Saya mati kutu nak update blog sebab akhir2 ini saya kehilangan seorang sahabat, kawan, penasihat peribadi, penjaga badan dan segalanya. Dia pergi dengan izin dan doa kami sekeluarga mencari ilmu dan bidang yang dipilihnya sendiri demi masa hadapannya nanti.
Dulu semasa kecil inilah rupanya....
Nampak baik sangat tapi dia memang baik masa kecik dulu, Alhamdulillah, syukur sangat2 tapi baru2 ini dia...
Budak lelaki kemeja putih tu ialah yang Along mendaftar di Pusat Pengajian Tinggi dan semuanya dibuat sendiri....berdikari
Dia bawak baju-baju dia sekali ke sini...Tapi kami dirumah kehilangan yang teramat perkhidmatan2 Along ini
Tukang sapu yang baik
Peneman out station yang sama pengecut macam mak dia...
Pemandu untuk mak andak dan adek dia...kemana2 saha
Pengasuh adek2...
Penjaga mak ndak yang setia....
Penyidai kain ...kata mak ndak Along sidai kain macam tak cukup jari
Pengunggu adek tuition...mahal sebab upahnya dia termasuk makan minum sekali selalunya carrot susu juice dan ayam penyet...
Kedai tetap dia potong rambut...
Pemaksa Mak jogging setiap hujung minggu
Tertidur tunggu mak ndak pakai tudung....
Breakfast mak ndak siapkan depan TV...
Teman Wardah beli gadget2 yang memang dia sangat arif,
bawak mak ndak dengan adek pergi makan2 mak ndak yang belanja...
Sampai ke Samuri Satay Kajang 3 beranak ini pergi...
Akhir sekolah menengah dia...
YA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG,
Peliharakanlah iman dan amal anakku yang bernama Muhammad Iqbal ini,
Tetapkanlah hati dan nuraniNYA hanya pada AgamaMU,
Jadikanlah Muhmmad Iqbal Anak Lelaki yang berbakti kepada MU, AgamaMU, kedua ibubapanya, kaum keluarganya, saudara maranya dan masyarakat Ya Allah,
Jauhkanlah dari Muhammad Iqbal Ya Allah dari segala bala bencana, hasad dengki manusia dan pengaruh-pengaruh buruk Ya Allah,
Ya Allah, Muhammad Iqbal ini adalah hambaMU yang taat kepada ibunya YA ALLAH, semuga diampuni segala dosa Muhammad Iqbal padaMU Ya ALLAH,
HambaMU yang hina ini sentiasa mengampunkan dosa anakku Muhammad Iqbal walaupun sebesar zarah YA ALLAH,
YA ALLAH kurniakanlah Muhammad Iqbal YA ALLAH, kesihatan yang terbaik, amal ibadat yang terikhlas, otak dan pemikiran yang tercerdas, tubuh badan yang sentiasa tunduk dan sujud terhadapMU, kerana hanya padaMU aku berserah dan menyerahkan diri,
Peliharalah anak lelakiku ini.
Lindungilah anak lelakiku ini,
Rahmatilah anak lelakiku ini,
Berkatilah anak lelakiku ini,
Sesungguhnya YA ALLAH, anak lelaki ini nikmat dan anugerahMU yang tidak ternilai kepada hambaMU yang hina ini.
AMEEN
Anak sulung n bertanggungjawab..mmg terasa bila tiada disisi...takpe dia pergi untuk menuntut ilmu,akan jadi contoh untuk adik2 nanti...InsyaAllah...
ReplyDeletethx Aishah, tulah satu satunya anak lelaki adek
DeleteDia pergi untuk menuntut ilmu. Memang la ibu redhai pemergiannya tapi tetap sangat rindu kan. Semoga Along dilindungi & dirahmatiNya selalu, amin.
ReplyDeleteadoi saya meleleh air mata...mcm lepas tengok cerita hindustan pulak..sebab saya pun seorang ibu..masa setiap kali anak masuk u, atau ke asrama penuh, makan pun tk lalu, makan nasi air mata menitik atas nasi..sedih sebab mereka semua sgt rapat dgn saya.semua menyusu badan lagi...I know how u feel...keep strong ok?
ReplyDeleteAmeen..semoga doa tulus ibu dimakbulkan Yang Maha Esa
ReplyDeleteSmoga dia belajar bersungguh2, takpe nanti cuti boleh balik rumah
ReplyDeleteinsyaallah..semoga kejayaan menunggu dipenghujungnya bersama segulung ijazah hadiah buat ibu tersayang
ReplyDeleteSalam mak wardah..
ReplyDeleteAmin.. syahdunya membaca doa yang sangat baik dari akak untuk along.. semoga along dapat menuntut ilmu dgn baik hendaknya.. insyaAllah..
ASSALAM,
ReplyDeleteAMIIN YA ROBBAL ALAMIIN..
salam kak,
ReplyDeletesemoga along terus berjaya..sayu rasa hati bila fikirkan masa nak lepaskan anak2 pulak nanti..
ameennnn.... kak..saya pun terharu baca n3 ni. paham sangat dgn perasaan seorg ibu yg berpisah dgn anak. sedih + bangga kan..
ReplyDeletetakpe kak.. mudah2an dia berjaya..Ameeenn...
amin2, faham sangat perasaan rindu tu MW. doakan saje ye buat ALong !
ReplyDeleteIqbal dapat masuk mana kak?
ReplyDeleteamik apa?
alahai syahdu bacanyer.. moga along jadi anak Berjaya...
ReplyDeleteAmin ...
ReplyDeleteMak Wardah ... jangan sedih2 .. Moga Allah perkenan kan doa ibu Along ..
Along .. Selamat Berjaya ...
Doa kan yang terbaik buat Along...insyaallah kejayaan menantinya dimasa hadapan....:)
ReplyDeleteAmin.....makchaq pun bila anak ke mana2 memang rindu sangat. Tapi bila fikir, takkan nak suruh depa dok rumah ja lega sikit rasa hati....
ReplyDeleteSemoga along berjaya cemerlang...
ameenn...
ReplyDeletemoga anak sulung saya juga jadi macam anak akak..rajin..:)
amin....alhamdulillah.... semoga along lebih berjaya lagi
ReplyDeleteAssalam Mak Wardah
ReplyDeleteSemoga dia berjaya, dunia akhirat. Rindu begitu tak mungkin padam, hatta dia telah pun menghadirkan cucu untuk kita. Begitulah yang Pak Temuk acap rasai. Dan yang ibubapa kita juga rasai.
Salam Jumaat Mak Wardah..
ReplyDeleteSaya aminkan juga doa mak wardah tu..
Dan semoga Along berjaya dlm pelajarannnya..
Masa cuti2 nanti, boleh la bekerjaya semula sapu lantai sidai baju tu...hihihi