Lelaki ini sukakan aktiviti lasak tetapi tidak berminat dengan bolasepak tetapi menjadikan rugby sukan pilihannya, Paintball dan Go-kart sebagai aktiviti mingguan. Beliau bukanlah seorang yang pengemas tetapi sangat pembersih terutama tandas. Suka melancong dan berjalan-jalan tetapi cerewet dalam pemilihan pakaian dan gaya penataan diri, Tidak suka baju berkolar sebab panas dan tidak akan berseluar pendek sebab bagi dia tidak selesa. Beliau akan membawa segala gadget dalam beg sandangnya bersama air mineral.
Dari segi ketaatan kepada orang tua, lelaki ini ada ketaatannya tetapi setiap kali ditegur dia pasti pantas menjawab balik dengan fakta dan kita juga perlu menjawab dengan fakta. Contohnya: Mak Ndak selalu ingatkan dia makan nasi dan kurangkan makan roti, dia pasti jawab cakap mak ndak dengan fakta seperti, Karbohidrat dalam pyramid makanan di mana letaknya nasi dan roti. Mak Ndak selalu rungsing tentang keselamatan kalau dia keluar kemana2 tetapi dia kata dia baca ayat Qursi nak tidur dan bangun pagi, mak ndak jgn risau seharian dia dilindungiNya.
Inovatif orangnya, suka mencipta dan membuat perkara2 baru, selalu membantu mak ndak mengemas rumah, membaiki kerosakan peralatan rumah dan sukakan cabaran. Sukakan air dan aktiviti lasak yang buatkan jantung mak ndak lemah. Lelaki ini juga pembantu peribadi mak ndak yang taat dan jujur. Akhirnya hari ini dengan rasmi, mak ndak umumkan tanah kebun getah mak ndak dan tanah kampung akan menjadi milik lelaki ini termasuk sebuah rumah pangsapuri di Seksyen 19, Shah Alam. Kata Mak Ndak, dia yakin adik-adik dan sepupu-sepupu yang lain boleh menumpang lelaki ini.
Lelaki ini sangat melindungi ahli keluarganya terutama adik2nya, Wardah, Adam dan Amjad. Selalu cuba membantu kami memenuhi keperluan adik2nya. Ada masa dia akan membuli kami semua dengan benda2 yang kadang2 sangat terasa nak pulas telinga dia. Pergerakannya pantas, dari tingkat atas ke bawah dia hanya akan melompat 3 kali di tangga dan senyap2 intai mak ndak di dapur. Selalu usik mak ndak sebab dia suka kalau mak ndak melatah. Dia juga peneman mak ndak ke Pasar seksyen 6, Shah Alam, dan kemana2 sejak dia ada lesen.
Bab makanan dia, bakal menantu saya agak mudah menyediakannya, nasi mesti kuah banjir dan kurma adalah kegemarannya. Yang paling senang, menunya jangan ada bawang merah dan bawang putih, cili, bawang goreng dan sayur. Hamba Allah ini dari umur 7 tahun sampai sekarang tidak makan bawang2, cili dan sayur. Menunya maggi goreng kosong, hanya telur dan ayam, dan semuanya kosong tapi minuman mesti carrot susu, dan sepanjang hari dia minum banyak air kosong dan susu.Kueh semua yang garing dan biskut2 dia suka. Lelaki ini suka kueh dan makanan tradisional seperti dodol, lepat, lemang, lempuk dan emping. Selera lelaki ini rumit kerana bercampur aduk tetapi lebih kepada mat salleh dan mamak. Dia pandai sediakan makanannya sendiri tanpa bantuan.
Cita-citanya tinggi, ingin menjadi researcher dalam bidang ketenteraan, mencipta senjata2 baru dan amat sukakan cabaran dalam bidang ini. Bercita2 ingin menukarkan germicep (bahan kimia) yang digunakan untuk memandikan jenazah PLHIV kepada yang harum baunya dan banyak lagi inovasi yang dia ingin lakukan. Yang paling sadis, pemeriksaan DNA secara RFID, contoh ibu yang buang anak akan dikesan sekiranya dia berada 5 meter dari anak kandungnya dimana automatically ada alarm yang dikeluarkan oleh alat RFID. Ini memudahkan dia menyorokkan Adam dan Amjad dari ibu kandung mereka. Saya tidak pernah tengok dia menonton AF, atau apa2 rancangan tv Melayu melainkan Macam2 Aznil dan Maharaja Lawak dan dia tidak suka Sinetron. Alasan tak logik dan adakalanya Syirik. Peminat tegar Taylor Swift dan dalam keretanya hanya ada lagu2 Taylor Swift sahaja buatkan saya sangat bosan.
