Monday, May 20, 2013

Tiada yang sempurna....

Salam. Istimewa untuk seorang sahabat masjid saya.

Sahabat,

Dalam dunia ni tak ada yang sempurna,
Dalam dunia ni sentiasa ada salah dan silapnya,
Dalam dunia ni pasti ada terkasar bahasa,
Dalam dunia ni tak ada manusia yang sama.

Maafkanlah ustaz itu.
Dia tak sengaja tetapi tulus berkata,
Dia hanya memberi contoh sahaja,
Dia tidak berniat membahasa,
Dia tak bermaksud menghina.

Teguran menutup aurat adalah wajib, saudari
Amalan menutup aurat amat terpuji saudari,
Amalan solat tepat pada waktunya memang sukar saudari,
Amalan fardhu itu memang sukar bagi semua saudari,
Amalan itulah yang sentiasa dihisabNYA.

Sahabat,
Usia muda akan tua,
Rambut hitam akan putih,
Tubuh tegap akan lemah,
Pasti wajah kita turut berubah.

Sahabat,
Maafkan ulamak itu ye,
Ampunkan kata-katanya ye,
Ambil positif nasihatnya ye,
Renungi semula tegurannya ye,
Sama-sama kita belajar ye.

Biskut Kopi Meringue ini rasanya enak sekali, anak2 saya sangat gemari, saya sanggup beli harga RM35 sebotol, walaupun agak mahal bagi berbaloi kerana menepati citarasa kami. Lain padang lain belalang, ombak di pantai Bali pastinya bergelora tetapi ombak di Maldives pasti berbeza. Sahabat, jangan doakan ulamak itu yang buruk2 ya kerana UKE hari ini masuk hospital, harap2 dia baik2 saja dalam perlindungan Allah sebab ramai yang rindukan Dakwahnya.

Sabarnya sahabat....UKE hanya bergurau, melakunkan watak mak datin tetapi tiada niat menyindir. Maafkan dia yer...

28 comments:

  1. aduhaii..
    Nisah tak tahu pula pasal UKE ni,
    walau apepun, kata-kata di atas menerangkan sedikit kan.. ramai yang tersentap, itu perkara biasa. nak berdakwah bukan mudah. tak ramai nak terima dgn terbuka. semoga UKE cepat sembuh. InsyaAllah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah UKE dah boleh berdakwah, susahkan nak sebarkan Agama dan kebenaran. Tqvm Nisah

      Delete
  2. Biasa la dengaq ceramah...makchaq pun selalu gak rasa terkena batang hidung sendiri...

    Tapi ambik la ikhtibar untuk perbaiki diri....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Makchaq, teguran tu adalah untuk kita baiki diri, sayapun sampai la ni ada kejahiliyahnya lagi...

      Delete
  3. Perkara yg tak betul, harus ditegur & diperbetulkan, cuma mungkin terasa hati dengan cara teguran. Namun yg ditegur itu pun perlu jugak bermuhasabah diri. Semoga kedua2 pihak dirahmati Allah SWT.

    ReplyDelete
  4. mudah2an beliau tak kena operate. moga ada alternatif lain yg dapat mengurangkan sakit diabetis UKE tu. Amin3..

    moga beliau cepat sembuh..

    ReplyDelete
  5. assalam,

    semua kita ada kelemahan dan buat silap, kadang kala kita tak sedar dan terlepas pandang...

    bila ditegur baru kita sedar kembali..moga UKE kembali sembuh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Bunda, teguran dan komen bunda selalunya baik dan bernas

      Delete
  6. ada juga baca tentang kisah2 UKE ni... apapun sebagai manusia biasa yang x lari dari buat silap dan salah, memaafkan itu adalah jalan terbaik kan!

    ReplyDelete
  7. kata Imam Ghazali r.a, salah satu tanda hati kita hitam ialah bila kita tak makan nasihat. mudah2an kita terhindar dari itu semua.

    p/s mudah2an UKE cepat sembuh dan kembali menasihati kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. anim, appreciate sgt komen2 positif anim, muga barakah Allah sentiasa bersama kita

      Delete
  8. bukankah amalan tegur mengur tu amalan mulia..
    mudah2an terbuka hatinya untuk berceramah ttg agama..

    ReplyDelete
  9. SEMOGA UKE LEKAS SEMBUH... MAK MUNNA SUKA SANGAT DGN UKE... SIAP SURUH MUNNA DOWNLOAD VIDEO UKE KAT YOUTUBE DIA NAK TGK KAT IPAD MEYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Munnz, mak ndakpun sama, UKE tu fav dia. UKE tu pandai buat lawak

      Delete
  10. muga di bukakan hati sahabat masjid itu menerima teguran UKE..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakyon thx, UKE hanya cerita tentang kaedah tutup aurat yang betul dan rasanya dia tak berniat nak sindir

      Delete
  11. ramai org kita tak boleh di tegur..sepatutnya ambil ikhtibar dari apa yang ditegur tu..sape lagi nak menilai diri sendiri kan..kita kadang2 tak nampak kesalahan diri kita..so, bile ade org tegur tu jangan la melenting..terima ngan hati yg terbuka..huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx mama_kaOri, thx atas komen yang baik,sama2 kita terima teguran dgn dada yang lapang

      Delete
  12. Salam kenal dari Che Mid, teruja ada sedih pun ada pertama kali baca entri di sini. Sama-sama bermuhasabah semoga akhirnya kita tetap di jalan yang lurus. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali che Mid, thx & saya sokong cadangan Che Mid lebih baik muhasabah diri

      Delete
  13. Salam kenal dari Blogger Indon. Wah nampak lazat biskutnya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal kembali Dr. Tubagus, saya di Msia sah buka blog Dr., bagus dan ilmiah.

      Delete
  14. sesetengh orang mmng sukar menerima teguran walaupun teguran itu scara berhemah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MP, sangat benar kerana dlam diri kita ada sikap ego...

      Delete