Wednesday, June 19, 2013

Perpisahan hakiki...AlFATIHAH

Salam.

Semalam saya terima berita sedih anak kepada sahabat yang hanya saya kenali melalui adeknya iaitu puan Norlela Haji Tawel yang baru semalam berpisah secara hakiki dengan anak perempuan bongsu yang berusia 20 tahun salah seorang pelajar cemerlang di IPTA tempatan. Saya yakin perpisahan hakiki ini sangat meruntun hati sahabat saya ini kerana beliau sangat tabah menghadapi segala dugaan buat dirinya seorang hamba Allah yang sangat kerdil. Ketika kejadian sedih itu saya berada disini bersama rakan2 sekerja.
Ya Allah, sebaik sahaja menerima berita sedih tersebut menitik airmata ibu saya, terbayang wajah anak perempuan buah hati saya, Nur Wardah. Tiada kata dapat saya gambarkan kasih sayang pada anak ini dan kalau saya ditempat Puan Norlela, tabahkah saya. Saya amat bahagia dengan khabar manisnya wajah arwah saat ditempatkan diliang lahad setelah menghadapi penderitaan sakit misteri yang tiada ubatnya, hanya dengan kuasa Allah yang dapat menyembuhkannya. Allah sayangkan anak solehah ini, berakhirlah penderitaan anak solehah ini setelah hampir bertahun menanggung penderitaan yang tiada siapapun dapat memahaminya tetapi saya tabik hormat pada ibu dan kakak2nya yang mengusung arwah ke sana sini tanpa rasa letih dan jemu. Tidak hiraukan kesempitan kewangan, kurangnya kudrat tapi demi kasih sayang mereka tetap berusaha.

Puan Norlela masih punya suami yang sah tetapi suaminya berkahwin lain dan tidak mampu memberikan keadilan pada dua keluarga. Yang sayunya hati saya, arwah teringin berjumpa ayahnya tetapi tidak berkesampaian, sampai hati si bapa mengabaikan arwah semasa sakitnya, tidak memeluk arwah semasa deritanya, tidak mendukung arwah saat tiada upayanya, tetapi saya berdoa syurga buat anak ini. Tabahlah hati siibu dalam perpisahan hakiki ini, simanja bongsu pasti tidak kembali lagi tetapi doa ibu pasti sentiasa mendampingi arwah...Auntie doakan anda sentiasa dibawah rahmat dan kasih sayang Allah di sana. Seminggu sebelum pergi, arwah berkata kepada ibunya semasa tinggal berduaan sahaja, ada ramai orang dirumah mereka, dia nampak tempat yang cantik disana, tak sabar nak pergi, tidur malam ingin dipeluk ibu dan kakak2nya. Tandanya dia nak balik kepada pemilikNYA.

Kepada pembaca lelaki, andainya anda bercerai atau berkahwin lain, tolonglah jangan abaikan nafkah anak2 yang terdahulu, ingatlah ianya perlu anda jawab di depan ALLAH nanti. Kepada mereka yang hasad dengki, moga Allah bukakan pintu hati anda untuk bertaubat dari melakukan perkara2 aib ini. Hidup kita tidak lama mana, mati adalah pasti. Ini adalah nyawa saya yang Allah pinjamkan semata2 kerana itu saya hanya mampu berdoa segala yang terbaik buatnya. Gambar ini akan saya tengok bila saya makan ketika saya outstation. Maaf kalau ada kata2 saya yang menyinggung anda.

10 comments:

  1. Salam mak wardah...
    Semoga syurga tempat anak itu..saya ibu tunggal anak sorang..Alhamdulillah bekas suami amik tau pasal anak..harap2 bapa2 diluar sana tau tanggung jawab mereka

    ReplyDelete
  2. Allahuakbar...rasa sayu hati membaca entry ni..semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yang beriman..takziah utk keluarga family..moga tabah..

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Salam Mak Wardah,

    Sayu hati membaca n3 ni..... moga arwah ditempakan bersama2 dgn org2 yg beriman.... Takziah

    ReplyDelete
  5. innalillah..sedihnya kak.. mana la hati ayah dia sanggup biarkan anak yg mengharap sampai macam tu..

    ReplyDelete
  6. Salam mak wardah..

    Sebaknya membaca kisah ini.. semoga arwah tenang di sana.. semoga ibu dan kakaknya tabah menerima kehilangan insan tersayang.. salam takziah buat mereka..

    ReplyDelete
  7. Sejuk hati membaca tentang apa yg arwah nampak sebelum pemergiannya. Semoga syurga tempat baginya. Untuk si ayah, semoga beliau sedar akan kesilapannya..

    ReplyDelete
  8. semoga ditempatkan antara org org yang beriman :)

    ReplyDelete
  9. semoga arwah tenang di sana..alfatihah..

    p/s kadang2 manusia ni alpa tentang tanggungjawab dibahu yang bakal ditanya dihadapan Penciptanya kelak...

    ReplyDelete
  10. Sayu hati bila baca tentang kehilangan... moga ibunya tabah..semoga arwah tenang di sana

    ReplyDelete