Aduhai bakal menantu, harap dapat memahami lelaki kesayangan saya ini, dalam pandainya ada kekurangan, dalam kebaikannya ada kenakalannya, dalam kepekaannya ada kealpaannya, dalam sikap pengasihnya ada juga sikap kelupaannya, terimalah lelaki ini seadanya. Selama ini lelaki ini tidak pernah ada makwe sebab dia bukanlah lelaki romantik kerana lelaki ini sangat sempoi. Emak doakan segala yang terbaik untuk Along anak lelaki yang paling mak sayang, semoga menjadi Along yang soleh, Along yang prihatin terhadap adik2 dan paling penting Along yang sentiasa mencari keberkatan Allah dalam hidup kerana hanya doa Along boleh membantu kami di sana nanti. Ameenn.
Semoga doa ibu buat anak terunanya ini akan dimakbulkan olehNya, amin :)
ReplyDeleteThx Dinas.
Deletewahhh...lama tu Dr Siti Esah berkhidmat...sebab anak saya lahir tahun 2008 pun beliau yg handle...;)
ReplyDeleteMoga doa ibu termakbul..Aminn
Dr, thx...Dari SMC ke KPJ, banyak jasa doc Siti Esah utk kita kan...
DeleteAduh.. Diri ini selalu pedih mata, berkaca2 kalu baca pasal anak2 kakak.. Sayangnya seorang ibu pd anak2.. Especially yg sulung. All the best to our precious son!
ReplyDelete*your precious son..
DeleteKalaulah Along baca N3 ini kakak percaya dia akan tersedu-sedu walaupun dia lelaki. Kakak yg membaca sekali lalu jadi terharu.
ReplyDeleteInsya-Allah berkat didikan diberi dari dlm kandungan Along boleh membahagiakan siapa saja yg bersamanya. Doa dia pasti buat ibu-bapa tak putus.
Thx Kakzakie, semoga kita semua sentiasa diberkati. Ameen
Deletetersentuh saya baca coretan hati dan harapan seorang mak kpd anaknya. ye, setuju dengan kakzakie, kalau along nya baca ni mesti terharu. comel la pulak karakter along ni..
ReplyDeleteThx Murni
Deletemembaca entry ini terasa semakin mengenali Along.. Anak yang cemerlang tentunya hasil dari didikan yang sempurna juga.. Tahniah kak.. semoga Along dan akak sekeluarga terus mendapat keberkatan hidup dan rahmat dariNYA..
ReplyDeleteThx Hanis
DeleteAlong baru nak masuk 18, maknya dah ada pesanan untuk bakal menantu....ni betul2 berwawasan ni...
ReplyDeleteTahniah mak wardah kerana dikurniakan anak macam Along..yang menjadi kebanggaan maknya..
Thx Makchaq
DeleteMoga doa ibu termakbul..Aminn
ReplyDeleteSaya harap Asyraf pun ada ciri2 cam Along... :)
Thx Nita, jgn risau Asyraf akan jadi anak yg soleh dan lebih baik dari Along
Deleteamin..
ReplyDeleteThx...Aminn
DeleteAmin... moga Along menjadi anak yg soleh dan terus membahagiakan keluarga
ReplyDeletesiapalah bakal menantu yg bertuah tu?
Thx ibuintan, bakal menantu hanya berserah kepada ketentuan Allah
DeleteAlhamdulillah mudah-mudahan hidup anak ini berjaya, berjaya dan berjaya didunia dan diakhirat dan tercapai segala impian yang diidamkan insyaallah....
ReplyDeleteThx Najmi
Deleteamiiiiinnn...
ReplyDeleteThx KJ...
Deletepandainya mak wardah menyusun ayat2 entry ni,kalau saya dah tak reti menulis/menaip dlm bahasa melayu yg betul.hehe
ReplyDeleteemm..terfikir bagaimana rasa masakan tanpa bawang dan cili ek?sedap ke
Thx Mrs Adam, taklah pandai sgt, cuba2 aje. Kalau bagi akak tak sedap tapi bagi selera Along sedap...
Deleteamin yarabbal alamin... ngan anak akak jauh ngat perbezaan umurnyer...
ReplyDeletecantiknyer bahasa disusun.. along bertuah untuk entry khasni...
Thx Cho Zila, akak doakan kesejahteraan untuk kita semua terutama anak2 kita.
DeleteAmin... Insyaallah kak... doa akan pasti akan termakbul...
ReplyDeleteThx Munna, Amiin
Deleteso touch...
ReplyDeletekak along taw x wujud nye blog akak..??
klau dye bace mesti dye nagis (nagis terharu)
sbb Na pun nagissss terharuu T_T
Thx Jna, Along tau ada Blog, kadang2 dia bukak tapi this time akak tak tau dia baca tak...
DeleteNi kalau empunya diri baca..mau gugur airmata. Sgt menyentuh hati.
ReplyDeleteSemoga Along terus menjadi anak yg menyenangkn ibubapa.
Thx Ujie, tak tahulah Along macam mana
Deletewahh dah ada anak bujang rupanya...
