Salam Isnin Tuan2 dan Puan2,
Berkongsi cerita dan saya harap ada pengajaran kepada kita semua. Kisah pagi ini ketika saya berurusan di JPN Shah Alam, Plaza Masalam Shah Alam. Ini perbualan kami:
Mak Cik: Anak, dah ambik nombor nak pergi mana?
Saya: Makcik buat IC baru ke?
Mak Cik: Aah tadi dah ambik no gilirannya, tapi tak tau nak pergi kaunter mana. Tadi Achik pergi kaunter 1 bila no ni kena panggil, tapi kerani tu kata ini nak buat passport, makcik kena tunggu kat sini pulak.
Saya: ni memang tempat tunggu nak buat IC, nanti makcik tengok no kat situ, tapi nanti saya tanyakan pegawai tu, warga emas boleh tak cepatkan.
Kerjasama pegawai kaunter tu sangat baik, datang menghampiri makcik yg usianya hampir 70 tahun, memimpin tangan makcik kekaunter yang betul dengan giliran yang segera. Makcik tunggu pulak kat tempat ambik gambar dan juga disegerakan oleh pegawai tersebut. Urusan saya selesai dan saya keluar menuju ke lif, Makcik berdiri ditepi lif.
Saya: Makcik tak balik lagi?
Makcik: Nak, bas teksi kat sini nak tunggu kat mana?
Saya: Saya tak pasti, Makcik ikut saya turun dulu ke makcik tunggu anak?
Makcik: Makcik nak tunggu dah tadi tapi tak ingat nak tunggu tingkat berapa. Tadi tumpang China tu, anak dia yg bawak kami naik kesini.
Saya: ohhh, jom makcik ikut saya.
Dengan pergerakan terdengkot2 dia ikut saya masuk lif dan saya tekan butang buka pintu. Terdetik dihati saya, mana anak2 makcik ni, kenapa tak hantar ibu mereka ke JPN. Sejuk tangan makcik berpaut pada lengan saya, rasanya dia gayat.
Saya: Mak cik jom turun...
Terkial2 nak langkah keluar, nasib baik ada anak remaja sebaya Along tekan butang lif dan pimpinkan makcik sebelah kiri ketika turun tangga. Saya tahu makcik penat, saya cari tangga bergerak kat Giant, tahu dia gayat tapi ada seorang lelaki Arab bantu saya pegang makcik masa tangga tu berjalan. Sampai tingkat bawah nampak mak cik tu mengah, yelah sayapun rasa mengah apatah lagi makcik. Saya rasa lapar dan dahaga, saya pujuk makcik makan dengan saya kat Secret Recipe sebab itu yang paling hampir. Makcik menolak mentah2 tapi saya paksa dengan cara kotor, saya sebenarnya tak lapar sangat tapi saya tahu Makcik penat. Dengan berlagak saya kata, duit saya cukup untuk kami berdua. saya pimpin makcik dan duduk semeja. saya order dua set menu yang sama.
Mak cik: Sapa nama anak? Blablabla kami berborak masa makan. Alhamdulillah dia makan dengan berselera.
Siap makan, dia bagi saya RM10 untuk makanan dia tapi saya tolak.
Makcik: XXXXXX, ambiklah, terima kasih teman Achik makan, dah lama makcik makan tak berteman, anak menantu kerja, pergi pagi baliknya malam, hujung minggu dia orang tidur, letih. Cucu2 pulak sekolah buat hal masing2. Pagi2 mana lalu achik nak makan nugget.
Saya: Tak pe, Makcik nanti mana tahu kita jumpa lagi Makcik belanja saya pulak.
Makcik: Makcik tak harap lagi nak jumpa XXXXXX, dapat keluar buat kad pengenalanpun Alhamdulillah sebab Makcik ni kena jaga cucu 4 orang, 7 ke 16 tahun. Tak ada lapang nak keluar jumpa jiran2pun.
Saya: Alhamdulillah anak menantu makcik, ada mak tengok2kan anak2. Berapa sebulan mereka bagi Makchik?
Makcik: Ya Allah, nak. Makchik tak berkira dengan anak menantu sendiri. Dia orang bagi seratus sebulan.
Saya: Makcik, teksi tak ada lagi, makcik duduk tunggu ye, saya temankan Makcik. Anak Makcik kerja kat mana?
Makcik: Anak menantu makcik kerja sama Engineer kat kilang TXXXXX kat Seksyen 16 Shah Alam.
Teksi sampai, saya beritahu driver alamat rumah anak makcik tersebut, bayarkan tambang dan salam makcik yang masih menghulurkan RM10 kepada saya. Dia tak tahupun saya bayarkan tambang teksi dia tapi demi menjaga hati seorang IBU, saya ambil wang tersebut dan saya hulurkan RM30 duit sepuluh baru kerana harapan dan doa saya dia mendapat 3 kali ganda kegembiraan sepanjang perkenalan kami.
