Salam Rabu.
Saya kadang2 keliru dalam bab makan2 ni, sebab saya seorang ibu Muslim, Melayu dan Berkerjaya. Bab makanan ni sangat agak sensitif tambah2 lagi bila saya berkecimpung dalam bidang ini dari awal sampai akhir pembuatannya. Alhamdulillah kita di Malaysia tak pernah kebuluran, malahan kita banyak membuat pembaziran makanan. Dunia semakin moden, segalanya jadi mudah, dari perhubungan sehingga ke makanan, kalau ada duit semuanya boleh ditunjuk dengan jari. Baru-baru ini, saya membuat kajian mengenai pasaran makanan halal bayi dan kanak2 bawah 5 tahun di Malaysia, tiada pengusaha Melayu kerana saya inginkan produk yang diusahakan oleh usahawan MELAYU MUSLIM
Saya ibu yang kolot, kalau anak2 saya nak makan apa2 yang mereka teringin, saya akan cuba penuhi. Adakalanya anak2 dah kenyangpun contohnya bila manja Amjad saya nak makan roti planta, tengah malampun saya sanggup pergi. Cara saya salahkan...tapi hati saya tak senang selagi tak penuhi selera tiba2 anak2 saya. Bertuah saya dilahirkan sebagai Melayu dan di bumi Malaysia kerana kalau orang kata saya Melayu automatically saya adalah Muslim. Di Malaysia, Melayu itu Muslim, Muslim itu belum tentu Melayu. Alhamdulillah saya Melayu dan warganegara Malaysia. Hanya satu negara di dunia, Melayu pasti Muslim.
Sayangnya walaupun kaum Melayu majoriti dari rakyat Malaysia, tetapi kebanyakan pengusaha makanan halal diusahakan oleh kaum lain. Prinsip saya, Halal adalah suci, bersih dan berkhasiat di makan. Dalam hubungan saya dengan JAKIM, saya yakin makanan yang halal boleh mencegah diri pemakannya dari ingkar kepada perintah Allah. Khasiat makanan akan menjadi darah daging kita, membentuk hati kita, kalau asal pembentukannya dari bahan yang kurang bersih, saya takut hatinya juga sebegitu. Itu pandangan kolot saya, sebab pada suatu hari pernah seorang kawan perempuan Wardah yang menumpang kereta saya ke tuition complaint di depan saya kerana saya bawak mereka makan nasi ayam di kedai melayu dengan cara begini: "Your mum really fussy on choosing the shop, nasi ayam at the Chinese stall there also Halal, the workers and tukang masak all wearing tudung".Maaf tuan puan yang berniaga, berhati2lah dengan perniagaan sebegini, kadang2 Indonesian workers yang bertudung itu bukan semestinya MUSLIM. Maaf kalau ada yang tersinggung, tapi disebabkan itu Along dengan Wardah sgt takut makan dengan keluarga kawan mereka ini. Alongpun ada kawan sebaya iaitu abang kepada kawan Wardah ini. Teruk betul saya ni...memang betulpun fussy.
Lagi satu sikap kolot saya sebagai ibu, walaupun produk sejuk beku tu ada pengesahan Halal Jakim tetapi kalau pengeluarnya bukan Melayu saya tetap pilih Melayu jugak. Contohnya Hotdog, burger dan makanan yang sama, saya tetap pilih Ramly Burger sebab dia Melayu. Prinsip saya, mahal sikit tak apa, janji anak2 saya suka dan sedap, mahalpun akan jadi hak orang Melayu. Duit saya akan jadi hak milik Melayu. Bodohkan saya...Anak2pun terikut contohnya kalau kami ke pasar atau pasar malam, walaupun ikan penjual pasar malam tu kurang cantik atau segar, Along akan paksa saya beli pada penjual Melayu sebab dia hanya yakin pada penjual Melayu. Itu namanya "Mak Borek Anak Rintik".
Hah ini gambar saya Adam candid sebab paksa dia makan makanan sunnah, hasil gambar Adam ni buat saya sedar betapa susahnya mengisi dalaman diri sendiri dan anak2. Membesarkan anak2 mungkin mudah, memberi pendidikan kita boleh hantar mereka ke tadika atau sekolah tetapi pengisian dalaman yang paling susah. Itu pendapat saya setelah menjadi ibu selama 17 tahun. Kekuatan dalaman anak2 amat susah untuk saya penuhi kerana saya tahu iman itu tidak boleh diwarisi dari seorang ayah yang bertaqwa. Saya setuju dengan kata2 bijak pandai dan ilmuan agama dalam mendidik anak2 sama seperti kita bermain layang2, dimasa dia terbang jauh kita tarik talinya, kalau terlalu dekat, kita lepaskan talinya perlahan2 kerana saya ibu yang terlalu kolot sebab itu saya sentiasa genggam erat tali layang2 saya. Saya tidak bijak untuk lepaskan layang2 saya terbang jauh di udara kerana saya rasa bahagia dan tenang kalau layang2 saya sentiasa terbang sederhana tinggi di hadapan mata. Apa pendapat anda? Harap anda semua sudi berkongsi...terima kasih.
hihihih..tergelak besar saya baca kisah Adam dgn KFC/McD tu semua..
