Sunday, June 30, 2013

Hujung Minggu yang sangat meletihkan...

Dari Jumaat saya berkampung di sini dan saya bawak teman baik saya Nur Wardah bersama. Suasana dan aturcara yang tidak menentu tambahan cuaca panas terik membuatkan kami kurang selesa. Ekspo dan Karnival yang tidak menentu, penatnya metal dan fizikal tetapi InsyaAllah saya akan belajar dari kesilapan. Moga Allah sentiasa bukakan pintu hati saya untuk memperbaiki diri sendiri.
Ekspo dan karnival yang sangat lengang....
Kesian Wardah...boring katanya
Dia asyik dengan sesuatu, mulut dia pasti muncung
Breakfast makan roti sardin...
Wardah kata sardin sikit...saya kata Alhmadulillah dia jawab Iyolah...
Kat ekspo tak ada orang jadi kamilah pelanggan kambing panggang sampai penjual tu bagi brochures...
Kambing panggang yang sangat enak....Alhamdulilah. Saya nak lupakan kegagalan dan kesilapan saya, saya nak bangun esok dengan semangat juang yang baru.

Monday, June 24, 2013

Mencurah Air ke Daun Keladi

Salam Isnin.
Berkongsi udara jerebu bersama tuan2 dan puan2 dimana anak manja saya Nur Wardah happy tak payah pergi sekolah. Tiba2 dia ambik gambar daun keladi mak ndak yang baru mak ndak siram. Dia kata pandai orang2 tua dulu buat perumpamaan. Kena sangat dengan apa yang terjadi di daun keladi tapi saya rasa tidak ada daun pokok yang menyerap air. Jerebu lagi...kesian anak2 kecil dan mereka yang bermasalah pernafasan jadi saya nak kempen hijaukan bumi.
Ini pokok limau kasturi saya yang disedekahkan oleh sebuah koperasi dewasa yang menjalankan aktiviti pertanian di Utara Tanahair. Ingat lagi pesan pengerusi kepada saya, berbudi pada tanah ni banyak pahalanya. Sebagai hamba Allah, kita mesti sayangkan bumi, jangan rosakkan bumi, pelihara bumi dan patuh pada suruhan Allah. Tapi sayapun macam mencurah air ke daun keladi....Kalau tak percaya tengok.... gambar2 ini...
Pokok Limau Kasturi cantik berpucuk...
Ulat Perosak datang mengganggu tapi tuan pokok buat tak tahu...
Limau Kasturi tetap berbunga,...
Sentiasa Berbudi tanpa henti....
Kalau Cikgu Temuk tengok ni malu saya, pokok2 dia sentiasa berjaga. Ya Allah, patutlah jerebu dan saya pun turut menyumbang ke arah itu. Saya tidak tahu bersyukur atas segala yang Allah beri bak kata Mak Ndak tak payah beli ubat kurus bagai tapi buat jer kerja kebun, tak payah bayar nak keluar peluh. Pedih telinga tapi banyak betulnya. Tuan puan, sayalah manusia yang tidak bersyukur itu. 

Wednesday, June 19, 2013

Perpisahan hakiki...AlFATIHAH

Salam.

Semalam saya terima berita sedih anak kepada sahabat yang hanya saya kenali melalui adeknya iaitu puan Norlela Haji Tawel yang baru semalam berpisah secara hakiki dengan anak perempuan bongsu yang berusia 20 tahun salah seorang pelajar cemerlang di IPTA tempatan. Saya yakin perpisahan hakiki ini sangat meruntun hati sahabat saya ini kerana beliau sangat tabah menghadapi segala dugaan buat dirinya seorang hamba Allah yang sangat kerdil. Ketika kejadian sedih itu saya berada disini bersama rakan2 sekerja.
Ya Allah, sebaik sahaja menerima berita sedih tersebut menitik airmata ibu saya, terbayang wajah anak perempuan buah hati saya, Nur Wardah. Tiada kata dapat saya gambarkan kasih sayang pada anak ini dan kalau saya ditempat Puan Norlela, tabahkah saya. Saya amat bahagia dengan khabar manisnya wajah arwah saat ditempatkan diliang lahad setelah menghadapi penderitaan sakit misteri yang tiada ubatnya, hanya dengan kuasa Allah yang dapat menyembuhkannya. Allah sayangkan anak solehah ini, berakhirlah penderitaan anak solehah ini setelah hampir bertahun menanggung penderitaan yang tiada siapapun dapat memahaminya tetapi saya tabik hormat pada ibu dan kakak2nya yang mengusung arwah ke sana sini tanpa rasa letih dan jemu. Tidak hiraukan kesempitan kewangan, kurangnya kudrat tapi demi kasih sayang mereka tetap berusaha.