SOALAN SAYA:
1. Emak boleh jaga kita dari dalam perut hingga jadi Engineer, boleh lagi jaga anak2 kita kerana kasih sayangnya yang tidak berbelah bagi tapi kenapa kita tak boleh temankan mak disaat mereka perlu?
2. Emak boleh beri kita makanan yang terbaik tapi kenapa kita tak pernah tanya apa selera mak bila dia dah hilang upaya?
3. Emak tidak pernah berkira wang ringgit dan tenaga untuk kita tapi kenapa kita tak ada upaya nak bagi mak duit setimpal dengan kerja bibiknya?
4. Emak tak pernah menyusahkan kita dari segi duit ringgit dan tenaga, kenapa kita tidak ada masa temankan mak walaupun setakat makan bersama?
5. Emak sentiasa pastikan kita selamat tapi kita tak pernah fikirkan keselamatan perempuan tua itu?
Ya Allah, melihat kepayahan makcik itu melangkah, pilu hati saya, mendengar suaranya menelefon saya memberitahu dia selamat sampai ke rumah dengan suara termengah2 buatkan saya ingin anak2 kesayangan saya yang membaca blog saya ini :
ALONG dan ADEK,
Mak tak harapkan balasan atas apa yang mak buat untuk kalian berdua, mak berdoa pada hari kudrat mak dah kurang, pergerakan mak tak seperti dulu, penglihatan mak tak seterang dulu, pendengaran mak dah tak sejelas dulu, pemikiran mak dah tak secergas dulu, bantulah mak:-
1. Melakukan wuduk, solat dan ibadah mak dengan baik
2. Menghantar dan menjemput mak ke dan dari majlis ilmu,
3. Mengajar dan membetulkan semula bacaan ayat suci iaitu kalam Allah,
4. Membaca dan memperdengarkan bacaan ayat suci kala tidur mak
5. Bantu dan hantar mak pada masa urusan yang perlu,
6. Bimbing tangan mak kala mak ingin bertamu ke rumah Allah
7. Tadahkan tangan kamu mendoakan mak semasa hayat dan tiadanya nanti
8. Memandikan dan mengiringi mak sepanjang perjalanan terakhir mak di dunia,
9. Mengirimkan bacaan Al-Fatihah untuk mak ketika mak di sana,
10. Berusaha untuk berjumpa semula dengan Mak di syurga Allah di akhirat nanti....
Ameen.
n3 terbaik ni MW... nak share this with my kids !
ReplyDeleteThx KA
Deleteheran kan .....
ReplyDeletesgt heran sebab itu ibu sendiri, tiada insan yg boleh membawa kita ke syurga hanya ibu kerana syurga di bawah tapak kaki ibu
Deleteya allah kak.. sebak saya baca entry ni kak.. saya mengaku saya bukan anak yang baik.. pada mak mertua atau pun pada mak sendiri.. alhamdulillah ada adik dgn kakak saya yang berkorban tinggal dengan mak saya. bila mak saya nak ke mana mana, diorang yang bawakkan. harap ada peluang lagi utk saya berbakti pada diorang. doa saya semoga dipanjangkan umur diorang utk saya kongsikan kejayaan saya satu hari nanti.. utk sekurang kurangnya buat mak rasa gembira dan tak susah hati sebab saya..
ReplyDeletetakut saya kak..
Rai, jangan sebak, Rai tetap anak yang baik dan akak yakin tentang itu
Deleteadoi kawan, sedih giler saya baca cerita awak...tak mau ckap apa lagi..sedih
ReplyDeleteIM, hanya berkongsi
DeleteSayunya baca entri ni. Saya selalu jumpa makcik2 yg pi klinik/hospital sendiri, takda anak yg menemankan atau menunggu bersama. Sayu saya tengok. Kalau takdak anak macam saya ni, lain la cerita tapi dema ada anak2, macam mana tu..
ReplyDeleteDinas, layak kita dipanggil anak andai itu sikap kita pada seorang wanita yang dipanggil ibu
DeleteYa Allah...tersentuh hati saya baca entry ni. kesian makcik tu.
ReplyDeletepernah jugak jumpa situasi macam ni di hospital. dan pernah terfikir, ke mana agaknya anak2 makcik dan pakcik yang berseorangan kat hospital tu. dalam hati, saya berdoa, mudah2an saya tak tergolong dalam golongan anak2 yang tak mengambil tahu keperluan mak ayah..dan mudah2an masih ada masa untuk berbakti kepada mereka.
thanks for this entry.
Ya Murni, mari kita ubah situasi ini, kasihilah ibubapa selagi mereka masih ada. take care
Delete# menahan airmata
ReplyDeleteThx Irfa,
DeleteTake care
macam drama tv yg cikda x sanggup nak tunngu endingnya pulak.. masih ada lagi anak2 yg dera mak secara mental ni..
ReplyDeletesedih...
Cikda, thx tapi akak doakan biarlah ending drama ini happy ending. Take care
DeleteThx Wisata
ReplyDeletesedih momoy baca entry ni.
ReplyDelete