Sunday, June 24, 2012

Aku positif HIV

Salam Ahad,

Tuan & Puan, dari hari sabtu dan ahad, saya terjumpa blog Aku Positif HIV dari blog Insan Marhaen. Ya Allah, saya kagum dengan ketabahan hati mereka. Membaca blog AHP satu perkara baru yang saya jumpa. Bukan senang hendak menghadapinya, bukan mudah untuk tabah mengharunginya, saya juga terjumpa blog Haryanie pengidap kanser darah yang tabah mengharungi takdirnya bersama anak2, hanya doa yang mampu saya hadiahkan. Hiba saya baca komen dan doa KakChik di blog Haryanie.

Malam tadi saya terbangun tengah malam, ke bilik Wardah memastikan anak manja saya selesa tidur, memang dia nyenyak tidur, bayangkan ada sahabat saya yang anaknya mengidap HIV. Menitik airmata saya apabila melihat wajah Wardah. Kalau saya ditempat sahabat saya mungkin tidak keruan jadinya. Baru Wardah kena gatal2 bila balik kampung, hati saya dah risau, inikan pula anak diduga dengan penyakit sebegitu.. 
Parut kudis kesan gatal ketika balik kampung dah semakin hilang di lengan Wardah dan juga di tangan Wardah, Alhamdulillah. Syukur sangat tidak merebak.
Begitu juga dengan tangan Wardah sudah hilang kerana di kampung ada banyak nyamuk jadi kulit Wardah agak manja. Kasih ibu, kalau boleh tiada seekor nyamukpun dibenarkan menggigit anak2nya. 
Satu kudis di kaki Wardah yang makin sembuh,  agaknya Wardah ni kulitnya memang kulit orang bandar kot...Berbalik kepada cerita HIV tadi, saya sampai hari ini tidak memahami kenapa ramai pengarah filem menggambarkan keadaan pesakit HIV dalam keadaan berkudis, kotor dan selalu dipinggirkan. Masyarakat harus diberi kesedaran yang lebih jelas. Pesakit HIV tidak perlu disisihkan kerana mereka tidak membawa jangkitan secara sentuhan atau berkawan dengan mereka. Mereka seperti manusia normal tetapi hanya perlu kawalan kesihatan bagi mencegah virus tersebut. Usia & hayat kita hanya Allah yang tentukan....

Tuan2 & Puan2,
Pesakit HIV tidak membunuh kita tetapi mereka perlukan sokongan komuniti untuk terus bertahan., sila baca blog Aku Postif HIV, buka minda kita betapa bertuahnya golongan ini yang diuji Allah kerana hampir kesemua mereka meletakkan satu tanda aras ke arah keagamaan dan persediaan menghadapi kematian yang mungkin tidak tercapai oleh saya.  janji saya pada diri sendiri, mulai 23 hb Jun saya akan menjadi sahabat kepada mereka, mata saya akan membaca penderitaan mereka, mulut saya akan mendoakan diri mereka, telinga saya akan mendengar cerita suka duka mereka, tangan saya akan menulis tulisan yang positif untuk mereka dan kaki saya akan melangkah seiringan dengan mereka kerana hanya itu sumbangan yang saya mampu. bersyukur saya bertemu sahabat2 ini. saya ingin mengajak sahabat2 maya saya sama2 menghulur tangan kepada mereka, selamat malam.

39 comments:

  1. Betul tu....murni niat u

    Thanks for reading my blog..Salam kenal kembali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Aleyn, tkasih sudi berkawan. Take care

      Delete
  2. kak,ms zaman sy belajar kami penah pg bt lawatan ke rumah kanak2 yg ade HIV.menginsafkan betul kak,tp syg masyarakat masih sisihkan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Nazirah.
      Akak baru2 ni aje terbaca blog aku hiv positif dan links mereka, Ya Allah sedih sgt rasanya. Ada member2 akak ajak akak join program anak angkat anak2 HIV, insyaallah akak akan join.

      Delete
  3. Alhamdulillah, dah ada yg buat ibadah tu, jadi fardu kifayah.. Kalu tak, susah kita kot jadi fardu 'ain. Wardah tu kulit sensitip, ya? Mcm my son.. Kata org, sebab masa preggy TPJ byk minum soya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TPJ, memangpun akak byk minum soyapun, samalah nasib kita. TPJ terima kasih byk2 atas sokongan. Akak hargai sgt2.

      Delete
  4. penyakit akhir zaman
    kalau ia disebabkan kerana perbuatan silam sendiri mgkin takleh nak kata apa.tapi kalau mendapat dri org lain
    cth:isteri yg dapat dr suami penagih dadah @ anak dpat dari ibubapa yg punya kisah silam yg hitam..itu sgt menyedihkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Irfa,

      Semuga mereka tabah mengahdapi ujian Allah ini.
      Tkasih

      Delete
  5. Salam Mak Wardah.

    Saya suka pada orang yang berterus terang. Buka bermaksud membuka pekung didada tapi berani untuk berkongsi dengan pembaca lain untuk dijadikan pengajaran. Respect...respect...respect!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih uncle, saya rasa kita rakyat Malaysia harus terbuka menerima golongan ini.