Puan Norlela masih punya suami yang sah tetapi suaminya berkahwin lain dan tidak mampu memberikan keadilan pada dua keluarga. Yang sayunya hati saya, arwah teringin berjumpa ayahnya tetapi tidak berkesampaian, sampai hati si bapa mengabaikan arwah semasa sakitnya, tidak memeluk arwah semasa deritanya, tidak mendukung arwah saat tiada upayanya, tetapi saya berdoa syurga buat anak ini. Tabahlah hati siibu dalam perpisahan hakiki ini, simanja bongsu pasti tidak kembali lagi tetapi doa ibu pasti sentiasa mendampingi arwah...Auntie doakan anda sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah di sana. Seminggu sebelum pergi, arwah berkata kepada ibunya semasa tinggal berduaan sahaja, ada ramai orang dirumah mereka, dia nampak tempat yang cantik disana, tak sabar nak pergi, tidur malam ingin dipeluk ibu dan kakak2nya. Tandanya dia nak balik kepada pemilikNYA.

Kepada pembaca lelaki, andainya anda bercerai atau berkahwin lain, tolonglah jangan abaikan nafkah anak2 yang terdahulu, ingatlah ianya perlu anda jawab di depan ALLAH nanti. Kepada mereka yang hasad dengki, moga Allah bukakan pintu hati anda untuk bertaubat dari melakukan perkara2 aib ini. Hidup kita tidak lama mana, mati adalah pasti. Ini adalah nyawa saya yang Allah pinjamkan semata2 kerana itu saya hanya mampu berdoa segala yang terbaik buatnya. Gambar ini akan saya tengok bila saya makan ketika saya outstation. Maaf kalau ada kata2 saya yang menyinggung anda.

Sunday, June 9, 2013

Rindu yang teramat!!!!!

Salam tuan puan yang sudi membaca,
Saya mati kutu nak update blog sebab akhir2 ini saya kehilangan seorang sahabat, kawan, penasihat peribadi, penjaga badan dan segalanya. Dia pergi dengan izin dan doa kami sekeluarga mencari ilmu dan bidang yang dipilihnya sendiri demi masa hadapannya nanti.

Dulu semasa kecil inilah rupanya....
Nampak baik sangat tapi dia memang baik masa kecik dulu, Alhamdulillah, syukur sangat2 tapi baru2 ini dia...
Budak lelaki kemeja putih tu ialah yang Along mendaftar di Pusat Pengajian Tinggi dan semuanya dibuat sendiri....berdikari
Dia bawak baju-baju dia sekali ke sini...Tapi kami dirumah kehilangan yang teramat perkhidmatan2 Along ini
Tukang sapu yang baik
Peneman out station yang sama pengecut macam mak dia...
Pemandu untuk mak andak dan adek dia...kemana2 saha
Pengasuh adek2...
Penjaga mak ndak yang setia....
Penyidai kain ...kata mak ndak Along sidai kain macam tak cukup jari
Pengunggu adek tuition...mahal sebab upahnya dia termasuk makan minum sekali selalunya carrot susu juice dan ayam penyet...
 Kedai tetap dia potong rambut...
Pemaksa Mak jogging setiap hujung minggu
Tertidur tunggu mak ndak pakai tudung....
Breakfast mak ndak siapkan depan TV...
Teman Wardah beli gadget2 yang memang dia sangat arif,
bawak mak ndak dengan  adek pergi makan2 mak ndak yang belanja...
Sampai ke Samuri Satay Kajang 3 beranak ini pergi...
Akhir sekolah menengah dia...

YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG,
Peliharakanlah iman dan amal anakku yang bernama Muhammad Iqbal ini,
Tetapkanlah hati dan nuraniNYA hanya pada AgamaMU,
Jadikanlah Muhmmad Iqbal Anak Lelaki yang berbakti kepada MU, AgamaMU, kedua ibubapanya, kaum keluarganya, saudara maranya dan masyarakat Ya Allah,
Jauhkanlah dari Muhammad Iqbal Ya Allah dari segala bala bencana, hasad dengki manusia dan pengaruh-pengaruh buruk Ya Allah,
Ya Allah, Muhammad Iqbal ini adalah hambaMU yang taat kepada ibunya YA ALLAH, semuga diampuni segala dosa Muhammad Iqbal padaMU Ya ALLAH, 
HambaMU yang hina ini sentiasa mengampunkan dosa anakku Muhammad Iqbal walaupun sebesar zarah YA ALLAH,
YA ALLAH kurniakanlah Muhammad Iqbal YA ALLAH, kesihatan yang terbaik, amal ibadat yang terikhlas, otak dan pemikiran yang tercerdas, tubuh badan yang sentiasa tunduk dan sujud terhadapMU, kerana hanya padaMU aku berserah dan menyerahkan diri, 
Peliharalah anak lelakiku ini.
Lindungilah anak lelakiku ini,
Rahmatilah anak lelakiku ini,
Berkatilah anak lelakiku ini,
Sesungguhnya YA ALLAH, anak lelaki ini nikmat dan anugerahMU yang tidak ternilai kepada hambaMU yang hina ini. 
AMEEN