ReplyDeleteThx Izan, akak dah cecah usia gangsa memang padanpun ada anak bujang
Deletekalau macam nie......bolehlah yan buat menantu nie......he heeee.......
ReplyDeleteAlhamdulillah Yan, ada jugak org sudi nak berbesan dgn akak
Deletemak wardah memang sgt beruntung.....
ReplyDeleteThx Aiyang, Alhamdulillah
DeleteBertuahnya lelaki ini....
ReplyDeleteThx AA, InsyaAllah dengan izinNYA
Deletesalam mak wardah
ReplyDeletebetuahnya badan....syukurlah
Tolong sebarkan: Cara Menegur ketika dalam solat Jumaat- TiranaAduka
jika makwardah ada kelapangan
Terima kasih TA ucapkan
TA, Thx nanti akak sharekan.
Deletesenang bebeno uruskan bab makan dia..hehehehe wahhh mak wardah lega rasanya bila mereka dah besar...tapi tu la still tak boleh menenangkan jantung seorang ibu...ada je nak berlasak...hehehehehe sangat beruntung mak wardah...seronok baca ;)
ReplyDeleteBitt, cerewetnya Along tu makan kadang2 nak jer sekeh n pulas telinga dia tapi dia dah tinggi sekarang...
DeleteAmin. Mudah mudahan impian menjadi kenyataan.
ReplyDeleteThx Ibu Lala, Amiin.
Deleteamin
ReplyDeletemak Wardah
saya menjawab komen mak wardah di link ni
http://akuhivpositif.blogspot.com/2012/07/entry-wajib-against-stigma-judgmental.html
saya tidak judmental kepada bukan PLHIV dalam artikel ini, kalau di baca betul2 artikel tu menjawab atau di tujukan kepada golongan yang berisiko mendapat HIV yang takut kemudian datang buat kacau di blog AHP ketika itu.
Saya cuma tolong buat artikel sebab kesian dengan tuan blog yang ketika itu banyak mendapat serangan emosi dan kritikan dari pihak yang bersiko tapi malas untuk ambil tahu dan baca akibatnya kami di tuduh macam-macam hehe... apapun terima kasih atas komen mak wardah.
melihat di atas cita-cita anak mak wardah murni untuk memandikan wangi buat PLHIV ya. terima kasih bagus niat tu dik semoga berjaya. tapi sewaktu saya berkhusus dengan JAKIM tempoh hari saya dapat info yang kemungkinan cara mandi jenazah akan berubah dan lebih hampir kepada jenazah biasa.
Dalam konsep ni ini saya tekankan sebenarnya tiada beza jenazah PLHIV dan biasa..kerana jika sudah tiada nyawa di badan HIV akan mati serta merta, yang menjadikan hal ini begitu sulit adalah stima masyrakat terhadap jenazah PLHIV walhal kalau di mandikan secara biasa jenazah tersebut lebih baik dan baik aibnya di tutup.
Mak wardah dan rakan2 sekelian.
pendapat saya sekiranya kita mengikis stigma dalam diri kita terhadap PLHIV itu lebih baik ...kita belajar ilmu dan ambil tahu serta mengambil berat sama insan lain terhadap PLHIV itu lebih baik, bagaimanapun saya tahu mak wardah adalah golongan yang sebegitu bukan..terima kasih saya ucapkan. :)
wallahualam
harap salah dan silap di maafkan.
Artikel yang AO tulis tu akak faham, dari pengalaman pergaulan dengan mereka (PLHIV) akak dapat buat my own conclusions. Kenapa mereka tidak mampu keluar ke hadapan dan sebagainya. From there, I put myself in their shoes. Just imagine, how to face my kids, my family, n all of them in the real world. As long as they are positive in life, keep themselves on the track, get good routine in medication and happy is my main concern.
DeleteFor your info, most of my friends, cyber or real life, never put any strange feelings towards PLHIV, we are same, still owned by Allah, that is why we always support them by WWNLYWA - We Will Never Let You Walk Alone, We are Sahabat. I learned this from Najmi, he never show his face but his blog always the place PLHIV and Non-PLHIV share everything, AHP too. For you info, me myself works closely with JAKIM, JAIS and those related parties on HIV. Thx AO...Moga ukhwah kita berpanjangan.
Alhamdulillah Noen
ReplyDeleteDear Patryja, I will n first dine by be the follower
ReplyDeletebaca nukilan akk tiba2 mengundah sebak didada yg teramat.... kenapa? entahlah tiada jawapan..
ReplyDeleteMoga ALong jadi anak terbaik dunia & akhirat ye. In Shaa Allah!
ReplyDeleteBeruntungnya Mak Wardah punya anak lelaki mcm Along...semoga segala impian menjadi kenyataan.....
ReplyDeleteInsyaAllah kak, mudah-mudhan dimakbulkan..
ReplyDeletemoge anak bertemu jodoh yg baik. amin. :)
ReplyDelete