ReplyDeleteBagi saya, kalau di malaysia, kita wajar memilih yg betul2 halal, sebab mmg melambak yg halal...kena jadi choosy...cumanya, makin ramai yg selamba...Ini berbeza masa saya tinggal di australia, mmg kena buka fikiran bila ke restoren, bukan bermaksud makan yg tak halal, cuma nak cari yg betul2 halal( kadangkala kedai pak arab/turki ada juga sediakan arak), kadangkala sukar.
Doc, dulu kat Langkawi saya n kawan nampak satu pak arab bergaduh dgn tokeh kedai sebab dia beli arak n bawak masuk kedai muslim tu...Terpaksalah kita ni jadi choosy sikitkan...
Deletesaya cukup bertuah dapat menetap (kami suami isteri perantau) di sp. persekitaran saya banyak membantu saya lebih berhati2 dalam pemakanan dan alhamdulillah ramai peniaga Muslim yg tergerak hati melakukan tuntutan fardu kifayah dalam membekalkan makanan halal di sini. takde masalah di SP. satu lagi, walaupun Radix KFC di SP tak sehebat KFC Kolonel Sanders, tapi kami tetap menikmatinya dengan gembira...
ReplyDeleteAlhamdulillah Anim...Semuga Anin sekeluarga sentiasa dibawah barakah Allah
DeleteSweet betoi la kata2 Wardah pada Tobby. Kucing pun bijak pilih makanan halal :)
ReplyDeleteWardah n Tobby tu Dinas macam kembar siam...melekat ajer kalau kat rumah
DeleteAssalamualaikum.
ReplyDeleteTerima kasih untuk catatan ini. Walaupun agak panjang, kakcik baca ayat demi ayat, baris demi baris (kakcik jarang beri perhatian pada catatan yang berjela2 kalau ianya hanya banyak kuah dari isi). Kakcik juga 'mengajar' suami dan anak2 agar tidak sewenang2nya makan di 'kedai mamak'. Walaupun mereka menggantung ayat2 suci di dinding, tapi perhati dan dengar 'keadaan sekeliling'. Kalau sah2 mereka pasang lagu Tamil, maka hentikan langkah awal...
Syukur juga bila anak bongsu kakcik memang prihatin dengan kedai makan/restoran yang dia lihat 'bukan Melayu'...
Alhamdulillah Kak Chik
Deletezaman skrg kena cr mknan halal
ReplyDeleteBetul tu Man, kena hati2 bila nak makan
Deletesalam makwardah..
ReplyDeletekujungna diawal pagi......
pekabar makwardah..?
Nice post...
Alhamdulillah...Thx TiranaAduka
DeleteAs Salam, Wardah...
ReplyDeleteBiar di katakan kolot tak per tapi sesuai pada tempat nya...
Alhamdulillah sebagaimana ibu nya anak juga dah peka dengan isu yg sama...
Thx Bunda...sama2lah kita berhati2.
DeleteSaya pernah hadir kursus penyediaan makanan Halalan Toyyiba. Ngeri dan takut dengar penceramah tu (Ustaz Arshad) citer pasal pembuatan makanan di pasaran. Even air mineral hypermarket tu pun belum tentu halalan toyyiba wpun memang ada sijil halal.
ReplyDeleteAA, InsyaAllah kita betul2 perlukan makanan halalan toyyiban untuk makanan harian
Deletesalam makwarda
ReplyDeleteLawatan pg minggu tirana aduka
Thax TA
Deleteassalam Mak Wardah... akak pun agak kolot dalam bab halal haram pemakanan ni... akak pantang besar bawa anak2 makan kat kedai yang tak pasti kehalalannya, biarlah makan di warung saja janji pengusahanya betul2 Melayu
ReplyDeletethx ibuintan, sama2lah kita jadi ibu yg kolot
Deletesuka baca n3 yg ini, sebab banyaknyer persamaan antara kita berdua, ibu yg kolot, yg akan cuba memenuhi selera anak2 x kisah bagaimanapun, cerewet bab halal haram ni specially tang makan sampai menurun kat anak2... byk nyer persamaan ! ataupun kebetulan yer !
ReplyDeleteThx KA, sebab tulah kita boleh kawan...
Delete