kita dijauhkan dari orang begini...
Deletesampai mcm tu sekali si penghatar tu sanggup lakukan. inilah yg merisaukan bila bangsa sendiri iri hati sesama bangsa sendiri. urm... mcm mana la masa depan mereka sekeluarga. semoga dilindungi Yang Maha Esa. Amin
ReplyDelete