Friday, February 22, 2013

ATNA,NATO @ JIT @ AFTL

Salam Jumaat.

Semoga anda semua sejahtera...Ya Allah dugaan pagi Jumaat untuk saya bila saya terKena NATO dengan sbuah jabatan kerajaan. PA pengarah telefon saya pukul 7: 51 pagi, memberitahu saya wajib hadir kepejabat mereka pukul 8:15 pagi, ada meeting urgent dengan Pengarah dan semua yang lain. Saya tak sempat masuk pagar office, u turn ke pejabat mereka.  Sampai saya pergi ke lift, saya tunggu kat sana 10 min baru lift dibuka kepada orang2 yg tengah menunggu, direct ke tingkat 9 dan mereka memang NATO.
No Action Talk Only (NATO), pukul 9:00 pagi baru mereka sampai so kata tadi pukul 8:15 pagi meeting? Ya Allah why cakap tak serupa bikin. Hasilnya saya isi masa dengan aktiviti yang memang tak berfaedah. Ambik gambar sendiri masa meeting sebab:
1. Meeting tanpa agenda
2. Meeting hanya nak inform projek postphone
3. Meeting nak saya beri pendapat dan kronologi yg dah lengkap saya sediakan dalam milestone projek
4. Meeting nak update saya bila PRU13
5. Meeting hanya nak habiskan masa saya.
6. Meeting hanya nak darah saya naik.

Akhirnya, saya kata this is the last time saya nak menghadapi NATO, First and Last. Bukan nak berlagak tapi please hargai masa orang lain kalau awak orang suka NATO tapi bukan semua orang kerajaan macam awak semua. Awak tahu saya baru balik dari Kuantan bermesyuarat dengan MUIP dan JAIP semalam, semua Kadi2 tu datang JIT (Just In Time), Saya hormat mereka yang berilmu, muda tetapi tepati masa dan hormat masa orang lain. Saya rasa kalau anda yang dah lama berkhidmat bersikap macam mereka pasti rakyat bahagia. Mereka boleh buat MS Garden Hotel Halal tanpa Syubahah, Masjid dikunjungi orang luar, Ya Allah syukur Alhamdulillah saya berjumpa mereka, Alhamdulillah syukur pada Allah rezeki saya juga, pada 26 hb ini saya dijemput hadir ke MS Garden sempena Majlis Masjid Gemilang Negeri Pahang dirasmikan oleh YM Tengku Mahkota Pahang yang handsome dan saya juga suka melihat permaisuri baginda yang merendah diri dan sopan ayu bertudung. Ini bukti mesyuarat kami membuatkan saya amat bahagia. bertemu pelancong2 luar negara yang kagum dengan pengurusan masjid kita.

Gambar ini bukti kejayaan pegawai2 agama(kadhi) yang masih muda belia 

Ya Allah, semuga semua urusan saya, dan kawan2 maya saya dipermudahkan dan setiap langkah kami sentiasa diberkati Ya Allah....Tuhan Yang Maha Pengampun dan Maha Penyayang

ATNA- All Talk No Action
NATO- No Action Talk Only
JIT- Just In Time
AFTL- Action First Talk Later

31 comments:

  1. betul kata pepatah..masa itu emas..sekali terbuang takkan dapat berpatah balik...

    alhamdulllilah pelancong luar pun suka melawat masjid kita...moga2 hati mereka jinak kpda Islam...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx zulaikha, penting rasanya masjid2 diimarahkan semula kerana disitulah lambang perpaduan masyarakat

      Delete
  2. Jangan stres2 nanti cepat tua......:)

    Sibuk menjalani kehidupan kehulu kehilir itu pun satu keseronokan yang mewarnai kehidupan kita. Apa yang berlaku sepanjang hari semua itu yang membuatkan hidup kita menjadi amat dan lebih bermakna....kan.....:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terpaksa stress najmi, angin betul kalau kena macam ni...Ke hulu ke hilir tu memang ada banyak yang saya pelajari, ALhmadulillah.

      Delete
    2. Tqvm najmi, kagum sangat dengan penulisa Najmi, noble.

      Delete
  3. gembira mendengar pegawai agama kita hebat2.. itulah yang perlunya... kalau boleh biarkan pegawai agamatu mampu mentadbir ekonomi supya ekonomi orang Islam bertambah maju...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Cho Zila,

      Sgt akak hormat golongan kadi2 muda ni....

      Delete
  4. suka dengan sikap ilmuan muda di pahang tu mak wardah. semoga masjid yang kosong sebelum ini dapat diimarahkan..
    p/s selama ini saya ingat De Palma Ampang dan Blue Wave Shah Alam saja hotel yang betul2 ikut syariah. MS garden kuantan juga rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx Anim, Alhamdulillah ilmuan agama muda ni jauh pandangan mereka, bijak dlm membuat penilaian dan mesra rakyat sikap mereka. MS Garden, memang Hotel Halal.

      Delete
  5. Byk abbr nai dpt arini.. Thanx, dear.. Manis je pakai gitu.. ^_^

    ReplyDelete
  6. bangga bila dengar ramai pegawai agama kita yang berjaya muda-muda belia lagi

    ReplyDelete
  7. salam mak wardah...huhu!!!sesetengah yg ATNA & NATO ni la yg membuatkan sebab nila setitik rosak susu sebelanga.

    ReplyDelete
  8. Saya paling bengang bila diarahkan hadir mesyuarat pada minit akhir. Surat panggilan akan diberi kemudian katanya. Bila pegi..adoi..mesyuarat tu perlukan macam2 maklumat yg saya tak bawak sebab senarainya ada dalam surat panggilan yg saya tak dapat..adoi..

    ReplyDelete
  9. assalam n singgah lunch cni :D

    tumpang gembira melihat ank2 muda ramai yg berjaya dlm bidang agama ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam, maaf akak tak dapat hidangkan apa2. Alhamdulillah bangga akak temguk ilmuan agama muda ini.

      Delete
  10. Begitulah kalu kerja tanpa perancangan. Bukan lagi mudah, tapi bagi susah.

    ReplyDelete
  11. mmg bangga isteri tengku mahkota pahang... mmg humble dan baik hati ...

    ReplyDelete
  12. susah nyer kalau bekerja dgn orng yag macam ni ! sabar byk2 ler gamaknye ye MW

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thx, KA. Kalau tak sabar, dah lama dah saya jerit kat dia orang tu.

      Delete
  13. haish mmg geram kalau jadi camni...buang masa je...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thax Aishah,
      Geram tapi sekali cakap sekali berubah, penat!!!!

      Delete