      Delete
  6. kesian betul.... Harap mereka tabah kan hati....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul WuMing,
      Cuba buka blog aku HIV positif, mereka sgt2 tabah

      Delete
  7. hmm..ibu mne xrisau if ank2 jatuh skt kan?..
    my doter also kulit sgt sensitif..kalo kne ggit nyamuk lmbat jer parut die nak ilang...

    psl hiv plk..tq for info :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih INA_Noorlina,

      Kulit anak akak sensitif sangat tapi akak ada beli cream kat Watson now dah ok sikit. HIV tu tkasih kerana memahami maksud akak. take care

      Delete
  8. Replies
    1. Benar, hanya ALLAH yang boleh membantu

      Delete
  9. moga rakan kita tersebut diberi kekuatan untuk menempuh penyakitnya itu..
    takde sesiapa mintak diberikan dugaan penyakit hiv...dugaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nini,
      the best part knowing u is your understanding. Agreed 100% with u, all dugaan...nak makan gulai ikan sungai. Later roger2 nini wardah punya rempeyek. tunggu dia punya confirmation nak berapa

      Delete
  10. sokongan moral mmpu memberi kan ketabahan pada seseorang utk teruskan hidup..=D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm L, respect those young people like u,really considerate others. Take care

      Delete
  11. Memang simpati dengan orang2 yang menghadapi macam2 dugaan ni..
    Hanya doa yg dapat makchaq kirimkan..
    dulu ada juga joint sbg sukarelawan, tapi bila ada anak yg kecik masa macam terhad pulak.. (sebenaqnya kurang pandai manage masa rasanya..)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam makchaq, tahniah at least makchaq dah mula saya baru nak buat...

      Delete
  12. Dulu-dulu sy pernah baca jugak blog aku hiv positif tu..rsnya beliau dpt penyakit tu sbb pemindahan darah..kesian kan..dugaan Allah buatnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tqvm Rina, memang kesian...tapi akak respect mereka sgt tabah

      Delete
  13. iols harap mereka tabah
    memang lah - mind set masyarakat kita ni payah dah nak ubah...
    menerima semula tu bagi mereka umpama bersetuju dengan apa yg telah depa lakukan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. MIM,
      Salam akakols happy with your comment...sapalah kita nak tentukan dosa pahala orang, akak tak sokong perbuatan berisiko tinggi tapi akak sokong sikap tabah mereka dan tak perlu kita jatuhkan mereka lagi.

      Delete
  14. saya pun dah baca blog berkenaan. alhamdulillah ada support group yang macam ni membantu memberi sokongan moral buat pesakit HIV..dan paling penting menjelaskan kepada masyarakat bahawa pesakit seperti mereka tidak wajar untuk kita abaikan mahupun menghindar diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tkasih Murni.

      Alhamdulillah ada orang muda macam Murni yang matang berfikir dan bijak menilai, ALhamdulillah.

      Delete
  15. Berat mata memandang, berat lagi bahu yg memikul. Tak dapat saya bayangkan betapa beratnya jiwa mereka yg menanggung kepedihan akibat disisihkan. Mereka juga perlukan sokongan dari masyarakat tapi masih ramai yg tak mahu cuba mengenali & memahami..

    ReplyDelete
  16. semoga mereka tabah.... betul kan kak.... kadang terfikir juga adakah diri ini setabah mereka bila menghadapi dugaan dari Allah

    ReplyDelete
  17. terharu dengan sokongan sahabat2 di sini.
    beginilah, di sebalik hiv (tanpa mendiskriminasi apa jua puncanya),
    fikirkan mereka yg menerima impaknya akibat judgemental kita seperti isteri, anak, keluarga, ibu bapa dsbnya.
    jumlah jangkitan hiv (bukan penyakit ya, tetapi virus- umpama virus selsema) di kalangan suri rumah lebih tinggi daripada pekerka seks.
    hiv tidak bahaya langsung jika kita betul2 faham cara jangkitan. stigma yang dan kejahilan yg menjadi masalah utama.
    dengan rawatan, hiv cuma seperti diabetes.
    diakui plhiv juga insan2 yg pernah khilaf dan telah insaf.
    jika disisih, ke manakah hala mereka.
    jangan tak tau plhiv mungkin pensyarah universiti anda, pemeriksa thesis anda, kaunselor dan imam anda, chef yang anda kagumi, akauntan terkenal di daerah anda, jurutera terkenal tanah air, doktor yang merawat anda, nurse yang membantu anda, malahan boleh jadi sesiapa sahaja. itulah hakikatnya kerana saya bergaul dengan mereka.
    salam hormat

    ReplyDelete
    Replies
    1. AHP,
      Kami semua maklum perkara tersebut dan kami menerima mereka seadanya mereka. Dugaan Allah hanya pada yang mampu jangan rasa sedih kerana kami non PLHIV juga memahami anda semua. Kami tidak pernah measa jijik terhadap anda semua kerana kita hanya hambaNYA sahaja. Saya sudi mendengar, membantu dan membaca segala apa yang anda semua baca. Kita semua sahabat.

      Delete